Ketua Pembangkang bahas Bajet Mini (1)

11 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan kesempatan kepada saya untuk sama-sama membahaskan rangsangan-rangsangan ekonomi kedua yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Saya ingin menegaskan bahawa saya dan rakan-rakan bersedia melakukan apa sahaja untuk membela rakyat termasuk sebarang inisiatif untuk membantu rakyat dan ini telah kami suarakan awal dahulu malah tatkala perbahasan belanjawan yang lalu pun perkara yang ditegaskan mengajak supaya Kerajaan Barisan Nasional memberi ruang kepada wakil-wakil pembangkang membahaskan inisiatifnya dikemukakan tetapi hasrat itu diketepikan begitu sahaja dan semua rangsangan dan inisiatif yang dikemukakan oleh kerajaan tidak mengambil kira pandangan dan membahaskan seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Ada usaha untuk menggembleng semua kekuatan, mengajak rakan-rakan dari pelbagai parti berunding. Sebab itu saya ingin mulakan dengan membandingkan apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat kerana banyak usaha dan pendekatan Keynesian,

Menteri Kewangan sekarang mengambil rangsangan yang dikemukakan oleh Obama. Jumlahnya tentunya lebih kecil. Cuma yang berbeza besar ialah sementara usaha-usaha ala Keynesian oleh Obama itu mengambil kira juga satu perubahan dasar, anjakan daripada cara pengurusan ekonomi syarikat dan bank, tidak ada kesungguhan untuk melakukan perubahan pengurusan, mengawal sistem dari kebocoran, ketirisan, rasuah dan kepincangan.

Sebab itulah maka Paul Krugmen umpamanya pemenang Hadiah Nobel Ekonomi dan juga ahli ekonomi Keynesian yang terkenal dewasa ini mengatakan rangsangan Obama itu sendiri pun falling behind the curve kerana masalah dan krisis kita jauh lebih gawat dari pakej rangsangan yang dikemukakan.

Soalnya bukan sahaja dana besar diagihkan secara popular dan kemudian dibesarkan oleh media yang dikuasai oleh pemerintah. Persoalan sebenarnya ialah isu ketelusan, isu pertanggungjawaban. Apakah kita mampu memecahkan tembok psikologi rakyat terbanyak termasuk peniaga dan pelabur agar mereka yakin dengan ekonomi negara. Amartya Sen, pemenang Hadiah Nobel mengutip pandangan Arthur Cecil Pigou dan ini saya rasa cukup tepat untuk kita bahaskan. Dengan izin, “One of the problems arising from financial mismanagement and other transgressions has become many times magnified by a psychological collapse”.
Teruskan membaca