16 Mac 2009 – Perbahasan Usul-usul
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Saya dengar Yang Berhormat Menteri tadi menyebut dan membaca yang akhir hayatnya hak dan keistimewaan. Dalam 80(1) disebutkan di sini, “Hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengandungi Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.
Kepada jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa hak-hak dan kebebasan majlis. Adalah kewajipan atas Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan padanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara itu kepada Majlis.”
Jadi saya fikir jelas peruntukan Perkara 80(1) ini mengarahkan dan mewajibkan kita untuk menyerahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa hak-hak dan kebebasan majlis kepada jawatankuasa tersebut.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tumpat.
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua perkara yang sama di mana saya telah memberi notis kepada Tuan Yang di-Pertua pagi ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat, saya deal dahulu dengan point of order yang dikemukakan oleh Tumpat. Ahli Yang Berhormat Tumpat dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya membenarkan usul daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah 27(3) saya telah membaca peraturan-peraturan mesyuarat yang ada
kaitan termasuk Peraturan Mesyuarat 80(1) yang tadi dibaca oleh Tumpat.
Akan tetapi ada juga peraturan-peraturan Mesyuarat yang pada fikiran saya sebagai Yang di-Pertua yang mempunyai hak mutlak untuk mentafsir makna-makna Peraturan Mesyuarat. Saya berpendapat bahawa 27(3) yang ada kaitan dengan Peraturan Mesyuarat 44(8) yang patut dan wajar untuk dibahas dalam Dewan ini. Itu adalah tafsiran dan ketetapan saya maka itu saya membenarkan…
Teruskan membaca
Filed under: ADR Tumpat | Leave a comment »