MP PAS Kuala Selangor: Pakej Rangsangan kedua ini diberikan kepada perkara-perkara yang tidak wajar

12 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa Bagi Kementerian Kewangan.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya menyambut perkara-perkara yang dibahaskan oleh kawan-kawan sebentar tadi. Dalam Perbelanjaan Bekalan, Maksud P.11.

Apabila kita bercakap di peringkat dasar Tuan Pengerusi, kita menerangkan bahawa keseluruhan stimulus, suntikan stimulus pakej kedua ini adalah untuk mengangkat agregat demand, permintaan keseluruhan tetapi bila kita perhatikan peruntukan-peruntukan ini, saya merujuk kepada P.11, P.10, P.11, ya dua-dua sekali. Jadi P.11 ini

Tuan Pengerusi, bagi jumlah yang diberikan atau diperuntukkan RM360 juta untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan yang mudah terjejas, mengelakkan pengangguran, mengurangkan pengangguran.

Saya kira peruntukan-peruntukan seperti ini perlu kita bukan hanya perhatikan pelaksanaannya, the evaluation of the details, dengan izin, tetapi jumlah itu pun dalam rangsangan ini, rangsangan fiskal ini perlu kita tambahkan. Saya mempertikaikan pula pada waktu yang sama peruntukan P.10, dan Menteri Kewangan kedua ada, saya cukup selesa Yang Berhormat Menteri Kewangan berada di sini, sebab saya telah bangkitkan sebentar tadi, apabila Menteri Kewangan tidak menjawab perkara-perkara ini.

Kalaulah peruntukan-peruntukan seperti yang disebutkan di sana, di bawah kepala 02900. Kita buat perbelanjaan ini, peruntukan ini mengapa perlu sampai RM200 juta, walaupun kita tahu ia merupakan new economic growth tetapi dalam suasana krisis ini peruntukannya mesti menjurus untuk menjana total agregate demand.

Jadi ini semacam satu perangkaan bajet yang seharusnya telah difikirkan lebih awal, tidaklah dalam keadaan krisis ini RM200 juta meskipun saya tahu kepentingan itu tetapi ia tidak membayangkan bagaimana apabila perkara yang kita sebut sebagai objektifnya tidak dizahirkan dengan perancangannya.

Di sini saya mempertikaikan dan saya dalam perbahasan peringkat dasar, saya menyebutkan tentang pentingnya to do the things right and to do the…, membuat perkara yang betul dan dengan betul, efisien dan efektif.

Ini saya mempertikaikan Tuan Pengerusi, sementara di bawah kepala 92000 itu penting dan kita tahu juga 93000 itu juga penting tetapi meletakkan RM200 juta peruntukan dan juga saya kira R&D, sahabat saya dari Machang menyebutkan tadi. Dalam konteks ini saya rasa, dalam konteks untuk menangani kesan kemelesetan, kesan kelembapan, saya tidak nampak sebenarnya keseluruhan perkara ini, sementara pada awal tadi, saya mempertikaikan dana itu sendiri.

Jadi saya minta juga kalau boleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II menyebutkan kembali kalaulah contribution cash itu tidak datang dalam bentuk mendapat sokongan, ataupun mendapat suntikan lebih daripada Petronas mahupun daripada to unlock or monetize government asset ataupun dengan sumber-sumber yang lain, saya tidak nampak mengapa dalam pakej stimulus kedua ini diberikan perkara-perkara yang tidak wajarnya sebagai priority, di mana letak perancangan dan objektif, sebab saya nampak ada mismatch, ia tidak aligned, dan di sini saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Satu Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: Pakej Rangsangan kedua ini diberikan kepada perkara-perkara yang tidak wajar Posted on March 26, 2009 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: