MP PAS Kuala Selangor: Krisis Kewangan akan menjadi lebih parah

12 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009)

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Tan Sri Menteri. Saya tidak ada masalah dengan huraian yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, cumanya kita berdepan dengan krisis dan krisis ini mungkin memakan masa dua tahun atau lebih parah lagi lebih lama daripada itu.

Persoalannya, setelah tiga bulan yang lalu kita membentangkan satu bajet, hari ini kita membentangkan lagi satu mini bajet. Sepatut kita telah define our problem. Kita menjelaskan sungguh-sungguh permasalahan krisis ini, kemudian meletakkan strategi objektifnya mungkin lima, mungkin sepuluh, mungkin 15. Kemudian meletakkan kerangka pelan tindakan stimulus package untuk menggarap cabaran itu.

Bukan satu lagi bajet yang hampir sempurna dan lengkap walaupun namanya mini. Ini perbezaan antara stimulus package dan mini bajet. Ketika kita membentangkan mini bajet ini ia semacam mengulangi satu cerita lama tentang semua kementerian perlu. Kita perlu menegaskan Tan Sri Pengerusi apa permasalahannya.

Saya cukup senang dengan mendepani demand side economic, the aggregate demands dan juga the supply side economic. Itu kita sepakati tetapi bukan untuk membentangkan satu bajet baru yang jumlahnya disebut RM60 bilion tetapi yang jelasnya hanya merupakan RM15 bilion suntikan fiskal atau kewangan.

Yang jelasnya RM15 bilion yang ada, kecuali yang lain itu masih dalam alam khayalan lagi di mana datangnya esok kita tidak tahu. Kita tidak bercakap tentang secara jelasnya mana datangnya.

Jadi Tan Sri Yang Berhormat Menteri, ini dia permasalahan yang kami cukup tertekan dan ini juga akan mencetuskan satu yang paling besar dalam psikologi rakyat. Isunya sekarang adalah merangsang rakyat berbelanja. Dalam suasana krisis, rakyat lebih selesa untuk menabung. Bagaimana kita mahu pecahkan ini kalau kepercayaan rakyat itu tidak dianggap dengan satu stimulus yang benar-benar fokus, ini permasalahannya.

Kalau begini caranya Menteri Kewangan sebentar tadi tidak dapat mendepani persoalan-persoalan kami, alhamdulillah kita selesa dengan Menteri Kewangan Kedua yang memberikan banyak penjelasan dalam perkara ini tetapi masih persoalan krisis negara ini dengan mini bajet ini kita takuti akan menjadikan kita lebih parah dalam waktu yang terdekat. Minta maaf Yang Berhormat Tan Sri Menteri.
Teruskan membaca