MP PAS Shah Alam: Sistem Demokrasi berpunca daripada Tamadun Barat

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita gunakan hujah yang seperti mana yang disebutkan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem demokrasi liberal ini berpunca daripada tamadun barat yang menganggap bahawa manusia ini adalah the centre of the universe dan kebenaran itu akan ditentukan berdasarkan kepada suara majoriti.

Kalau kita hendak menggunakan hujah seperti mana yang dikemukakan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem kapitalisme adalah berasal daripada satu kepercayaan bahawa manusia ini adalah haiwan ekonomi yang mana keperluannya adalah food, shelter dan sex.

Kalau kita hendak gunakan falsafah atau pendekatan yang sebegitu, maka saya rasa kita akan dapati bahawa banyak daripada amalan-amalan yang sedang kita lakukan sekarang ini mempunyai asas-asas yang pada dasarnya datang daripada kefahaman yang kemungkinan bercanggah dengan Islam.

Namun setelah Islam dan umat Islam melihat ada hikmat, ada kebijaksanaan dan ada kebenaran dalam amalan-amalan itu, maka amalan-amalan ini diambil dengan ditolak falsafah yang pada asalnya merupakan asas dan dasar kepada amalan yang sedemikian. Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PKR Machang: Laporan perbicaraan Altantuya di akhbar Perancis memetik sumber PDRM ….. memberikan kesan terhadap reputasi Malaysia

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Luar Negeri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara saya hendak timbulkan.

Pertama sayahendak minta Yang Berhormat Menteri berkongsi dengan Dewan tentang progress atau pencapaian jawatankuasa kerjasama antara sempadan, antara Malaysia dengan Thailand khususnya menjurus persoalan penyelesaian terhadap masalah Selatan Thai, yang pertama.

Yang kedua Yang Berhormat Menteri, saya sedang membaca akhbar online Liberation Fan’s yang baru sahaja memuatkan berita terbaru tentang Malaysia dan saya fikir hal ini agak mendesak dan saya mohon agar Yang Berhormat Menteri dapat memberikan sedikit tumpuan.

Ianya adalah berkaitan dengan laporan terperinci yang memetik sumber Polis Diraja Malaysia yang bersumberkan laporan beramaran daripada salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan seorang gadis Mongolia yang disiarkan pada hari ini oleh surat khabar antara yang terbesar circulation nya di Perancis.

Ini memberikan kesan kepada negara Malaysia kerana saya fikir ini skop yang diperoleh melalui akhbar ini yang bersumberkan laporan Polis Diraja Malaysia. Dia memetik di sini dengan izin Tuan Yang di-Pertua dia memetik di sini bersumberkan;

“Report from the Malaysia police reveals dry and precise descriptions as to how this young woman has been killed. In this document, one of the killers, a policeman of the Malaysian Special Branch named Sirul Omar, replied to the questions of an officer at a police station. When the Chinese women saw that I was taking a gun, she begged me to spare her, saying she was pregnant.”
Teruskan membaca

MP PAS Pendang: “Surat Duta dikoyak oleh Imigresen Mesir”

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Luar Negeri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyanjung tinggi apa yang telah dijawab oleh Menteri tadi berhubung dengan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh NGO dari negara kita.

Akan tetapi, apa yang saya terkilan adalah banyak atau pun ramai di antara anggota NGO yang telah pergi ke Mesir melalui Arafah untuk ke Gaza dengan membawa surat daripada duta kita, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Akan tetapi, ada di antara kita yang pergi sampai di sana, apabila kita menunjukkan surat duta kita, dikoyak oleh pihak imigresen Mesir.

Jadi, saya rasa ini satu perkara yang patut diberi perhatian oleh pihak Yang Berhormat Menteri di dalam perjumpaan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Ada yang kita bawa ubat iaitu drip bottle dibuang, dipecahkan drip bottle sehingga kita pun melelehkan air mata kita bawa untuk bantu sahabat kita di Gaza tetapi dibuat sebegitu oleh mereka yang berada di sempadan antara Arafah hendak masuk ke Palestin.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Belia mesti memikirkan tentang masa depan negara

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, sekadar untuk berkongsi sedikit pengalaman bila kita berbahas tentang belia. Saya sendiri, Yang Berhormat faham, hampir 30 tahun dalam belia dan juga dalam pemuda.

Saya mendapati rata-rata tujuan belia kita ini, orientasinya bila mengadakan program dan aktiviti orientasinya adalah lebih banyak menjurus kepada hiburan. Itu saya rasa di antara fenomena yang kementerian Yang Berhormat kena melihat dengan teliti dan cermat.

Saya yakin dan percaya bahawa kadang-kadang terdapat suatu persepsi dan mungkin satu perkara yang menjadi halangan, constraint ialah bagi saya. Saya hendak sokong sahabat saya dari Kinabatangan tadi bahawa belia ini mesti memikirkan tentang masa depan negara. Dia mesti fikir tentang kepimpinan negara.

Siapa pun yang memerintah besok, maknanya belia hari inilah yang akan memimpin. Kadang-kadang kita melihat ada di kalangan persatuan-persatuan belia ini bila mereka bercakap tentang politik, itu satu orientasi yang tidak baik, tidak sihat kononnya.

Jangan terlibat dengan politik. Jangan terlibat dengan pembangkang apatah lagi, contohnya. Jadi elemen politik dalam jiwa pemuda ini bagi saya, ia tidak boleh dipisahkan. Kita suburkan pemikiran mereka, ajak mereka ke gelanggang yang lebih luas. Jangan sempitkan mereka kepada elemen hiburan semata-mata. Ini tidak membantu negara.

Bagi saya, sampai masanya supaya kementerian Yang Berhormat supaya menyediakan platform ataupun pentas politik sebagai satu premis bertolaknya jiwa anak-anak muda kita ini supaya mereka faham politik.

Kalau Yang Berhormat boleh berkongsi dengan saya, di universiti bila kita halang politik, fresh graduate ini kadang-kadang mereka tidak faham apa dia economy recession, mereka tidak faham apa dia belanjawan negara, mereka tidak faham apa dia yang dikatakan masa depan negara.

Jadi saya rasa kita kena memperluaskan. Biarkan supaya pemikiran belia ini disuburkan dengan pemikiran-pemikiran politik kerana hendak membina kepimpinan, hendak membina negara, kita tidak boleh pisah daripada mengajar mereka berpolitik.

Akhirnya besok sama ada mereka hendak menyokong Barisan Nasional kah, hendak menyokong pembangkang kah, itu saya rasa kita boleh letakkan dalam satu kerangka bahawa bagaimana negara kita mengamalkan satu konsep politik demokrasi yang mesti disuburkan.

Apa pandangan Yang Berhormat terhadap pandangan saya? Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS Sik: Kepimpinan Belia perlu disusun semula

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Belia Dan Sukan menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh sambung sedikit. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada beberapa perkara yang saya ingin ikut serta di dalam perbahasan ini.

Pertama sekali kalau kita bandingkan dengan tahun-tahun selepas kemerdekaan dahulu, kita lihat gerakan belia merosot begitu sekali. Ini saya rasa berpunca daripada keadaan ataupun keperluan ekonomi yang memaksa belia-belia tadi bekerja di kilang-kilang dan juga di pelbagai bidang menyebabkan mereka tidak sempat untuk aktif.

Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa perkara ini boleh diperbaiki. Pertama sekali saya rasa kepimpinan belia perlu disusun semula. Orang-orang tua, lama-lama itu saya ingat tidak payahlah jadi pemimpin belia. Biarlah belia sendiri memimpin diri mereka kerana mereka inilah sebenarnya yang sedar apa yang diperlukan oleh golongan muda ini.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Adakah Kementerian berpuashati ‘Key Performance Index’ KPI PDRM

5 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

8. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah penyiasatan dan tindakan yang dapat diambil dalam kes-kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kes penculikan dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan memandang serius terhadap kes-kes jenayah yang berlaku di dalam negara ini.

Antara langkah-langkah yang terbaru yang akan diambil untuk menangani kes-kes jenayah ialah melalui penubuhan Bank DNA yang bakal ditubuhkan di bawah Akta Identifikasi Dioksiribonukleik Asid.

Selain itu, kempen pencegahan dan kesedaran dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan perhubungan kerajaan turut diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap isu keselamatan ke atas kanak-kanak.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Krai: Langkah-langkah segera perlu diambil mengatasi masalah jalanraya rosak selepas banjir

5 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin dapat penjelasan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah jalan raya sebab pada Januari yang lalu, di Kelantan berlaku banjir untuk beberapa hari yang menyebabkan beberapa batang jalan raya rosak.

Saya ingin tahu response time kepada pembaikan semula dan tindakan untuk menjamin keselamatan ini, berapa masa yang diambil daripada insiden sampai kepada permulaan pembaikan kerana ada jalan di Kuala Krai yang sangat-sangat berbahaya dengan cerun di sebelah kiri dan pengadang jalan sudah runtuh dibawa oleh air banjir, keruntuhan cerun itu.

Hari ini masih belum dimulakan apa-apa bentuk rawatan kepada kerosakan tersebut. Jadi, bagaimana Standard Operating Procedure untuk menangani masalah-masalah sebegini. Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS dan PKR persoal Kes Altantuya macamana Tuan?

5 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Negara miskin tidak ada jenayah kah tuan?
Dato’ Chor Chee Heung: Namun demikian, begitu ramai pendatang asing pun cari jalan peluang masuk ke negara ini, tumpang sekaki nak cari kekayaan tetapi melalui jalan-jalan yang tidak rasmi dan tidak sihat. Negara kita juga mempunyai peratusan yang cukup kecil di antara rakyat kita yang suka mencari jalan yang senang, mencari harta benda, mencari duit dan juga kekayaan.

Sebab itulah berlaku begitu banyak kes mereka ini, ingin tidak teragak-agak nak membunuh sahaja, untuk mendapatkan sesuatu.

Dari kes penjenayah yang telah pun ditembak mati, saya ingin beritahu Dewan yang mulia ini, semua anggota polis dilatih untuk mengikut SOP, Standard Operating Procedure.

Sebelum mereka ini berhadapan dengan penjenayah, mereka ini tidak akan, seolah-olah macam sesetengah pihak daripada pihak pembangkang yang mengatakan trigger happy nak bunuh saja, tidak.
Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Chor Chee Heung: Mereka ini bila berhadapan dengan penjenayah, mereka ini …
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kes Kugan macam mana tuan?
Dato’ Chor Chee Heung: Sama juga, kes Kugan pun sama juga.
Seorang Ahli: Enam orang di Kedah, macam mana? Enam orang ini macam mana?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Altantuya macam mana? Altantuya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Shah Alam, tak payahlah Yang Berhormat.

Dato’ Chor Chee Heung: Saya pun tidak ada chance nak jawab lagi, dah kacau dah.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kes Kugan, SOP ke tuan?
Teruskan membaca

MP PAS Sik: Kementerian agak ketepikan warisan tokoh-tokoh ulama’ membentuk sejarah negara

5 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sik iaitu kawasan sayalah. [Tepuk] Terima kasih juga kepada Datuk Bung yang telah mengalu-alukan sebentar tadi.

Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, saya cukup yakin bahawa kementerian ini telah melaksanakan tugas yang begitu cemerlang di dalam memperkembangkan budaya dan warisan.

Walau bagaimanapun saya nampak kementerian ini agak mengetepikan warisan dari segi kehadiran tokoh-tokoh ulama yang saya rasa tidak kurang pentingnya dalam membentuk sejarah negara.

Saya ingat, walaupun P. Ramlee kita telah bagi Tan Sri dan kita hendak bagi Tun selepas ini tetapi tidak ramai tokoh-tokoh agama yang telah pun meninggalkan kita yang kita ingati. Begitu juga sepanjang pengetahuan saya tidak ada sekolah-sekolah agama lama yang telah digazet sebagai warisan budaya negara. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri. [Tepuk]
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa cadang Kompleks PPR mesti disediakan Surau atau masjid dan sebagainya

4 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, hendak sambung sedikit. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Silam. Pada masa yang sama juga setelah beberapa kali telah saya bangkitkan juga.

PPR ini pelbagai kaum dan kadang-kadang dalam satu kompleks itu beribu-ribu. Bloknya mungkin 12 sampai 15 blok. Jadi beribu-ribu penduduk yang duduk di PPR. Di samping orang Islam ada juga orang bukan Islam.

Antara masalah utama mereka adalah kerana tidak ada tempat misalnya dikatakan hendak mengurus mayat, bilik mayat tidak ada ataupun rumah mayat tidak ada. Yang Berhormat Menteri juga orang Cina jadi tahu maknanya orang Cina adat resamnya apabila meninggal tidak terus dikebumikan tetapi ada beberapa upacara sembahyang dan sebagainya.

Tidak ada tempat yang sesuai. Jadi mereka terpaksa membina khemah kemudian dengan upacara-upacara yang mungkin agak bising, tidak disukai oleh orang lain. Jadi ini semua pihak tidak selesa. Pihak yang kematian pun tidak selesa, pihak yang lain yang tidak ada kena mengena pun tidak selesa.

Jadi saya kira kena ada satu dasar dan polisi. Tiap-tiap kompleks PPR ini mesti ada surau atau masjid dan sebagainya. Pada masa yang sama juga ada bilik mayat yang boleh dikongsi oleh pelbagai agama selain daripada agama Islam untuk menguruskan jenazah-jenazah saudara mereka dan juga mungkin rumah-rumah ibadat itu yang mudah diakses. Jadi kalau tidak ini menimbulkan satu masalah masyarakat, masalah sosial. Terima kasih.
Teruskan membaca