MP PAS Shah Alam: Pakej Rangsangan diutamakan kepada segi penyelenggaraan, pembinaan

12 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan RM1.64 bilion tadi, apa yang disebutkan tadi saya tidak nampak yang aspek penstrukturan semula industri serta menggiatkan aktiviti nilai tambah.

Contoh-contoh yang disebutkan tadi merupakan lebih dari segi penyelenggaraan, dari segi pembinaan, dari segi mungkinlah bila sebut soal extra curriculum activities untuk sekolah itu, masa depan keupayaan mungkin membina keupayaan masa depan itu yang dimaksudkan.

Akan tetap dari segi penstrukturan semula industri serta menggiatkan aktiviti nilai tambah, jenis aktiviti yang macam mana dan penstrukturan industri yang macam mana dan berapa yang dibajetkan untuk aktiviti-aktiviti ini dan bagaimana ianya akan menjadi sebagai satu tindakan yang merangsang ekonomi.

Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Boleh sekali, boleh sekali? Ya, berbalik pada PIAS tadi kita tidak menafikan bahawa memang banyak peruntukan. Kita tidak tahu bahawa banyak wang untuk peruntukan projek-projek PIAS ini. Akan tetapi berbalik kepada persoalan kita ialah bukti.

Kita hendak tahu di mana projek-projek itu, senarai projek itu mengikut setiap kawasan Parlimen supaya Ahli Parlimen ada satu senarai, kita tahu di kawasan Parlimen ini, tahun ini ada berapa projek PIAS yang akan dilakukan, di mana tempatnya dan kita boleh pergi pantau. Saya harap cadangan ini boleh diambil kira oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Satu cadangan yang baik dan Kementerian Kewangan akan berbincang dengan EPU untuk memastikan bahawa kita dapat butiran-butiran yang detail, yang lengkap tentang projek-projek mengikut kawasan Parlimen masing-masing. Saya akan berbalik kepada isu tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Namun, saya ingin menjawab beberapa isu lain yang dibangkitkan. Satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi ialah tentang aggregate demand dan sama ada kita harus memberi tumpuan kepada aggregate demand atau pun memberi tumpuan dalam kita cuba memulihkan ekonomi kepada aspek-aspek lain dari aggregate demand.

Ini satu isu yang harus difikirkan seelok-eloknya. Tidak ada satu jawapan yang boleh kita gunakan untuk menyelesaikan isu ini, sebab ada dua perkara yang penting dalam kita menghadapi krisis ini:
(i) untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh rakyat sebab seperti yang disebutkan tadi di Dewan ini mungkin 5% dari jumlah pekerja dan kita tahu jumlah pekerja hampir 10 juta sebenarnya mungkin akan kehilangan kerja tetapi kita harap tidak; dan
(ii) kita harus mengambil tindakan untuk memastikan bahawa mereka yang mampu kerja dapat kerja.

Jadi, oleh kerana itulah kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa wujud sebanyak 163,000 jawatan dalam masa yang singkat dan 63,000 dari 163,000 jawatan itu adalah di public sector. Pada masa yang sama, kita juga mengambil kesempatan ini untuk memberi latihan supaya mereka yang mungkin pada suatu masa dahulu, mereka kerja dari pukul 9 pagi sampai malam kini tidak dapat kerja, tidak dapat buat overtime dan ada masa sedikit, mereka juga akan diberikan latihan di dalam bidang-bidang khusus.

Kita memberi latihan untuk mereka yang retrench untuk mereka yang buat part time, untuk mereka yang keluar dari universiti, graduan-graduan supaya mereka dapat latihan, pengetahuan dalam bidang-bidang khusus. Supaya apabila ekonomi kembali pulih, kita sudah wujud satu golongan pekerja di Malaysia yang mempunyai kemahiran yang lebih dari sebelum. Itu mungkin sebagai satu hikmah. Hikmah dari krisis ini, sekiranya kita ikhtiar, kita dapat menggunakan masa ini untuk memberi latihan yang lebih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: