MP PAS Parit Buntar: Mereka menyebut kata-kata yang boleh menjejaskan perhubungan kaum …

12 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sudi menjawab soalan dari Parit Buntar.

Saya timbulkan soalan tambahan saya ialah oleh kerana disebut secara terang bahawa kontrak sosial tadi tidak dizahirkan dalam bentuk Perlembagaan kecuali apa yang ada ialah kandungannya. Apa yang saya ingin tambahkan soalan untuk diminta penjelasan ialah oleh kerana keadaan itu tidak dizahirkan, maka berlaku satu persepsi bahawa kontrak sosial itu tidak binding atau tidak diikat.

Ia hanyalah satu fakta sejarah yang telah berlaku dan terkandung dalam Perlembagaan. Saya timbulkan soalan ini sebagai minta penjelasan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan istilah ini dengan fahaman yang kabur lalu menjustifikasikan tindakan-tindakan politik perkauman yang sempit, sehingga menimbulkan ketegangan kaum dengan kenyataan-kenyataan dan dengan perkaraperkara yang boleh menjejaskan perpaduan kaum lalu menggunakan istilah kontrak sosial.

Saya pun tidak faham, apakah kontrak sosial itu bermakna boleh justifikasi kita hendak menyerang mana-mana kaum yang lain dengan ucapan-ucapan yang provokasi seperti mana yang pernah ditimbulkan dalam salah satu perhimpunan agung sebuah parti politik Melayu yang besar ini. Mereka telah menyebut kata-kata yang boleh menjejaskan perhubungan kaum dan apa tindakan atau apa stand bagi memastikan bahawa orang-orang ini tidak boleh dengan senang mengucapkan kata-kata perkauman lalu…

Beberapa Ahli: Kita Melayu. Hoi, kita Melayu!
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Apa? Apa ini? [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jangan panjang Ahli Yang Berhormat. Jangan panjang soalan tambahan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya tidak memanjangkan.
Tuan Yang di-Pertua: Baru pagi tadi saya ingatkan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, mereka mengganggu ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua: Biasalah itu, Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Soalan saya…
Seorang Ahli: Bodoh! Buat ucapan itu yang orang ganggu.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya dengar ada orang kata “bodoh” tadi. Tolong bangun. Bangun.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya minta bangun, bangun.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Tolong, Ahli Yang Berhormat kemukakan soalan.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tidak. Dia mengucapkan “bodoh” kepada saya. Saya minta bangun siapa yang bercakap kalau anak jantan. Berani, sekarang bangun! [Dewan riuh]
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: Kesedaran agama kepada Keluarga miskin supaya anak-anak tidak mewarisi kemiskinan

12 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, selain daripada bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin ini.

Apakah program-program yang telah dilaksanakan untuk memberi motivasi diri ataupun kesedaran agama kepada keluarga-keluarga ini? Ini supaya mereka tidak terus mengharap kepada bantuan kerajaan dan supaya anak-anak mereka tidak mewarisi kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga mereka. Kita tidak mahu sudahlah mereka ini kemiskinan harta mereka juga kemiskinan iman, kemiskinan jiwa mereka sendiri. Minta penjelasan.

Puan Noriah Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman, kumpulan yang memohon bantuan kebajikan di bawah kementerian saya terdiri daripada dua kumpulan. Satu kumpulan yang masih produktif. Maknanya mereka kalau kita beri kemahiran dan galakan serta sedikit dana melalui geran pelancaran JKM sebanyak RM2,700 memang sedikit. Akan tetapi boleh memulakan perniagaan kecil Yang Berhormat, kita beri supaya menggalakkan mereka berdikari.
Teruskan membaca

MP PAS Pendang: Sejauhmana penerimaan petani terhadap pengubahsuaian sawah milik individu kepada estet padi

12 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Sekarang ini petani tak ada jelapang lagi dah, daripada mesin terus naik lori, masuk kilang. Soalan yang saya nak timbulkan adalah di dalam program NCER, salah satu daripada program untuk petani sawah padi ini adalah mengestetkan ladang ataupun sawah-sawah padi. Di kawasan saya berhampiran dengan Pendang ada kawasan Jelai di mana dijadikan kawasan estet padi dan di dalam musim yang lepas, hasilnya agak tinggi.

Saya hendak tahu bagaimanakah respons ataupun penerimaan daripada petani-petani ini terhadap pengubahsuaian daripada sawah milik individu kepada estet padi ini setakat ini yang diterima baik oleh petani-petani di kawasan-kawasan lain selain daripada kawasan Jelai yang dijadikan pioneer project untuk NCER ini. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tahniahlah kepada Yang Berhormat kerana kawasan pun telah dimasukkan menjadi satu projek perintis untuk mengadakan estet, penanaman padi secara estet. Ini Yang Berhormat, saya berharap semua yang ada di sini mendengar bahawa kita tidak pernah mendiskriminasikan dari segi kawasan-kawasan. Kita tidak Yang Berhormat sebab bagi kami khasnya…
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Kenapa Projek LCCT tidak dibentangkan di Parlimen?

12 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkaitan dengan lapangan terbang. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian tentang projek LCCT yang akan dibangunkan yang sudah pun disebut secara umum dua hari lepas bahawa tempat itu sudah dikenal pasti, katanya berhampiran dengan bangunan KLIA yang sedia ada.

Akan tetapi kenapa ianya tidak dibentangkan di dalam Parlimen ini untuk kita Ahli-ahli Dewan Rakyat mendapat maklumat lebih awal daripada projek tersebut dan keduanya saya ingin tahu tentang bangunan yang dahulunya Terminal Tiga di Subang.

Kalau kita lihat dari segi ubahsuainya sudah begitu hebat, begitu cantik, designnya begitu hebat luar dan dalam. Apakah projek yang ada dalam perancangan kerajaan untuk membangunkan atau untuk menjadikan apa airport ini ataupun lapangan terbang tersebut, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya soalan itu soalan baru kerana pertamanya tidak berkaitan. Soalan itu adalah mengenai lapangan terbang…
Tuan Yang di-Pertua: Saya setuju Yang Berhormat, tidak payah jawab.
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Jadi kalau Yang Berhormat Bachok ingin tanya soalan, sila kemukakan soalan di Parlimen ini.

Soalan asal No. 5 – Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan Sibu merupakan bandar yang kedua terbesar di negeri Sarawak tetapi Lapangan Terbang Sibu jauh ketinggalan berbanding dengan Lapangan Terbang Kuching, Miri dan Bintulu:-
(a) bagaimanakah perkembangan projek pemanjangan terminal; dan
(b) bilakah projek ini akan dilaksanakan.

MP PAS Pokok Sena: PAS Konsisten …. Umno yang tidak berubah

11 Mac 2009 – Perbahasan Usul (mencelah Ucapan MP BN Rompin membahaskan Rang Undang-Undang perbekalan Tambahan (2009) 2009

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Ini yang masa ketika itu senarai keluar, kroni-kroni bekas Menteri Kewangan. Sebab itu saya kata kita ke tepilah cerita yang terdahulu, marilah kita tumpukan seperti yang disarankan. Kita tumpu kepada…

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: …nanti saya habis sikit lepas itu saya bagi kepada Yang Berhormat Pokok Sena sebab memang dia sudah ada konspirasi antara berdua ini. Okeylah

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Rompin yang membangkitkan isu ini. Akan tetapi harus kita faham bahawa PAS konsisten daripada dahulu tidak mengira siapa dan Alhamdulillahlah hari ini seperti kata Yang Berhormat Bukit Bendera tadi bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh dia menyedari. Maknanya kalau betul apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Rompin mengatakan bahawa dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh, Ketua Pembangkang pun buat perangai yang sama macam UMNO.

Maknanya yang tidak berubah UMNO, yang tidak berubah itu UMNO, diri dia berubah, yang tidak berubah itu UMNO. Jadi kita tidak akan kita hendak bangkitkan isu yang dahulu? Tidak akan saya hendak membangkitkan isu yang dahulu? Isu yang di zaman Tun Dr. Mahathir umpamanya, sekarang ini yang memerintah, yang jadi Perdana Menteri siapa dia, yang jadi Timbalan Perdana Menteri siapa dia? Jadi yang tidak berubahnya UMNO.

Diri manusia itu saya sudah berubah jadi sepatutnya UMNO pun kena berubah. Jadi saya harap Yang Berhormat Rompin pun kena

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: …kena insaflah, kena berubahlah
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya boleh, Terima kasih

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Jadi keadaan ini berlarutan sampai sekarang ini amalan ini diteruskan.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena kerana membela Ketua Pembangkang sebab dalam PAS ada dua kumpulan. Kumpulan yang menerima sebagai Ketua Pembangkang, yang satu kumpulan tidak terima betul. Yang Berhormat Maran ya? Bukan?
Seorang Ahli: Yang Berhormat Marang.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Majlis Perundingan Ekonomi perlu ditubuh segera

11 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009)

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk bersama-sama membahaskan pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM60 bilion sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semalam.

Dengan penuh tanggungjawab, saya dan rakan-rakan dalam PAS khususnya, termasuklah rakan saya tadi Yang Berhormat Pokok Sena telah menghulurkan tangan bagi kita berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk sama-sama kita membangunkan ekonomi negara apatah lagi dalam keadaan kita menghadapi krisis ekonomi di peringkat global. Saya…

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Mohon penjelasan ya, Kuala Krau.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tak start lagi.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang Berhormat Kubang Kerian, saya ingin jawapan yang seikhlasnya daripada Yang Berhormat Kubang Kerian kenapakah semasa pembentangan bajet rangsangan kedua semalam ramai kawan daripada pembangkang tidak berada di dalam Dewan termasuk daripada Pakatan Rakyat ada dua tiga orang, PAS ada dua orang. Apakah sebabnya? Cuma DAP sahaja yang ramai datang. Jadi seikhlas yang mungkin kalau hendak bersama-sama kita memantapkan ekonomi dan menangani masalah ekonomi di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kubang Kerian. Tak payah respons kepada itu. Ahli Yang Berhormat, walaupun pada ketika ini tidak ramai yang ada janganlah terlampau tidak mengendahkan peraturan mesyuarat. Dalam sesi minta penjelasan itu yang harus kita buat sewaktu kita bangun minta penjelasan, kesamaran hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat sedang berhujah. Ini belum berhujah pun sudah minta penjelasan dengan perkara yang tidak kait-mengait dengan perbahasan. Elakkanlah itu. Perkara-perkara yang menyentuh dengan soal-soal politik luar sana janganlah bawa di dalam ini. Banyak lagi perkara yang kita bincang yang mustahak. Sila Yang Berhormat. Tak payah respons kepada itu.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk sahabat saya Yang Berhormat Kuala Krau saya hendak jawab tetapi nasihat Tuan Yang di-Pertua saya sangat hormat. [Ketawa] Jadi kalau hendak jawapan jumpa saya di luar Dewan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang saya khuatir Yang Berhormat bila Yang Berhormat jawab itu ada lagi penjelasan ekoran daripada itu. Selepas itu ada lagi penjelasan selepas itu dan ini sudah cukup diperjelaskan di luar dan mendapat liputan akhbar yang cukup luas.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas nasihat yang cukup bernas itu.

Pandikar Amin nama diberi,
Lagi kecil sudah terpuji,
Sopan-santun lemah bestari,
Manis dipandang berseri-seri.
[Ketawa]
Teruskan membaca

MP PAS Pokok Sena: Kelemahan kerajaan melihat permasalahan masa depan negara

11 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009)

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya turut terlibat dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2009. Merujuk apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi di akhir dan juga yang disebut oleh Yang Berhormat Balik Pulau iaitu perlu kepada satu Jawatankuasa Pemantau dalam perlaksanaan pakej rangsangan ini.

Disebut dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam bahawa satu unit akan diwujudkan iaitu Unit Penyelarasan Perlaksanaan yang akan memantau perlaksanaan ini. Akan tetapi saya kira bahawa saya bersetuju dengan rakan-rakan tadi bahawa tidak cukup unit ini kerana dia masih berada dalam kerangka yang sama dan saya kira sesuai apa yang diungkap oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semalam mohon kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk daripada parti-parti pembangkang untuk bekerjasama bagi membantu kerajaan dalam menjayakan proses perangsangan ekonomi negara kita ini.

Saya di awal ini ingin mencadangkan bahawa satu jawatankuasa peringkat Parlimen yang akan melibatkan pelbagai parti, mewakili latar belakang politik, parti politik perlu diwujudkan. Kalau betul-betul kerajaan jujur atas pelawaan mereka untuk meminta kerjasama daripada pihak parti pembangkang khususnya dari Pakatan rakyat, jadi saya cadangkan bahawa satu jawatankuasa pemantau bagi memantau penyelarasan perlaksanaan projek pakej rangsangan ini.

Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyebut beberapa perkara di sini, pertama kita mengakui bahawa keperluan kepada pakej rangsangan ini dan kita tidak menolak kepada persoalan kepentingan kepada pakej rangsangan dalam menghadapi krisis ekonomi yang turut dirasai di negara kita.

Walaupun selepas dua tahun kerajaan mengakui bahawa kesan kepada krisis yang berlaku di Amerika. Selepas dua tahun baru mereka melihat sedangkan kita telah pun melihat, sepatutnya kerajaan sudah boleh membuat unjuran awal dua tahun yang lalau sewaktu bermulanya krisis sub prima di Amerika untuk melihat kesan-kesan yang akan dirasai oleh negara kita.

Akan tetapi malang selepas dua tahun baru kita mengakui dan dapat merasai serta melihat keperluan untuk melakukan pakej rangsangan. Akan tetapi kalau dua tahun dahulu kalau kita boleh buat unjuran untuk melihat kesan-kesan yang akan dihadapi, maka saya percaya bahawa kita berada dalam kedudukan yang lebih baik pada waktu ini.

Inilah bagi saya bahawa kegagalan yang saya lihat bahawa dalam melihat dari sudut masa depan. Umpamanya pernah saya sebut di Dewan baru-baru ini kes berkaitan dengan soal keputusan Kabinet untuk menaikkan kadar tol umpamanya dibuat dalam tempoh dua minggu sebelum pengumuman kenaikan, keputusan Kabinet telah dibuat.

Bila diumumkan kenaikan, ada bantahan daripada pelbagai pihak, lalu keesokannya kerajaan mengumumkan pembatalan kenaikan tersebut atas alasan tidak sesuai dengan suasana ini kerana ada masalah kesan daripada krisis ekonomi. Jadi, saya persoalkan apakah di waktu mesyuarat Kabinet untuk memutuskan kenaikan kadar tol itu kerajaan tidak boleh membaca tentang apa yang akan berlaku dalam tempoh dua minggu?

Sedangkan kita lebih awal melihat apa yang akan berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum daripada ini. Kita melihat jauh ke hadapan. Jadi saya lihat bahawa ini suatu kelemahan pihak kerajaan dalam melihat permasalahan masa depan ini.
Teruskan membaca