MP PAS Kuala Krai: Terlalu banyak birokrasi bukan menyelesai masalah tetapi menambahkan masalah

10 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Kita sudah dengar penjelasan daripada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena.

Kita dengar ada arahan supaya wakil-wakil jabatan tertentu tidak hadir dalam mesyuarat kerajaan negeri ataupun daerah di mana kuasa diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat. Ini bukan rahsia lagi tetapi sudah didedahkan dan ada jawapan kepada soalan-soalan tersebut dalam Parlimen.

Tadi complaint daripada rakan-rakan Sabah dan Sarawak ialah kakitangan kerajaan, kemungkinan tidak menyokong Barisan Nasional dan melakukan sabotaj. Menteri menjawab, bahawa ini kerana terlalu banyak birokrasi, lapisan-lapisan untuk mendapat kelulusan. Bila ini berlaku, cara kita ialah untuk mengurangkan birokrasi, mengurangkan red tape. Akan tetapi dengan mewujudkan satu lagi lapisan eksekutif yang bertindan, ini bukan menyelesaikan masalah. Menambahkan masalah.

Jadi tidak rasional langsung cara penyelesaian Barisan Nasional terhadap masalah yang dibangkitkan oleh kita semua bahawa terlalu banyak red tape. Selepas itu kita datang lagi, kita blame lagi kakitangan kerajaan yang berada di belakang sana kerana tidak melakukan kerja dan penyampaian tidak betul. Jadi bagaimana pandangan Menteri? Adakah ini tidak
contradictory dengan izin. Terima kasih .

Tuan S. K. Devamany: Saya tidak menafikan bahawa birokrasi memang ada di peringkat semua, di daerah, negeri dan Persekutuan. Saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Jempol supaya kalau adanya projek-projek yang begitu penting untuk rakyat terus juga boleh tulis surat kepada Pengarah ICU dan juga kepada agensi-agensi di peringkat Persekutuan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: [Bangun]
Tuan S. K. Devamany: Bukan sahaja di peringkat bawah, bottoms up. Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen terus juga boleh top bottom. Iaitu dari atas boleh maklumkan supaya boleh dipadankan dua-dua.

MP PAS Pokok Sena: Penyelaras Parlimen bertaraf DO … seolah-olah Kerajaan BN tidak menerima kedudukan Raja-Raja Melayu

10 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Di Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan terima kasih atas kenyataan tersebut tetapi soalnya sekarang ini, apakah satu pengarahan yang jelas diberikan kepada pihak umpamanya Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menerima segala cadangan yang dibuat
oleh pihak Ahli-ahli Parlimen khususnya daripada pembangkang dan Pakatan rakyat?

Saya juga menyentuh dalam perbahasan saya tempoh hari ialah kerajaan sekarang ini di negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah mewujudkan satu struktur baru iaitu penyelarasan Parlimen bertaraf DO yang bertaraf sebagai pegawai daerah dan penyelaras DUN yang bertaraf ADO serta juga pentadbir mukim yang bersifat sepertimana penghulu dengan tidak menggunakan lagi pegawai-pegawai di peringkat kerajaan negeri iaitu KCS dan sebagainya.

Secara langsungnya pula bahawa selama ini peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen itu, peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Ahli Parlimen untuk menguruskan projek kecil itu. Saya telah dimaklumkan bahawa dia dipegang dan diluluskan segala peruntukan tersebut mesti melalui Ketua Bahagian UMNO, sebelum ini. Hari ini peranan itu saya difahamkan
akan ditukar kepada penyelaras Parlimen yang bertaraf DO iaitu daripada yang ditentukan pelantikan tersebut dicadangkan oleh UMNO bahagian.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Sepatutnya diberi galakan (LCCT) jika tidak melibatkan Dana Kerajaan

10 Mac 2009 – Perbahasan usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Di JPM menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya adakah penolakan daripada Sime Darby ini dibuat secara rasmi ataupun hanya satu persepsi ataupun andaian pihak kerajaan. Saya kira usaha yang mereka buat ini adalah sepatutnya kita beri satu galakan kerana ia tidak melibatkan kos daripada dana kerajaan. Terima kasih.

Tuan S. K. Devamany: Tuan Yang di-Pertua, memang kita pun bersetuju dengan apa yang diperkatakan kerana MAHB dengan AirAsia sedang dalam perbincangan sekarang untuk mencari jalan penyelesaian supaya tidak ada pihak yang rugi, sama-sama, win-win situation dengan izin, maka itulah hasrat kita pun. Baik seterusnya Ahli Yang Berhormat Sepanggar, Kinabatangan dan Kalabakan…

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Yang di-Pertua, mohon maaf sebab penjelasan tadi belum lagi. Adakah penolakan ini secara rasmi ataupun hanya satu andaian?

Tuan S. K. Devamany: Setakat ini, penolakan itu adalah secara rasmi. Kerajaan telah pun meminta supaya kedua-dua pihak MAHB dan juga Airport Berhad dengan AirAsia duduk semeja bincang bagaimana untuk memastikan bahawa pelancongan dan juga airlines system kita tidak terjejas. Sama-sama menang. Maka mungkin master plan mengatakan ada banyak
cadangan, airport master plan mengatakan bahawa ada LCCT mungkin akan dibina di sebelah KLIA dan LCCT sekarang akan jadikan kargo. Ada banyak cadangan, biarlah proses itu berjalan, maklumat akan diberi dari semasa ke semasa…
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: RAV kehilangan RM18 bilion … oleh ‘bad decision’

10 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini Khazanah membuat laporan tentang kehilangan ataupun kerugian sebanyak 20% daripada Reliable Asset Value (RAV) mereka, RAV dengan izin dan juga kepada network yang menurun sebanyak hampir RM20 bilion. RAV kehilangan RM18 bilion.

Sehubungan dengan soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Gua Musang sebentar tadi, urus tadbir satu hal, salah laku pun satu hal yang lain. Akan tetapi dalam persoalan membuat keputusan yang buruk Tuan Yang di-Pertua, ataupun bad governance is one thing, tetapi making bad decision itu satu perkara yang lain Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin tahu apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menyebutkan daripada kehilangan RAV dan juga Network Portfolio Khazanah ini, sejauh mana yang kita boleh berikan sumbangan itu terbit ataupun cetuskan oleh bad decision seperti yang dilaporkan dalam The Edge baru-baru ini, contohnya pembelian BII yang…
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: Adakah benar MAS telahpun menandatangani beli minyak dengan harga USD100?

10 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya balik soalan yang dikemukakan tadi oleh Yang Berhormat Tumpat kerana nampak macam tidak begitu dijawab. Adakah apa yang disebutkan itu benar bahawa MAS telah pun menandatangani satu perjanjian di mana membeli minyak dengan harga USD100 ataupun lebih untuk tempoh dua tahun dan tidakkah dengan itu akan mendatangkan kerugian yang cukup besar kerana kos minyak itu adalah jauh lebih tinggi daripada syarikat-syarikat penerbangan yang lain.

Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengesahkan bahawa ini adalah benar ataupun sebaliknya dan apakah polisi kerajaan seterusnya untuk mengatasi masalah ini, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya percaya soalan ini adalah soalan yang agak baru dan saya tidak ada dokumen yang ada pada saya. Walau bagaimanapun, kalau betullah pihak MAS ada kontrak dan sebagainya, saya akan dapatkan maklumat daripada pihak MAS dan saya akan maklumkan secara bertulis, terima kasih.

Soalan asal No. 11 – Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan memandangkan harga minyak asli telah turun ke paras rendah iaitu sama harga pada tahun 2007 dan awal tahun 2008. Kenapa Kerajaan masih mengizinkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS)mengenakan bayaran tambahan ke atas penerbangan antarabangsa.

MP PAS Rantau Panjang: Sejauhmana fatwa dikeluarkan terhadap dasar kerajaan yang bercanggah dengan hukum Syara’

10 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, kita menyanjungi apa yang telah dibuat oleh para ulama, pada mufti dan Ahli Majlis Fatwa kita untuk merungkai segala permasalahan masyarakat terutama yang berkaitan dengan hukum syarak.

Saya ingin penjelasan, apakah kajian dibuat sejauh mana fatwa yang telah dikeluarkan terhadap pelaksanaan yang telah dibuat oleh pemerintah ataupun kerajaan termasuk dasar-dasar kerajaan yang bercanggah dengan hukum syarak. Kita lihat yang terkini bagaimana cabutan khas yang dibuat, yang diluluskan melalui Kementerian Kewangan yang melibatkan dana melibatkan lebih daripada RM70 juta.

Ini jelas merupakan satu dana yang melibatkan perjudian. Begitu juga lesen judi yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Lebih daripada 1,822 lesen judi yang diluluskan melalui Kementerian Kewangan. Sejauh mana Majlis Fatwa memainkan peranan supaya setiap dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan syarak.

Begitu juga pelaksanaan Islam Hadhari yang kita laksanakan, sejauh mana mendapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan? Minta penjelasan.

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Tentang pelaksanaan ini Yang Berhormat kena faham. Apabila Jawatankuasa Muzakarah mengeluarkan satu-satu fatwa, maka negeri-negeri adalah bertanggungjawab untuk membawa balik keputusan ini untuk diwartakan di peringkat negeri-negeri.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Kesal dengan kenyataan Menteri mengenai Perhimpunan membantah PPSMI

10 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya sebelum soalan tambahan saya, saya ingin mewakili rakan-rakan di sini ingin menyatakan kekesalan kami terhadap kenyataan Menteri Pelajaran yang menyebut bahawa parti pembangkang mendalangi perhimpunan…

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Memang betul pun
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Memang betul pun.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: …Di Istana Negara pada hari Sabtu lepas. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri tentang kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Saya bacakan di sini keratan akhbar, Isnin, 9 Mac, Berita Harian, “Kerajaan disaran mencontohi sekolah aliran Cina yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran
Sains dan Matematik di sekolah rendah sebelum bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dua subjek itu pada peringkat menengah.” Kenyataan ini dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri di Bachok semalam.

Jadi adakah kenyataan ini akan diambil kira dan mengakibatkan kementerian mengkaji semula dasar PPSMI? Terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat. Kata orang, siapa yang makan cili, dia terasa pedas… [Disampuk] Kalau tidak makan, rasa tidak pedaslah itu. Yang kedua, saya rasa Yang Berhormat mengatakan kenyataan daripada Menteri Luar Negeri.

Sebenarnya setiap Ahli Kabinet mempunyai pandangan yang berlainan. Kalaulah perkara ini dibawa ke Jemaah Menteri, satu keputusan kolektif akan dibuat berdasarkan kepada pendapatpendapat yang mungkin berlainan dan akhirnya sampai kita dapat mencapai satu rumusan. Jadi saya rasa kalau Yang Berhormat hendak tanya mungkin kena Yang Berhormat Menteri Luar
Negeri sendiri. Saya tidak mempunyai posisi untuk menjawab atau mengulas apa yang telah dikatakan oleh menteri tersebut. Terima kasih.

Soalan asal No. 5 – Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar Bumiputera yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di seluruh negara pada tahun 2006, 2007 dan 2008

MP PKR Machang: Ingin tahu rancangan kerajaan menempatkan Pakar Kanser di Hospital Pantai Timur

10 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan Yang Berhormat Datuk Speaker dari Dewan Undangan Negeri Kelantan mengikuti persidangan pagi ini… [Tepuk]

Saya hendak ucapkan tahniah di atas jawapan kementerian terhadap usaha berterusan untuk memastikan rakyat berpeluang mendapat mutu perkhidmatan yang lebih baik. Soalan tambahan saya ialah untuk negeri-negeri Pantai Timur, Yang Berhormat Menteri, Pahang, Terengganu dan Kelantan, mengikut jawapan kementerian kepada soalan asal saya, angka terbaru pesakit kanser sahaja ialah mencecah 7,000 orang.

Malangnya tidak ada seorang pun pakar onkologi, pakar kanser di negeri-negeri Pantai Timur. Soalan saya ialah sementara kementerian sedar tentang fenomena ini, apakah rancangan kerajaan sekarang untuk menempatkan pakar-pakar kanser di hospital-hospital di Pantai Timur. Bila akan diletakkan? Berapa ramai akan ditugaskan di sana? Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Tabung Haji dipaksa beli untuk selamat projek bermasalah

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Boleh saya sedikit lagi penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Alhamdulillah saya dapat mendengar pada hari ini sebenarnya pembelian itu adalah office block dan bukan kondominium sebab itu yang dimaklumkan kepada saya cuma di sini ada satu lagi jawapan yang saya mungkin belum mendapat penjelasannya iaitu kalau mengikut maklumat yang saya dapat, harga market nya adalah RM200 juta.

Akan tetapi dipaksakan untuk beli sehingga sampai RM400 juta kerana hendak menyelamatkan projek yang bermasalah. Saya bercakap dan bertanya ini untuk mendapat penjelasan. Jadi saya harap perkara itu pun dapat diperjelaskan, terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Untuk makluman Dewan yang mulia ini Yang Berhormat, walaupun transaksi ini dilakukan sebelum saya berada di portfolio ini, tetapi saya telah meneliti semua dokumen berkenaan. Ianya bukan satu bail out dengan izin, terhadap TTDI tetapi setelah kajian terhadap marketability dan juga penilaian yang dibuat berdasarkan pelaburan yang berlatarkan ROI dengan izin, return on investment yang sebenarnya kepada Tabung Haji, maka panel pelaburan Tabung Haji telah memutuskan ianya bukan dipaksa sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tetapi adalah sesuatu yang viable untuk dibuat pelaburan dan harga pasaran ketika itu memang itulah harga sebenarnya yang telah diputuskan oleh panel pelaburan dan ahli pengarah Tabung Haji ketika itu dan kelulusannya telah dibuat oleh Menteri yang berkenaan pada ketika itu.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Ada dua perselisihan pendapat, maka kita perlu memahami waki’

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.

Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Allah hu ahad.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Allah hus ahad, Allah hu samad. Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul
dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.

Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak.
Teruskan membaca