MP PAS Kuala Selangor: Krisis Kewangan akan menjadi lebih parah

12 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009)

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Tan Sri Menteri. Saya tidak ada masalah dengan huraian yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, cumanya kita berdepan dengan krisis dan krisis ini mungkin memakan masa dua tahun atau lebih parah lagi lebih lama daripada itu.

Persoalannya, setelah tiga bulan yang lalu kita membentangkan satu bajet, hari ini kita membentangkan lagi satu mini bajet. Sepatut kita telah define our problem. Kita menjelaskan sungguh-sungguh permasalahan krisis ini, kemudian meletakkan strategi objektifnya mungkin lima, mungkin sepuluh, mungkin 15. Kemudian meletakkan kerangka pelan tindakan stimulus package untuk menggarap cabaran itu.

Bukan satu lagi bajet yang hampir sempurna dan lengkap walaupun namanya mini. Ini perbezaan antara stimulus package dan mini bajet. Ketika kita membentangkan mini bajet ini ia semacam mengulangi satu cerita lama tentang semua kementerian perlu. Kita perlu menegaskan Tan Sri Pengerusi apa permasalahannya.

Saya cukup senang dengan mendepani demand side economic, the aggregate demands dan juga the supply side economic. Itu kita sepakati tetapi bukan untuk membentangkan satu bajet baru yang jumlahnya disebut RM60 bilion tetapi yang jelasnya hanya merupakan RM15 bilion suntikan fiskal atau kewangan.

Yang jelasnya RM15 bilion yang ada, kecuali yang lain itu masih dalam alam khayalan lagi di mana datangnya esok kita tidak tahu. Kita tidak bercakap tentang secara jelasnya mana datangnya.

Jadi Tan Sri Yang Berhormat Menteri, ini dia permasalahan yang kami cukup tertekan dan ini juga akan mencetuskan satu yang paling besar dalam psikologi rakyat. Isunya sekarang adalah merangsang rakyat berbelanja. Dalam suasana krisis, rakyat lebih selesa untuk menabung. Bagaimana kita mahu pecahkan ini kalau kepercayaan rakyat itu tidak dianggap dengan satu stimulus yang benar-benar fokus, ini permasalahannya.

Kalau begini caranya Menteri Kewangan sebentar tadi tidak dapat mendepani persoalan-persoalan kami, alhamdulillah kita selesa dengan Menteri Kewangan Kedua yang memberikan banyak penjelasan dalam perkara ini tetapi masih persoalan krisis negara ini dengan mini bajet ini kita takuti akan menjadikan kita lebih parah dalam waktu yang terdekat. Minta maaf Yang Berhormat Tan Sri Menteri.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Boleh sekali?
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya jawab dulu soalan itu. Yang Berhormat, percayalah yang RM60 bilion ini tidak dan bukan satu angka khayalan, bukan sebab tadi Tuan Pengerusi, Yang Berhormat telah sebut tentang angka RM15 bilion. Itu satu angka yang memang wujud sebab akan dibelanjakan daripada bajet. Dari perbezaan RM60 bilion dengan RM15 bilion ini ialah RM45 bilion.

Daripada RM45 bilion cukai yang kita terkorban ialah RM3 bilion. Itu memang satu angka yang wujud. PFI Fund yang RM2 bilion, kerajaan akan ambil RM2 bilion dan letak PFI Fund, siapa-siapa yang hendak buat projek yang strategik dan memerlukan sedikit bantuan daripada kerajaan untuk memastikan projek itu viable, kita akan beri. Itu juga yang real.

Yang off budget RM5 juta, LCCT akan dibina di KLIA RM2 bilion. Itu memang real. LCCT akan dibina dengan peruntukan RM2 bilion. Penang Airport RM250 juta akan dibelanjakan oleh Malaysia Airport untuk membina extension di Penang Airport. Itu pun real itu bukan satu khayalan.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya? Tidak, itu dia menggunakan dana Malaysia Airport. MCMC akan menggunakan RM2.4 bilion daripada tabung MCMC untuk belanjakan, itu pun real dan Khazanah akan buat investment di dalam bidang telecommunication, Iskandar, bidang-bidang kreatif, bidang-bidang pertanian, itu pun real. Mungkin yang boleh disoal ialah guarantee scheme yang kerajaan bagi jaminan sebanyak RM20 bilion.

Memanglah kerajaan tidak keluarkan duit, pihak lain pun tidak keluarkan duit. Adakah itu satu khayalan? Bukan, sebab sungguh pun kerajaan tidak mengeluarkan duit, dengan memberi jaminan 80% ini, kerajaan mempunyai satu contingent liability sebab kalau, tapi kita yakinlah ini tidak akan berlaku.

Kalau mereka yang meminjam tak bayar balik, itulah jadi satu contingent liability tapi kita yakin bahawa dalam keadaan di mana bank-bank tidak mempunyai keyakinan untuk memberi pinjaman, skim jaminan ini adalah satu skim yang akan membantu dalam membolehkan banyak projek-projek yang tidak dapat diwujudkan, tidak dapat dilaksanakan, dapat dilaksanakan. Satu aspek yang hilang dalam krisis yang the first casualty dalam mana-mana ekonomi krisis dan memang dalam krisis ini krisis yang terburuk dalam tempoh 80 tahun.

Satu aspek yang jadi victim ialah trust confidence, confident hilang dengan cepat dan banker tidak mempunyai confidence dengan peminjam, syarikat-syarikat tidak mempunyai confidence untuk meminjam dan memperluaskan perniagaan, developer tidak mempunyai keyakinan untuk develop projek hartanah. Dia tak yakin rakyat akan beli rumah yang disiapkan nanti. Jadi, tujuan kerajaan dalam membentuk ini… ya?

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Exactly. Itulah kerajaan mengambil tindakan untuk memastikan bahawa daripada satu kemungkinan kita dapat kitaran ganas (vicious cycle), kita cuba mewujudkan satu virtual cycle dengan mengembalikan keyakinan. Guarantee skim ini adalah satu skim yang saya tahu, saya yakin akan mengembalikan keyakinan sebab bank yang tidak begitu berminat untuk pinjam dengan mengambil 100% akan meminjam sebab 80% kita ambil risiko. Jadi RM60 bilion ini adalah satu angka yang bukan khayalan, satu angka yang real.

Saya pernah baca satu artikel oleh Paul Krugman dan dia kata dalam keadaan begini, dia pun kritik juga, kritik Obama sebab dia kata Obama sungguhpun nampak komprehensif tapi tak komprehensif sangat.

Dia kata, dalam kita melaksanakan pakej-pakej rangsangan, kita calculate berapa banyak kita perlu untuk memulihkan ekonomi dan lepas itu kita tambah 50%.

Itu pendapat Paul Krugman. Jadi saya berpendapat adalah lebih bijaksana untuk kita membelanja lebih sedikit dari belanja kurang tetapi kalau kita hendak belanja sejumlah RM60 bilion dari bajet kerajaan, defisit will go through the roof, itu pun tidak boleh nanti seperti Yang Berhormat sebut kita kena jaga rating agency tetapi rating agency tidak penting sangat sebab rating agency pun dahulu structured bond dia bagi triple A, selepas itu jadi junk bond. Dia punya kredibiliti tidak boleh percaya sangat.

2 Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: Krisis Kewangan akan menjadi lebih parah Posted on March 26, 2009 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

  2. […] Parlimen PAS MP PAS Kuala Selangor: Krisis Kewangan akan menjadi lebih parah 8 beberapa jam yang […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: