MP PKR Gombak:Bilakah kementerian akan kemuka laporan Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kerjaraya)

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sahabat saya daripada Balik Pulau tadi ada menyentuh Butiran 08280 yang juga membicarakan soal tanah-tanah cerun.

Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Tuan Pengerusi, pada awal Disember yang lalu menuntut kementerian untuk mengemukakan satu pelan tindakan yang komprehensif supaya perkara seumpama ini tidak berulang dan Yang Berhormat Menteri telah berjanji supaya satu laporan yang komprehensif akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan berhubung kes Bukit Antarabangsa.

Tempoh itu telah pun luput tetapi laporan masih belum dikemukakan oleh kementerian. Masalah yang timbul hari ini ialah Tuan Pengerusi, apabila laporan ini tidak dikemukakan secara detail maka keselamatan penduduk dan juga pemilik di kawasan yang berkenaan tidak terjamin. Yang keduanya, nilai hartanah di Bukit Antarabangsa kini sedang jatuh merudum.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa Yang Berhormat Menteri telah menjanjikan bahawa dalam tempoh tiga bulan daripada 6 Disember yang lalu, satu laporan akan dikemukakan.

Oleh kerana tarikh ini telah pun luput saya ingin bertanya bilakah kementerian akan mengemukakan laporan ini untuk dimaklumkan kepada penduduk-penduduk dan khususnya pemilik hartanah di Bukit Antarabangsa.

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Gombak, saya akan bagi tahu Yang Berhormat Menteri supaya kalau laporan itu sudah siap, umumkan laporan tersebut supaya hartanah, harga tanah itu tidak…

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat, laluan. Dia tidak boleh jawab itu. Tak ada dalam butiran. Buang masa jawab. Ini tidak kena-mengena dengan…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tak payah komen begitu Yang Berhormat.
Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Saya mahu tanya soal Jalan Marak-Parak ini, Yang Berhormat Kota Kinabalu…
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Yang Berhormat Putatan, tunggulah Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dahulu. Dia belum habis jawab lagi.

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Bukit Antarabangsa tak ada. Jalan Marak- Parak ini yang kita…
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tak perlu, tak perlu Yang Berhormat.
Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih. Saya akan bagi tahu pihak Yang Berhormat Menteri supaya disegerakan laporan tersebut dan mengenai di Balik Pulau tadi, ianya adalah satu projek yang telah pun tergendala sedikit dan kita mengambil langkah untuk memulihkan projek tersebut dan juga termasuk memelihara alam sekeliling di jalan tersebut. Kita tahu ada bukit-bukau, bahaya untuk pengguna dan harap puas hatilah… [Ketawa]

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Gombak tak puas hati secara bertulislah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: