MP PKR Machang: Sampai bila kerajaan membantu MAB?

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan)

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 30000 di bawah sub topik pembesaran dan menaik taraf lapangan terbang di Sarawak ini.

Saya mohon sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri untuk membantu kita memahami. Sefaham saya, pengurusan lapangan terbang ini adalah di bawah pemegang konsesi Malaysia Port Berhad kecuali Johor.

Sementara kerajaan memberi komitmen kewangan yang besar untuk membina dan juga menambah bila perlu macam di peringkat perbahasan Jawatankuasa sekarang, saya ingin tahu pula berapa lama sebenarnya tempoh pegangan konsesi yang kerajaan berikan kepada MAB yang kerajaan juga ada kepentingan melalui beberapa syarikat GLC.

Sebenarnya, berapa lama breakeven pengurusan lapangan terbang ini untuk sesebuah syarikat yang menguruskannya memperoleh keuntungan? Lima tahun, 10 tahun, 15 tahun? Kalaulah operasi syarikat dalam menguruskan lapangan terbang di negara kita ini yang tertumpu kepada MAB telah pun mencapai breakevennya dengan barangkali kapasiti penumpangnya mencecah 65% atau 70% sudah dianggap breakeven dan sekian tahun.

Apakah komitmen kerajaan, komitmen kewangan itu akan berterusan sampai bila-bila. Sejauh mana pula inisiatif PFI yang boleh dimulakan oleh MAB ini sebenarnya mampu meringankan beban kewangan kerajaan jika sekiranya inisiatif itu dimulakan oleh MAB instead oleh kerajaan berterusan.

Walaupun saya terima bahawa komitmen itu dijalankan dengan baik tetapi yang bermain dalam kepala saya ialah sampai bila sebenarnya? Apakah tanggungjawab itu berterusan menjadi tanggungjawab kerajaan atau pun sampai satu masanya pemegang konsesi kerana ianya hampir monopoli.

Apakah operasinya itu tidak pernah mencatat angka keuntungan sehinggakan urusan itu hanya urusan yang terpikul kepada dana kerajaan semata-mata. Saya fikir yang Menteri sudi untuk memberikan penjelasan bagi membantu kita memahami sampai tahap mana sebenarnya komitmen kewangan ini akan kita perlukan untuk meningkatkan prasarana di lapangan terbang di negara kita. Sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: