MP PAS Jerai: Kementerian perlu kenalpasti punca-punca kegagalan pelajar IPT

17 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan berapakah peratus pelajar-pelajar yang gagal dan diberhentikan dari institusi-institusi pengajian tinggi awam sepanjang tempoh 2005 hingga 2008.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang di-Pertua, pada sepanjang tempoh 2005 hingga 2008, purata peratus pelajar yang gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan ialah 1.5% atau 4,800 orang daripada jumlah enrolmen pelajar setiap tahun.

Kadar tersebut adalah tidak membimbangkan kerana ianya adalah pada tahap lazim di semua institusi pengajian tinggi di mana-mana pun. Sekian.

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Berkaitan dengan pelajar yang diberhentikan ataupun yang gagal, apakah kementerian membuat kajian dan mengenal pasti punca-punca kegagalan dan cara mengatasinya. Ini kerana daripada beberapa maklumat yang kita dapat, antara sebab lain kerana disebabkan Akta AUKU.

Contohnya terlibat dalam pilihan raya kampus. Maka dengan sebab mungkin pelajar tersebut tidak pro kepada kerajaan, lalu dengan pilihan raya tersebut menjadikan pelajar itu ditekan, digantung dan sebagainya. Apakah kementerian sedar perkara ini sedang berlaku? Terima kasih.

Dr. Hou Kok Chung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPT tidak menganggap AUKU ialah merupakan satu faktor sebab pelajar gagal ataupun diberhentikan. Secara umumnya, antara sebab mereka gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan adalah kerana:
(i) pencapaian akademik yang tidak memuaskan; (ii) gagal mendaftar kursus;
(iii) menyambung pengajian di institusi lain; (iv) menipu kelayakan; dan
(v) masalah disiplin. Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: