MP PAS Kuala Selangor: Urusan penstrukturan air perlu dibereskan sebelum 31 Mac

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi)

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sedikit sahaja. Untuk menambah perkara yang dibahaskan oleh beberapa Yang Berhormat sebentar tadi.

Saya juga merakamkan dalam maksud P.29 ini sekali lagi saya pertikaikan bagaimana perlunya perkara-perkara ini terdahulu perlu dimasukkan dan dimuatkan dalam belanjawan yang dibentangkan 3 bulan yang lalu. Tiba-tiba perkara ini dibangkitkan di sini dan ini perlu penjelasan sama ada butiran di bawah schoolNet ini, sama ada butiran yang lain.

Akan tetapi khususnya butiran yang ingin saya tanya secara khusus adalah juga yang bersangkutan dengan negeri Selangor itu. Dalam hal urusan penstrukturan air yang perlu dibereskan sebelum 31 Mac disebut-sebutkan ini apakah peruntukan 50 juta ini. Apa dia sebenarnya perbelanjaan yang hendak digunakan. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

MP PAS Kuala Krai: Apa kesan Pelaksanaan schoolNet fasa II merangsang ekonomi?

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi)

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Pengerusi, Ahli-ahli mesyuarat sekalian. Saya ingin menyentuh butiran 724 schoolNet fasa II yang kelihatannya diperuntukkan lebih RM75 juta dalam bekalan tambahan pertama 2009 ini.

Dinyatakan dalam akta yang disediakan ini bahawa pada anggaran 2009 yang lalu, dalam bajet yang lalu tidak disediakan apa-apa peruntukkan untuk projek ini dan dalam tambahan ini tiba-tiba muncul RM75 juta. Soalan yang ingin saya bangkitkan apakah dalam masa kita menangani persoalan kegawatan ekonomi dan juga peruntukkan mini budget sebagai stimulus kepada ekonomi ini, kita merasakan perkara ini antara perkara teras yang boleh menyelesaikan masalah ekonomi ataupun tidak.

Kalau ia dilihat penting kita tentu menjangka dalam pembentangan bajet sebenarnya tahun lepas perkara ini diberikan keutamaan. Diberikan RM300 juta contohnya maka oleh kerana penting ditambah RM75 juta. Akan tetapi dalam bajet awal tidak terfikir dan tiba-tiba muncul dalam pembekalan tambahan.

Saya meminta penjelasan apa sebenarnya content schoolNet fasa II ini bagaimana ia akan diagih-agihkan mengikut sekolah mengikut negeri dan juga apa kesan yang kita harap daripada pelaksanaan schoolNet fasa II ini yang boleh membayangkan ia satu projek merangsang ekonomi pada peringkat ini. Ringkas sahaja Tuan Pengerusi terima kasih.

MP PKR Machang: Tanggungjawab MAHB memastikan kemudahan prasarana lebih up to date

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan)

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun saya sedar secara khusus di bawah sub topik peruntukan lapangan terbang itu tidak berkait secara langsung, sebab itu saya mohon budi bicara Yang Berhormat Menteri, untuk memberi penjelasan.

Saya hormati jawapan dan janji Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan secara bertulis, tentang tempoh konsesi, bukan tempoh kontrak sebenarnya, tempoh konsesi berapa tahun.

Ini kerana sambil saya mendengar jawapan Menteri, saya juga dapat akses sedikit tentang maklumat ini melalui internet, disebut, sebenarnya break even untuk pengurusan lapangan terbang standard mengikut penganalisis aviation industry ialah, lima hingga enam tahun sekiranya kapasiti lapangan terbang itu mencecah 65%.

Jadi MAHB ini telah pun lama memegang konsesi saya fikir. Jadi, apakah keuntungan itu tidak menjadi sebahagian daripada tanggungjawab MAHB, demi untuk memastikan bahawa kemudahan prasarana yang lebih up to date, bukan hanya komitmen kewangannya tertumpu kepada bajet kerajaan. Itu yang saya maksudkan tadi.

Akan tetapi saya akan terus mengikuti jawapan Yang Berhormat Menteri, dan menunggu jawapan bertulis tentang perkara ini, sebab ini antara perkara yang saya fikir harus diteliti dalam kita membahaskan berkenaan peruntukan kerajaan yang mencecah angka yang besar, dari segi persiapan prasarana lapangan terbang, terima kasih.

Dato’ Sri Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Soal untung rugi untuk semua lapangan terbang, itu saya akan berikan pecahannya dan juga butir-butir yang diminta, sedangkan apa Yang Berhormat bangkitkan tadi iaitu as a rule of thumb, dengan izin, ataupun lazimnya, kalau mengikut apa yang sedia ada di
persada antarabangsa, memanglah biasanya lima hingga enam tahun, kononnya akan break even, dengan izin.

Sedangkan kita kena juga ambil kira beberapa faktor yang lain setahu saya, sebab kalaulah sepintas lalu kita nak buat bandingan antara lapangan terbang kita yang kini diuruskan oleh MAHB dengan lapangan terbang di negara-negara jiran kita, kalaulah kita nak bandingkan kadar caj itu yang kita kenakan di Malaysia, dengan negara-negara jiran di sana, jauh berbeza.

Itu pun kadangkala kalau nak buat bandingan, kenalah kita buat seperti apa yang orang kata, to compare apple with apple, dengan izin, dan bukannya apple with orange.
Teruskan membaca

MP PKR Gombak:Bilakah kementerian akan kemuka laporan Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kerjaraya)

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sahabat saya daripada Balik Pulau tadi ada menyentuh Butiran 08280 yang juga membicarakan soal tanah-tanah cerun.

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Tuan Pengerusi, pada awal Disember yang lalu menuntut kementerian untuk mengemukakan satu pelan tindakan yang komprehensif supaya perkara seumpama ini tidak berulang dan Yang Berhormat Menteri telah berjanji supaya satu laporan yang komprehensif akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan berhubung kes Bukit Antarabangsa.

Tempoh itu telah pun luput tetapi laporan masih belum dikemukakan oleh kementerian. Masalah yang timbul hari ini ialah Tuan Pengerusi, apabila laporan ini tidak dikemukakan secara detail maka keselamatan penduduk dan juga pemilik di kawasan yang berkenaan tidak terjamin. Yang keduanya, nilai hartanah di Bukit Antarabangsa kini sedang jatuh merudum.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa Yang Berhormat Menteri telah menjanjikan bahawa dalam tempoh tiga bulan daripada 6 Disember yang lalu, satu laporan akan dikemukakan.

Oleh kerana tarikh ini telah pun luput saya ingin bertanya bilakah kementerian akan mengemukakan laporan ini untuk dimaklumkan kepada penduduk-penduduk dan khususnya pemilik hartanah di Bukit Antarabangsa.

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Gombak, saya akan bagi tahu Yang Berhormat Menteri supaya kalau laporan itu sudah siap, umumkan laporan tersebut supaya hartanah, harga tanah itu tidak…
Teruskan membaca