MP PAS Kuala Krai: Kementerian perlu wujudkan Klinik Kesuburan

17 Mac 2009 – Mencelah Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) Peringkat Jawatankuasa Kepala B.48 (RM6,332,600) dan P.48 (RM10) Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: LPPKN. Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai LPPKN yang di cadang pembelian premis-premis baru bukan premis-premis, satu premis saja.

Adakah ini premis extension kepada Klinik LPPKN di ibu pejabat di Kuala Lumpur ataupun beberapa premis di daerah-daerah dan kalau dibeli pun, adakah kementerian menyediakan komponen kakitangannya dan sama ada klinikklinik yang baru ini akan menyediakan klinik kesuburan seperti yang ada di ibu pejabat di Kuala Lumpur kerana saya rasa fungsi utama klinik ini antaranya yang dipandang oleh masyarakat ialah klinik kesuburannya.

Adakah ianya menjadi sebahagian daripada program bagi klinik-klinik yang baru. Ini sahaja yang saya nak tanya, terima kasih.

Puan Noriah Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya, untuk butiran pembelian bangunan, pembelian baru Yang Berhormat sebenarnya di Batu Pahat satu dan juga di Johor Bahru satu.

Ia adalah bukan pengujudan klinik baru tetapi untuk memindahkan dua buah klinik Nur Sejahtera yang sedia ada yang pada hari ini satu sewa di Wisma Plaza Lian Ho di Batu Pahat dan satu lagi kita menumpang di bangunan Kementerian Kesihatan di Hospital Sultanah Aminah JB dan mereka memerlukan ruang itu kerana Kementerian Kesihatan juga sudah membesarkan khidmat mereka.

Jadi, kita terpaksa mencari dua venue baru untuk melanjutkan perkhidmatan yang sedia ada untuk masyarakat atau rakyat di Johor Bahru dan juga di Batu Pahat dan insya-Allah bukan sahaja untuk perkhidmatan kesuburan tetapi yang penting sekarang adalah untuk perancang keluarga supaya famili yang susah biasanya yang datang kepada JKM yang nak mohon bantuan, anak ramai Yang Berhormat. Jadi, penting juga untuk kita educate mereka tentang perancangan keluarga.

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Ya. Saya cuma ingin tahu adakah di masa hadapan kementerian akan mewujudkan satu sistem di mana online kita boleh akses dan kita boleh mencari sama ada orang-orang yang memohon itu mereka sudah mendapat?

Ini kerana ada terjadi kes-kes di mana mereka datang kepada kita, mereka sudah dapat bantuan JKM tetapi mereka tidak mengatakan mereka sudah mendapat. Jadi, kadang-kadang duplikasi.

Puan Noriah Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Itu sangat tepatlah Yang Berhormat kerana saya sendiri menghadapi masalah. Kadang-kadang kita hendak semak daripada Kuala Lumpur untuk akses penerima di tempat saya pun kadang-kadang masih hang.

Sistem itu sudah ada e-Bantuan namanya Yang Berhormat. Akan tetapi masih mengalami kekangan-kekangan dan itu sebabnya permohonan bajet rangsangan ini kita ingin gunakan untuk menambah baik dan memantapkan lagi keperluan-keperluan komputer termasuk software yang telah usang yang perlu dilupuskan.

Ini supaya dapat menampung keperluan Sistem e-Bantuan kita termasuklah juga untuk kita bersedia menampung keperluan perpindahan ke Putrajaya.

Insya-Allah, selepas ini portal yang kita wujudkan akan menyediakan maklumat lengkap dan mudah untuk kita mendapat maklum balas serta berinteraksi dengan orang ramai lebih-lebih lagi dengan penerima kita. Sebab kadang-kadang dia datang tempat kita, dia isi borang, kita kena double check. Jadi, pegawai kita terpaksa memberi lebih masa untuk memproses dan meneliti borang yang diajukan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: