MP PKR Machang: Tanggungjawab MAHB memastikan kemudahan prasarana lebih up to date

16 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan)

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun saya sedar secara khusus di bawah sub topik peruntukan lapangan terbang itu tidak berkait secara langsung, sebab itu saya mohon budi bicara Yang Berhormat Menteri, untuk memberi penjelasan.

Saya hormati jawapan dan janji Yang Berhormat Menteri untuk memberikan jawapan secara bertulis, tentang tempoh konsesi, bukan tempoh kontrak sebenarnya, tempoh konsesi berapa tahun.

Ini kerana sambil saya mendengar jawapan Menteri, saya juga dapat akses sedikit tentang maklumat ini melalui internet, disebut, sebenarnya break even untuk pengurusan lapangan terbang standard mengikut penganalisis aviation industry ialah, lima hingga enam tahun sekiranya kapasiti lapangan terbang itu mencecah 65%.

Jadi MAHB ini telah pun lama memegang konsesi saya fikir. Jadi, apakah keuntungan itu tidak menjadi sebahagian daripada tanggungjawab MAHB, demi untuk memastikan bahawa kemudahan prasarana yang lebih up to date, bukan hanya komitmen kewangannya tertumpu kepada bajet kerajaan. Itu yang saya maksudkan tadi.

Akan tetapi saya akan terus mengikuti jawapan Yang Berhormat Menteri, dan menunggu jawapan bertulis tentang perkara ini, sebab ini antara perkara yang saya fikir harus diteliti dalam kita membahaskan berkenaan peruntukan kerajaan yang mencecah angka yang besar, dari segi persiapan prasarana lapangan terbang, terima kasih.

Dato’ Sri Ong Tee Keat: Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Soal untung rugi untuk semua lapangan terbang, itu saya akan berikan pecahannya dan juga butir-butir yang diminta, sedangkan apa Yang Berhormat bangkitkan tadi iaitu as a rule of thumb, dengan izin, ataupun lazimnya, kalau mengikut apa yang sedia ada di
persada antarabangsa, memanglah biasanya lima hingga enam tahun, kononnya akan break even, dengan izin.

Sedangkan kita kena juga ambil kira beberapa faktor yang lain setahu saya, sebab kalaulah sepintas lalu kita nak buat bandingan antara lapangan terbang kita yang kini diuruskan oleh MAHB dengan lapangan terbang di negara-negara jiran kita, kalaulah kita nak bandingkan kadar caj itu yang kita kenakan di Malaysia, dengan negara-negara jiran di sana, jauh berbeza.

Itu pun kadangkala kalau nak buat bandingan, kenalah kita buat seperti apa yang orang kata, to compare apple with apple, dengan izin, dan bukannya apple with orange.

Saya beralih kepada Yang Berhormat Putatan yang bangkitkan isu berkaitan dengan Jabatan Kereta Api Sabah. Suka saya nak maklumkan Yang Berhormat bahawa, KTMB ini Keretapi Tanah Melayu Berhad, sesungguhnya tidak mencakupi bidang kuasa Jabatan Kereta Api Sabah.

Dalam erti kata lain, KTMB itu bidang tugas dia terhad kepada Semenanjung. Walaupun demikian, apa Yang Berhormat bangkitkan tadi iaitu lawatan dan juga kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri saya, saya tetap akan dapatkan butiran yang lanjut daripada beliau, sebab apa yang beliau nyatakan itu mungkin perlu juga susulannya. Akan tetapi Yang Berhormat tadi, bangkitkan tentang soal landasan di negeri Sabah.

Walaupun saya tahu kita sedia maklum bahawa sama ada landasan ataupun stok kereta ataupun rolling stock dalam bahasa Inggeris, di negeri Sabah, sesungguhnya adalah di bidang kuasa Jabatan Kereta Api Sabah. Akan tetapi sukalah saya maklumkan Yang Berhormat bahawa landasan dan juga rolling stock itu sebenarnya, adalah dua perkara yang tidak berkaitan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: