12 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang perbekalan Tambahan (2009) 2009 dalam Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri)
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk menjawab berkenaan dengan P.06 Butiran 09000 – Bangunan-bangunan Mahkamah di mana sebanyak RM95 juta diperlukan lebih kurang untuk bangunan mahkamah di Kuantan. Tuan Pengerusi ingin saya menyatakan di sini bahawa saya berpendapat tidak perlu kita membiayai wang sebanyak ini kepada mahkamah. Apakah yang ingin dicapai dengan menggunakan wang sebanyak ini untuk bangunan mahkamah di mana sistem di sekeliling keadilan itu tidak langsung dibangunkan.
Kita ada bangunan-bangunan yang cantik, tetapi polis dalam negara ini tidak cukup anggota, tidak cukup siasatan dibawa dalam kes-kes misalnya kes Kugan. Sampai hari ini walaupun laporan bedah siasat diberikan dua minggu lalu, sampai hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil. Akan tetapi wang kita berikan untuk binakan bangunan mahkamah. Bukan sahaja itu, kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya di mana Ahli Parlimen Pekan yang keluar sekarang…
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis, [Rompin]: Point of order Tuan Pengerusi, point of order.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Come back…! [Disampuk]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat macam itu. Yang Berhormat Puchong. Dua perkara, sila duduk dulu Yang Berhormat Puchong. Dua perkara yang membantah Yang Berhormat daripada meneruskan ucapan terhadap kes yang disebut, pertama kes ini dalam mahkamah. Kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat ditegah oleh peraturan mesyuarat untuk menunjukkan mana-mana Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. Saya minta Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat beri amaran kepada diri…
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi menipu… [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dengarlah Yang Berhormat! Dengar, dengar Yang Berhormat. Okey saya minta Yang Berhormat tidak menyentuh perkara ini seperti yang saya katakan tadi.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Kenapa tidak boleh?… [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya ada jelaskan sebab itu, Yang Berhormat tidak dengar. Saya katakan perkara ini dalam mahkamah. Kedua, Yang Berhormat, perkara ini menyentuh tentang peribadi seseorang di dalam Dewan. Tidak boleh Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi kena dengar saya dulu. Dengar saya dulu.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Ini bukan kali pertama Yang Berhormat menyentuh perkara ini. Saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Bukan, bukan isu yang dibangkitkan kali ini.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis, [Rompin]: [Bangun].
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis, [Rompin]: Tidak boleh dengar.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Pengerusi, kalau boleh isu yang dibangkitkan.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak benarkan Yang Berhormat. Dua perkara itu bercanggah dengan isu yang Yang Berhormat kemukakan. Perkara yang lain Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya hendak teruskan. Saya hendak teruskan. Sila dengar saya Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan negara kita membelanjakan banyak wang. We spend lots of money, dengan izin. Beautiful building there but the system…
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Mahkamah teruk pun… [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: …Sistem. Saksi-saksi dalam kes-kes tertentu walaupun polis tahu mereka saksi penting tetapi tidak disiasat. Banyak kes masih belum dibawa ke mahkamah tetapi bangunan mahkamah ada. Macam kes Altantuya….
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis [Rompin]: Yang Berhormat ini apa ini, Tuan Pengerusi, apa kena mengena dengan bangunan ini?… [Dewan riuh]
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sabarlah Yang Berhormat. Ya memang betul Yang Berhormat, tidak berkenaan.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tiada kaitan, tiada kaitan. Buang masa sahajalah.
Seorang Ahli: Bagaimana sensitif sangat.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis, [Rompin]: Hak dia…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Buang masa sahajalah.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dengar dulu. Pegawai penyiasat dalam kes itu sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan…
Teruskan membaca →
Filed under: Ucapan | Leave a comment »