MP PKR Machang: Sisters In Islam cadang Kerajaan haram Poligami ..mohon penjelasan kerajaan

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara, lanjutan yang Baling bangkitkan soal pertubuhan NGO, Sisters in Islam. Saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat berikan sedikit penjelasan.

Beberapa hari lepas di London berlangsung satu diskusi atau round table discussion antara Sisters in Islam dan turut dihadiri oleh dua orang mufti negeri dari Perlis dan dari Terengganu. Antara hasilan daripadanya ialah akan diangkat cadangan oleh Sisters in Islam untuk kerajaan mengharamkan poligami…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk]

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Sri Gading nampak berminat. Dalam mengharamkan poligami. Kalau sebelum ini kempen mereka ialah monogami. Itu tidak ada masalah apa-apalah tetapi kalau untuk membawa kepada usul yang akan diangkat kepada kerajaan, itu bakal mengelirukan sebenarnya. Bukanlah soal kita ini… Saya macam juga Yang Berhormat Menteri, bukan tidak berminat, cuma isteri tidak takut dengan kita… [Ketawa] Itu sahaja isunya. Jadi, yang kedua ialah…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bukan takut bini, bini tidak pandai takut kita… [Ketawa]
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Itu quotation popular daripada Yang Berhormat Menteri dahulu, waktu saya dengan dia. Dan yang kedua, Yang Berhormat Menteri, saya menyambut baik Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa dalam perkara yang jelas, soal arak dan judi itu jelas, kita tidak mahu terbabit dengan dosa.

Cuma jawapan kerajaan terhadap soalan Rasah yang saya baca jawapan bertulis. Sejak bulan Oktober yang lepas apabila Pekan menjadi Menteri Kewangan, kepada tiga syarikat judi telah diluluskan sepuluh cabutan khas dalam masa seminggu.

Yang ini saya fikir ada kaitan dengan hal yang disebut oleh Menteri. Dalam jawapan bertulis itu disebut bahawa, tujuan diperbanyakkan lagi lucky draw itu adalah bagi meningkatkan revenue kerajaan untuk membiayai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan sosial. Disebut jumlah pendapatan dalam tempoh sebulah kah sehari begitu ialah RM71 juta, hasil daripada menambahkan lagi cabutan baru ini.

Ini sangat tidak eloklah dipandang sebab dia akan jadi presiden parti dan sebagainya tetapi dalam bidang kuasa Menteri Kewangan untuk meluluskan itu, kalau kekal yang lama itu pun sudah satu bab tetapi menambahkan lagi ini sangat tidak eloklah. Jadi, bukan penegasan apa-apa.

Cuma kalau boleh kita sampaikan nasihat yang lebih baik kepada Yang Berhormat Pekan kerana perkara ini jelas, yang qat’ie kata Menteri tadi. Biar kita putuskan di situ dahulu. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah, saya akan sampaikan.
Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Minta laluan sedikit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Insya-Allah, saya akan sampaikan yang kedua itu tadi. Yang pertamanya mengenai penglibatan Sisters in Islam bersama-sama dengan Mufti Perlis dan Terengganu, saya belum dapat laporan lagi dan insya-Allah kalau saya dapat laporannya, saya akan memaklumkan…

Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Minta laluan sedikit, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar, Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: …Kepada rakan-rakan dan juga tentang soal mengharamkan poligami, itu saya fikir yang paling menentang ialah Sri Gading… [Disampuk]
Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Yang Berhormat Menteri, minta laluan sedikit.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Dan saya fikir hukum tetap hukum dan perkara ini saya fikir penjelasan harus dilakukan dan saya harap dalam perkara-perkara yang begini, semua pihak harus setuju pada perkara asas tentang soal hukum yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: