MP DAP Bukit Gelugor: .. percakapan terlibat dalam kes pembunuhan. Adakah percakapan itu menjadi contempt Dewan ini?

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Usul menggantung Ahli Dari Puchong)

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua ada sebut Point of Order 44(8) untuk mengesahkan bahawa perbahasan ini dan usul di hadapan Dewan yang mulia ini dan 44(8) yang berbunyi dengan izin, “Nothing in this Order shall be taken to deprive the House of the power to take action against any person, including a non-member, in accordance with any resolution of the House”.

Peraturan 44 ialah mengenai keadaan apabila berlaku disorder dalam House dan bukan di kemudian. Saya tahu bahawa peraturan ini ada digunakan tujuh tahun dahulu, disebutkan tujuh tahun dahulu apabila Yang Berhormat Batu Gajah ada digantung enam bulan dan apabila disoal waktu itu, peraturan ini ada disebut.

Sungguhpun kalau kita baca Hansard itu tidak begitu meyakinkan oleh Tuan Yang di-Pertua masa mempengerusikan Mesyuarat pada masa itu. Akan tetapi ini sebenarnya mengenai keadaan hari tersebut apabila berlaku disorder
dalam Dewan dan bukan untuk hari-hari yang kemudian. Sungguhpun peraturan ini ada digunakan tujuh tahun dahulu, ada disebutkan apa yang tidak betul, tak patut menjadi satu present.

Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh timbang semula perkara ini bahawa supaya kita tidak teruskan satu insiden yang tidak wajar.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Apabila saya menimbang usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah 27(3), saya benar-benar memikirkan demi untuk kepentingan Parlimen. Saya duduk di meja ini hampir setahun, saya sering kali mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dalam berbahas, tolonglah patuh kepada peraturan mesyuarat. Saya faham apa itu freedom of speech, saya faham apa itu privilege tetapi freedom of speech dan privilege dalam Parlimen mesti disulami dengan tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri. [Tepuk]

Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu berbahas berlagak dan bersifat seperti Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka saya sebagai Tuan Yang di-Pertua untuk memberhentikan perkara begini jangan lagi berlaku, tafsiran saya kepada semua peraturan mesyuarat mengambil kira Peraturan Mesyuarat 43 iaitu keputusan saya mutlak. Maka apa pun
yang disebut tadi setelah mengambil kira, saya fikir bahawa 44(8), Majlis ini sebagai Majlis, lagi penuh berkuasa daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan [Tepuk] kerana yang saya mahu yang berbahas ini adalah Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri.

Yang tidak mahu bahas oleh Yang Berhormat Ipoh Timur adalah kelakuan Ahli-ahli Yang Berhormat, kamu sendiri, bukan saya.
[Tepuk]
Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ini sekarang yang sedang diperhatikan oleh masyarakat, itulah kepentingan ramai. Biarlah kamu bahas kelakuan kamu dan hujah-hujah yang patut kamu cakap, itulah yang saya mahu, maka itu saya benarkan di bawah 27(3). Sila Yang Berhormat Muar.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Sila. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mahu pendapat daripada Parliamentary yang begitu lama dan peguam terkemuka dalam negara ini. Saya mahu belajar, sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Boleh belajar tetapi dengan tenang.
Tuan Yang di-Pertua: Sila, saya belajar dengan tenang. Saya tidak apa-apa pun, saya boleh senyum, sila teruskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada masa untuk kita berbahas kerana ini soal penting, ini bukan soal main-main. Sila.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Semua jangan main-main. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Peraturan mesyuarat mana?
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Peraturan Mesyuarat 27(3).
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Menteri Yang Berhormat bertindak di bawah Peraturan 27(3). Apa makna Peraturan 27(3) Tuan Yang di-Pertua? Satu hari notis mencukupi untuk membawa usul seperti ini dalam Dewan yang mulia ini, saya terima itu. Akan tetapi ekoran daripada itu, the consequences Tuan Yang di-Pertua, apa consequences itu?

Adakah, adakah mencukupi untuk Dewan yang mulia ini untuk membahas usul ini. Tidak ada, tidak ada apa-apa masa diberi kepada Ahli Yang Berhormat daripada Puchong, untuk bersedia, untuk fahami apa yang jadi, isi kandungan usul ini, penghinaan Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, senyap Ahli Yang Berhormat. belum selesai daripada Bukit Gelugor.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Belum selesai, kerana ada ganggu, saya pun.
Tuan Yang di-Pertua: Sila.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Baik, tidakkah wajar Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang jadi amalan di mahkamah. Seorang dipanggil ke mahkamah untuk dituduh, dan dituduh. Adakah perbicaraan itu dimulakan dengan serta-merta? Tidakkah orang itu berhak mengadakan masa untuk meneliti pertuduhan-pertuduhan itu, mendapat satu peguam untuk jadi peguam dia. Bolehkah court Tuan Yang di-Pertua, usul ini diperbahas hari ini?.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tidakkah wajar memberi Tuan Yang di-Pertua masa, apa saya mengatakan tadi untuk bersedia, untuk mempertahankan diri.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Belum habis, belum habis Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Belum habis, ada lagi. Saya rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan. Itu jadi undang-undang yang terutama dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua: Artikel mana Yang Berhormat Bukit Gelugor?
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Just take it easy. 63(1), khasnya 63(2), dengan izin. No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in any proceedings of either House of Parliament or any committee thereof. Ini harus dibaca Tuan Yang di-Pertua, dengan apa jadi peruntukan dalam
House of Parliament, (Privileges and Powers Act) 1952, dengan izin.

Peruntukan seksyen 3 itu, there shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be liable to be impeached or questioned in any court or tribunal out of the House. Apa tafsiran perkataan out of this House?. Itu bermakna dalam Dewan ini boleh, tetapi ada kawalan Tuan Yang di-Pertua, bukan absolute. Apa jadi Tuan Yang di-Pertua, penghinaan Dewan yang mulia ini.

Saya rujuk kepada seksyen 9 akta yang sama, yang saya baca tadi. In marginal note dengan izin, power of House to punish for contempt of the House, peruntukan seksyen 9 adalah, contempt, contempt of this House. Ini jadi contempt of this House Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9.

Your offences which constitute contempt of this House adalah, perenggan (a) sampai perenggan (n). Saya tak mahu baca, panjang ada dalam itu, tetapi apa yang terus terang adalah ini, Tuan Yang di-Pertua. Penghinaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tidak memasuki dalam mana-mana perenggan (a) hingga (n). Adakah Tuan Yang di-Pertua meneliti
peruntukan seksyen 9, di mana dalam perenggan itu (a) sehingga (n), memasuki penghinaan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa dikatakan dalam usul ini, saya baca itu Tuan Yang di-Pertua, bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009, telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan, terlibat dalam kes pembunuhan.

Adakah percakapan itu menjadi contempt Dewan ini? Dan saya rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua, Peruntukan 36(2).
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Tolong senyap sikit nanti saya bingung. Sila.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: 36(2) dengan izin. Reference shall not be made to any matter, which is sub judice in such a away, bukan sub judice sahaja ada qualification, in such a way as might in the opinion of the Chair, prejudice the interest of parties thereto, prejudice the interest of the parties thereto, Tuan Yang di-Pertua, bukan sub judice absolute. Bagaimana apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Puchong, iaitu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Ia tak ada disebut di sini kes pembunuhan Altantuya. Apa kes pembunuhan itu [Dewan riuh] jika kes pembunuhan.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli Yang Berhormat mengganggu, lambat, kerana saya juga kena respons. Sila.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jika Tuan Yang di-Pertua, apa yang bererti ini adalah terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, bagaimana Tuan Yang di-Pertua ini jadi sub judice. Sub judice adalah apabila it is prejudice to the interest of parties thereto.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak didakwa di mahkamah sebagai seorang yang dituduh Tuan Yang di-Pertua, tak bolehkah usul ini dibentang oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini baby boy Menteri ini.

Tuan Yang di-Pertua, siapa jadi bagi usul ini mengadu, siapa mengadu? Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tidak ada dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah, sudahlah Bukit Gelugor. Saya rasa saya faham, saya faham kerana yang sekarang ini kalau pun ada point of order yang di raised, cuma setakat manamana yang relevan yang saya faham, sudah saya faham. Ini bukan saya mendengar Bukit Gelugor berucap untuk dalam perbahasan, okey terima kasih.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya belum habis, saya belum habis [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Ada juga dalam peraturan mesyuarat, apabila Tuan Yang di-Pertua kata sudahlah, sudahlah, kerana kalau itu pula diteruskan, ia nya merupakan satu keingkaran yang juga melanggar peraturan mesyuarat.

Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Sampai petang nanti tak habis.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: You might be a judge, you must hear.
Tuan Yang di-Pertua: But I said this I have heard enough. About your …
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Not heard, if you are heard… I am saying you are not heard enough.
Tuan Yang di-Pertua: Saya bagi.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bolehkah saya dapat tahu daripada Tuan Yang di-Pertua, dalam perenggan mana, dalam seksyen 9(a) sehingga (n), House of Parliament (Privileges and Powers Act).
Tuan Yang di-Pertua: Baik, Baik. Saya dengar semua itu.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Adakah di mana ini boleh Tuan Yang di-Pertua, dipakai.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Bukit Gelugor, saya sudah faham itu. Sekarang saya respons. Pertama kepada peruntukan Perlembagaan, artikel 63(1), 63(2), 63(3),63(4) dan seterusnya. Semua itu saya sudah baca Bukit Gelugor.

63(1),63(2), 63(3), berkaitan dengan imuniti bahawa apa pun yang di bahas dalam Parlimen, dalam Majlis seperti ini, ataupun peringkat Jawatankuasa, tidak boleh sama sekali dibicara di mahkamah. Akan tetapi artikel 63(1), 63(2), 63(3), tidak memberitahu kepada kita pun bahawa Majlis tidak boleh menghukum Ahlinya. Itu imuniti bahawa Parlimen is supreme; it cannot be questioned outside including Mahkamah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu saya belum selesai menjawab kepada semua yang dibangkitkan.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Apa yang dikatakan oleh Tuan Yang di-Pertua, Parlimen is supreme, Parlimen in Malaysia tidak supreme. Constitution is supreme. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Itu pun tidak tahu.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Constitution is supreme.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Parlimen is not supreme in Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat.
Seorang Ahli: Tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat yang saya maksudkan kalaulah segala apa yang dihujah di Parlimen ini berhubung dengan freedom of speech dan imuniti dapat juga diambil umpamanya tindakan di luar, tidakkah ada Ahli-ahli Yang Berhormat habis berbahas refuse to answer outside Dewan. Itu maksudnya, Umpamanya I don’t know whether Yang Berhormat Puchong, ini ekoran daripada question daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kenapa Yang Berhormat Puchong tidak
diberi masa untuk berbahas dan sedemikiannya. Yang itu kalau perkara yang berlaku di Dewan orang tidak tahu, yang ini semua tahu, semua masuk dalam Hansard.

Saya terbaca pagi tadi sama ada Yang Berhormat Puchong bersetuju atau tidak di Utusan bahawa apabila dikejar oleh pemberita ditanya, “Adakah Yang Berhormat sanggup untuk ulang hujah yang dia sebut dalam Dewan?” Ini jawapan dia, “Saya tidak mahu ulang kerana di dalam Dewan saya dilindungi oleh kekebalan ahli Dewan”.

Bermakna perkara ini, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sengaja untuk berselindung di sebalik kekebalan demi untuk membuat huru-hara dalam Dewan yang tidak dibenarkan peraturan mesyuarat.

Mengenai dengan apa yang disebut dalam seksyen 9 tadi yang semua disenaraikan di sana, yang kira Yang Berhormat Bukit Gelugor itu saya baca. Maka itulah, yang itu Yang Berhormat Bukit Gelugor ada kaitan dengan kalau umpamanya apabila sedang berbahas, satu orang Ahli Yang Berhormat berdiri untuk di refer kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Bagi saya apabila saya menimbang semua ini dan terima notis dari Menteri Jabatan Perdana Menteri, saya mentafsirkan segala itu. Ahli Yang Berhormat perlu akur kepada Peraturan Mesyuarat 43 bahawa apa-apa pun interpretasi saya sebagai Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. Sama ada salah bagi persepsi semua…

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, mencelah, kalau boleh bagi saya mencelah.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gelugor, sudah Yang Berhormat Bukit Gelugor…
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Perak punya Speaker tidak supreme.
Tuan Yang di-Pertua: …tidak ada masa, masa sudah terlampau jauh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya tidak mahu menimbang segala-gala.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Perenggan a to n di mana boleh pakai? Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9(a) to 9(n)?
Tuan Yang di-Pertua: Maka itulah usul ini adalah di bawah lain peraturan mesyuarat, bukan Peraturan Mesyuarat 26.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: I understand that, seksyen 9.

Tuan Yang di-Pertua: Saya faham, cool down Yang Berhormat Bukit Gelugor, bertenang, relax.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: You don’t understand.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah menghina lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, seksyen 9(a) to (n), di mana?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gelugor sudah.
Dato’ Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Wow, dia semua yang faham, orang lain tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua: Sudah Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya faham semua itu.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tidak faham.
Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat Bukit Gelugor ingkar juga dan menghabiskan masa Dewan ini, saya tidak teragak-agak gunakan kuasa Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan ugut Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak mengugut, saya akan tunaikan, saya tidak mengugut, jangan habiskan masa persidangan. Saya sudah kasi penjelasan sepenuhnya dan tafsiran saya bahawa Peraturan Mesyuarat 27(3) yang dibawa oleh Menteri adalah itu usul yang sepatutnya.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Seksyen 9(a) to (n), di mana?
Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada kena mengena.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Mana boleh.
Tuan Yang di-Pertua: Sudah saya timbang itu semua.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Keputusan Tuan Yang di-Pertua muktamad kecuali…
Tuan Yang di-Pertua: Sila Muar, sila.
Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Dato’ Razali bin Haji Ibrahim [Muar]: Peraturan apa lagi.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, adakah ini berkaitan dengan seperti yang dibangkitkan tadi?

——————– SEBELUM ITU ———————————-

MP PAS Tumpat: Kenapa Pemuda-pemuda Umno kepung Ahli Bukit Gelugor tidak diambil tindakan
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Insya-Allah, sangat pendek. Hanya tidak sampai dua minggu yang lalu, Yang Berhormat Bukit Gelugor telah dikepung oleh pemuda-pemuda UMNO. Apabila dipersoalkan tindakan apa yang diambil, maka kita menggunakan Peraturan 80A, tetapi kenapa kes 80A tidak boleh digunakan misalnya, dalam kes yang kita hadapi hari ini. [Tepuk] Kenapa kita pilih begini? Terima kasih.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh timbang kenapa kita perlu tamat pukul 1.00? Ini satu perkara yang penting. Ada ramai Ahli di sini, tidak tahu di sana, yang mahu mengambil bahagian dalam perbahasan dan saya harap kita ada masa oleh kerana betul ada perkara yang penting yang kita mahu bahas tetapi ini kalau kita mengeluarkan gambaran kepada orang luar bahawa kita sudah ada kangaroo court, saya rasa imej Parlimen akan jatuh. Sekian, terima kasih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
BAHAWA pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB. Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

DAN BAHAWA kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat Ahli Parlimen Kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: