MP PAS Kuala Selangor: Perkara yang dilakukan adalah dalam bidang kuasa ‘legislative’

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Usul menggantung Ahli Dari Puchong)

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Celahan yang saya ingin buat, dalam peranan selaku legislator, law maker, perkara yang ditimbulkan adalah sebenarnya dalam bidang kuasa sebuah peranan legislative yang seharusnya menyemak imbang sistem judiciary.

Kita berlainan daripada pandangan Yang Berhormat Batu Pahat, tidak perlu setiap kali kalau membuat satu dakwaan mesti dibuat di luar. Kita mempertikaikan the procedure, the rule of law. Jadi apabila Yang Berhormat Puchong membangkitkan perkara ini, ia adalah dalam peranannya untuk membangkitkan satu perkara yang penting selaku law maker. Mempertikaikan atau menyemak imbang peranan judiciary. [Tepuk].

Saya kira itu perkara yang cukup penting Yang Berhormat Ipoh Timur kerana ia perlu dilihat sebagai peranan kita dan kita berhak untuk menjalankan tugas semak imbang itu di sini. [Tepuk]. This is the rule of law. Jadi saya minta Yang Berhormat Ipoh Timur tolong perjelaskan peranan ini dan bukannya dakwaan-dakwaan ini mesti dibuat di luar, di sini tempatnya.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Ya, sebab itu saya kata sangat mustahak apabila kita bertindak sebagai satu mahkamah, kita jangan dilihat bertindak sebagai saru kangaroo court dan kita perlulah bincang dengan panjang lebar dengan semua fakta-fakta yang relevan.

Tadi ada sebut beberapa perkara yang menimbulkan soalan, adakah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya termasuk statutory declaration, private investigation kita, Bala Subramaniam yang ada kata bahawa ada penglibatan. Semua ini perlu dijelaskan. This is public interest question. Dalam Parlimen ada hak kebebasan bersuara dan tentu ada check and balance, betul. Saya mahu memetik satu quotation mengenai Parliamentary Privileges, dengan izin, “Procedures are in place for both the House and Select Committees to ensure natural justice (fairness of process) is observed. These allow right of reply to those who consider their reputation has been damaged by statements made under privilege.”

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada more than the right to reply. Tidak pernah dia buat apa-apa, menggunakan right of reply di dalam Dewan ini mengenai semua perkara ini.

Ini satu public interest question yang sangat mustahak, khasnya oleh kerana Yang Amat Berhormat akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi, dua minggu lagi dan kita mahu seorang yang menjadi Perdana Menteri disokong oleh semua rakyat. PM untuk semua rakyat Malaysia disanjung di dunia juga. Bukan oleh kerana soalan-soalan yang begitu penting timbul,
haunted, hounded and doubt by all these questions. Sebab itu… [Disampuk] Ya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB. Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: