MP PAS Shah Alam: Kerajaan bayar RM600 juta tanah untuk bina lebuhraya .. kita (kerajaan) tidak dapat apa-apa

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kerjaraya)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Timbalan Menteri. Berhubung dengan Butiran 10001 tadi, kalau tidak silap saya Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa keseluruhan pengambilan tanah ialah sebanyak RM600.4 juta dan telah dibayar RM561.5 juta. RM25 juta adalah hanya untuk tahun ini. Persoalan saya ialah bahawa ini merupakan satu projek penswastaan jalan raya.

Maknanya bila ditulis penswastaan ini, maksudnya ia akan dibina oleh satu syarikat concessionary, adakah ianya merupakan lebuh raya yang betul. Sekiranya ianya merupakan lebuh raya yang betul, maka mengapakah kerajaan yang mengeluarkan belanja sebanyak RM600 juta untuk mengambil alih tanah itu sedangkan kutipan tol dan sebagainya akan diambil oleh pihak concessionary. Adakah satu perbandingan kos dilakukan, di mana kita telah mengeluarkan sebanyak RM600 juta itu.

Sekiranya pembinaan jalan itu sendiri dilakukan, maka adakah ianya merupakan satu perkara yang menguntungkan kerajaan. Di mana kita beli tanah lepas itu kita beri orang lain pula bina jalan. Lepas itu dia kutip tol, dia dapat keuntungan, kita keluarkan belanja, kita tidak dapat apa-apa. Kita tidak mahu kita ini terperangkap dalam satu sistem yang kita keluarkan belanja lepas itu keuntungan beri kepada concessionary, dan selepas itu kita terikat dengan satu perjanjian… [Disampuk]

Tuan Pengerusi, banyak sangat gangguan. Boleh beritahu dia orang ikut peraturan. Tidakkah boleh kita memikirkan satu kaedah yang lebih baik daripada kita melakukan kesilapan yang sama dan kita ulang berkali-kali. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Pengerusi, pembinaan lebuh raya dengan cara penswastaan tidak termasuk tanah. Tanah perlu dibahagikan supaya lebuh raya boleh dibina. Tidak termasuk dalam kos pembinaan lebuh raya itu.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Maknanya kita ambil alih tanah itu dan kita keluar belanja sebanyak itu dan kita tidak dapat apa-apa balik langsung. Melainkan pembinaan jalan yang dilakukan oleh pihak swasta dan pendapatan daripada pembinaan itu dapat pada syarikat swasta. Akan tetapi kita sendiri sudah keluar RM600 juta. That is no return
for us, dengan izin. Adakah itu satu kaedah yang dianggap munasabah.

Saya tahu bahawa Barisan Nasional sudah banyak kali melakukan kesilapan yang sama. Tidak perlu ianya diulangi balik. Yang Berhormat Bintulu ini tidak faham, pasal dia lebuh raya tidak ada. Dia hendak cakap sahaja banyak, tetapi dia tidak tahu apa.

Lalu saya rasa dengan izin, we learn from our mistakes. Kita sudah mengulangi masalah ini dan kesilapan ini sudah banyak kali. Kita keluarkan belanja lepas itu yang dapat keuntungan adalah syarikat swasta. Adakah kaedah yang seperti ini ingin diteruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Terima kasih.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya fikir Yang Berhormat Shah Alam tidak fahamlah. Privatization projek ini kalau tidak silap selalu ada dalam syarat. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri setuju atau tidak. Selalu konsesi kita adakan syarat, kalau mahu terlibat pengambilan balik tanah masuk swasta, esok tentulah harga
tol itu akan mahal atau masa akan panjang.

Inilah Yang Berhormat Shah Alam tidak faham tetapi Tuan Pengerusi, saya di sini mahu bertanya mengenai isu menaik taraf jalan ini. Saya mahu tanya satu jalan di Bintulu ini, Ulu Pandan ini. Kita sudah masuk rancangan, dua kali sudah pecah tanah, akhir sekali tajuk itu sudah ditarik keluar. Saya mahu tanya, naik taraf jalan ini Ulu Pandan ataupun Pandan…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tanah itu sudah pecahlah?
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Itu memang sudah pecah tetapi jalan bila hendak bina? Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Bintulu boleh jawab bagi pihak Timbalan Menterilah. Baguslah.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang dasar Yang Berhormat tidak payah jawab Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Pengerusi, sebenarnya saya hendak respons kepada Yang Berhormat Shah Alam. Kalau tidak buat macam itu mungkin akan dinaikkan. Kita memang sudah ada cost effectiveness dan kos binaan pun akan naik tinggi. Akan tetapi siapa yang boleh untung adalah pengguna jalan raya, hendak jimatkan masa, keselesaan perjalanan, ini ada pros
and cons lah. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Yang jalan padang itu walaupun ia ditimbulkan dan tidak ada dalam perkiraan kita di sini…

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Menyampuk]
Dato’ Yong Khoon Seng: Tak apalah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat peruntukan sama juga RM53 juta iaitu termasuk juga kos pengambilan tanah di lebuh raya SKVE. Yang Berhormat Shah Alam juga tanya berapa banyak jambatan boleh dibina dengan RM7.5 juta. Ini sebenarnya adalah dalam butiran untuk jambatan dua lorong di Pinang Tunggal. Pakej B dan C(1).

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Di mana itu sekali lagi? Maaf.

Satu Respons

  1. […] dan hansard parlimen adalah ihsan MPPAS, terima kasih. -Pejabat YB Khalid Samad- Posted by Khalid […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: