MP PAS Rantau Panjang: Wujud flip flop dalam sistem pemerintahan kita

11 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, semalam Menteri telah memaklumkan bagaimana kerajaan telah membatalkan permit masuk kerja daripada warga Bangladesh sebanyak 70,000.

Cuma persoalan saya ialah apakah pertimbangannya sebelum kelulusan ini diberi, visa masuk ini diberi? Jadi seolah-olah wujud satu flip-flop yang banyak dalam sistem pemerintahan kita. Beri dan tarik balik. Jadi kenapa perkara ini wujud dan berapakah kos levi yang terlibat dalam isu ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bertanya soalan yang tidak ada kena mengena dengan soalan asal. Pada masa mereka memohon pada tahun 2007, permohonan masa itu ada permintaan daripada majikan-majikan. Mereka luluskan pada masa itu. Apabila tiba masa ini belum lagi mereka masuk, kita membuat keputusan kelulusan yang lama itu akan kita batalkan dan tidak perlu untuk mereka di bawa masuk. Terima kasih.

Soalan asal No. 9 – Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah permohonan Permit Masuk dan warganegara yang sudah diluluskan yang mengikuti negara; dan
(b) langkah-langkah untuk mengatasi masalah permohonan Permit Masuk dan warganegara.

MP PAS Shah Alam: Sepatutnya wang yang sama digunakan untuk bina ‘industri down stream petrol chemical’ di Sabah

11 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya melihat bahawa Sabah Oil and Gas Terminal ini mempunyai kelengkapan yang cukup banyak dan volume ataupun jumlah crude dan gas yang juga agak munasabah.

Saya tidak faham, mengapa kekayaan dari negeri Sabah ini yang diturunkan dari laut diturunkan ke SOGT ini tidak dimanfaatkan di situ dengan sepenuhnya. Akan tetapi hanya sekadar untuk receiving, storage lepas itu eksport dan untuk dia punya down stream activities iaitu petrol chemical, fertilizer dan sebagainya, kita sanggup membina satu saluran pipeline sejauh 500 kilometer. Seperti mana yang kita tahu, pipeline ini bukan pipeline yang mudah. Ia memerlukan pumping station, dan sebagainya.

Dia punya corrosion prevention dan sebagainya ia akan menelan belanja yang begitu tinggi. Soalannya mengapa tidak wang yang sama digunakan untuk membina satu industri down stream petrol chemical dan sebagainya di Kimanis ataupun di Sabah itu sendiri daripada membelanjakan beratus-ratus juta?

Mungkin Yang Berhormat Bintulu dia seronoklah turun ke Bintulu. Akan tetapi Yang Berhormat Kimanis ini mengamuk pula. Lalu saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab, terima kasih.
Teruskan membaca

MP PKR Ketereh: Kerajaan diminta memantau Proses pinjaman TEKUN

11 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Dalam sama-sama berusaha untuk menangani krisis ekonomi global ini, saya kira kementerian juga seharusnya memantau proses memberi pinjaman ini dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh supaya tidak ada pra syarat yang tidak sepatutnya dalam usaha meluluskan bantuan atau pinjaman kepada para belia ini seperti contohnya dalam memberi pinjaman seharusnya menjadi ahli UMNO ataupun borang-borang permohonan disahkan oleh pimpinan utama UMNO sebagaimana yang dibuat dalam pinjaman TEKUN.

Adakah kerajaan bersedia untuk memastikan bahawa perkara-perkara tersebut tidak berlaku dan dihindarkan dari usaha menyalurkan bantuan kepada pemohon yang benar-benar layak, terima kasih.

Tuan Wee Jeck Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu tidak timbul sekalipun. Kalau kena adanya bantuan daripada ketua-ketua masyarakat atau setempat hanya untuk memastikan kesahihan atau keperluan itu. Itulah yang dikatakan oleh Yang Berhormat kata perlu kita ikhlas, perlu kita merujuk kepada sasaran yang tepat maka itulah satu cara yang saya rasa boleh menepati keperluan semua dan bukan untuk golongan tertentu sahaja, sekian.

Soalan asal No. 6. Tuan Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir [Ketereh] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan bagi memastikan para belia yang telah diberi bimbingan mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka. Sila berikan beberapa contoh kejayaan yang dapat dibanggakan di kalangan belia yang telah mendapat bimbingan agensi di bawah kementerian.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Sejauhmana Kementerian membantu Pengusaha Homestay

11 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan yang mulia ini sejauh manakah Program Homestay yang diperkenalkan ini telah benar-benar berkesan dan sejauh manakah kementerian membantu pengusaha-pengusaha homestay ini supaya kampung-kampung tradisi ini benar-benar menjadi satu destinasi yang dapat menambahkan pendapatan khususnya orang kampung yang dapat faedah daripada Program Homestay ini. Jadi itu soalan tambahan saya. Terima kasih.

Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: Terima kasih Yang Berhormat. Jumlah siling peruntukan RMK-9 homestay ialah sebanyak RM37.3 juta. Sehingga hari ini sebanyak RM29,210,680 telah diluluskan untuk urusan menaik taraf bilik air dan papan-papan tanda rumah homestay. Semasa masyarakat mengambil bahagian dalam homestay, kementerian bukan sahaja memberi duit untuk menaikkan taraf tetapi juga selalu bekerjasama dengan mereka supaya mereka mengetahui cara-cara untuk membuat business dengan pelancong-pelancong yang datang ke kawasan mereka, kawasan-kawasan homestay seperti
membuat kedai makan, kedai menjual souvenir, dengan izin…

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Promosi joget!
Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib: …dengan banyak lagi kraf tangan supaya pelancong-pelancong dapat membuat business dan orang yang membuat homestay ini maju. Terima kasih.

MP PAS Shah Alam: Kebebasan SPR menentukan tarikh Penamaan Calon amat dipertikaikan

10 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah jawapan Menteri Di jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, ya. Di antara faktor-faktor yang diambil kira oleh SPR ialah tarikh tamatnya Mesyuarat Agung UMNO.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan, kebetulan sahaja itu, kebetulan, kebetulan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ini amat berbeza dengan tarikh Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dia ada tempoh 60 hari.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Macam mana dalam [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Kerja buat andaian sahaja ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bercakap tanpa pembesar suara] Siapa yang padam mike ini? [Ketawa] Pasal apabila dalam Pilihan raya Kecil Permatang Pauh, PAS tengah ada kita punya muktamar tetapi tarikh itu dikenakan sambil kita sibuk dengan bermuktamar. Akan tetapi bagi Pilihan Raya Kecil…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kebetulan.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bukit Gantang dan Bukit Selambau, nampak gaya cukup cantiknya lah timingnya.
Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Takdir tu, takdir.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Habis-habis Mesyuarat Agung UMNO diadakan penamaan calon. Walaupun kita tahu bahawa betul apa yang disebut bahawa ini merupakan hak mutlak SPR tetapi kebebasan SPR dalam menentukan tarikh-tarikh ini amat dipertikaikan. Ini kerana, ianya seolah-olah mengambil kira soal tarikh-tarikh seperti mana yang disebutkan tadi. Terima kasih.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sangka buruk itu.
Teruskan membaca

MP PAS Tumpat: Adakah kerajaan sekali lagi ‘bail out’ kerugian MAS?

10 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang saya cadangkan itu pun berkaitan dengan pengakuan yang kita dengar daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan tadi bahawa dalam urusan perniagaan MAS, MAS telah membuat hedging dengan izin, iaitu telah mengkontrakkan pembelian bahan mentah ini dengan harga yang tinggi.

Saya membaca bahawa MAS menjangkakan bahawa harga bahan bakar akan naik ke paras lebih USD100 dan sebab itu telah membuat kontrak ke hadapan atau hedging untuk selama dua tahun yang akan datang begitu pada kadar USD100 dan lebih tinggi daripada kadar tersebut.

Jadi gambaran yang kita dengar ialah bahawa MAS akan mengalami kerugian yang besar dalam dua tahun kewangan yang akan datang ini. Jadi oleh sebab itu apakah langkah-langkah kerajaan. Adakah kerajaan akan sekali lagi bail out ataupun menanggung kerugian MAS ini dan apakah kesannya terhadap belanjawan tambahan yang di atas meja kita sudah ada dua belanjawan tambahan yang perlu kita bahaskan dalam beberapa hari yang tinggal ini.
Teruskan membaca