MP PAS Pokok Sena: Pokok Sena sudah dinaikkan taraf Daerah baru .. tetapi Polis masih dalam Daerah Kota Setar

17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud P.62 – Kementerian Dalam Negeri. Pertama, berkaitan dengan Butiran 120000 – Balai-balai Polis dan Pondok-pondok Polis. Saya seperti rakan-rakan tadi bahawa ini menjadi satu keperluan kepada kita dan khusus saya hendak fokus kepada kawasan saya sendiri yang juga menghadapi masalah yang sama kes-kes pecah rumah yang berleluasa.

Saya juga ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah tentu rakan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri juga berasal daripada Kedah.

Di Kedah ini sebahagian daripada Parlimen Pokok Sena itu telah pun dinaikkan taraf menjadi daerah baru, daerah Pokok Sena. Ini sudah tentulah ia semakin bermasalah dengan isu-isu keselamatan dan sebagainya sedangkan walaupun kita sudah ada daerah baru Pokok Sena dari segi pentadbiran kerajaan negeri khususnya, polisnya masih lagi berada dalam daerah Kota Setar.

Daerah Kota Setar ini ia merangkumi Parlimen Pokok Sena, Parlimen Alor Setar dan juga Parlimen Kuala Kedah. Tiga Parlimen dalam satu daerah polis. Jadi, sudah tentu bahawa untuk hendak menampung keupayaan dari segi tenaga manusia, anggota pasukan polis itu dengan kadar jenayah yang semakin meningkat ini dan berada pada satu pusat pentadbiran polis sahaja sudah tentu tidak berkemampuan.

Oleh itu saya ingin mendapat penjelasan apakah ada perancangan untuk membina pertamanya, balai polis baru yang harus dinaikkan taraf menjadi balai polis ataupun Ibu Pejabat Polis Daerah Pokok Sena.

Bagi saya balai polis pekan Pokok Sena itu terlalu kecil untuk menampung keupayaan bagi menjaga seluruh daerah Pokok Sena. Apatah lagi di dalam tahun ini juga, kalau tidak ada apa aral melintang kita akan membina satu lagi pusat bandar baru iaitu Bandar Tuanku Puteri iaitu di pekan Pokok Sena di mukim Gajah Mati di keluasan lebih kurang 400 ekar.

Jadi sudah tentu akan berlaku pertumbuhan pejabat, perniagaan dan kawasan perumahan, maka sudah tentu ini akan menimbulkan masalah-masalah selepas itu. Jadi, haruslah ada persiapan untuk menghadapi masa-masa yang akan datang.

Oleh sebab itu saya minta penjelasan. Pertama, adakah akan diwujudkan satu lagi daerah polis yang baru iaitu daerah Pokok Sena sesuai dengan naik tarafnya Pokok Sena menjadi satu daerah baru di negeri Kedah. Apakah ada kesediaan untuk membina ibu pejabat polis daerah yang baru.

Dalam peruntukan RM81 juta ini, saya juga minta perincian daripada rakan-rakan tadi, bukan sahaja perincian dari segi taburan negeri tetapi di kawasan mana, balai mana yang dibina itu dan apakah ia dibuat dalam bentuk open tender. Maknanya berapa harga dan apakah ia dibuat dalam bentuk open tender, tender terhad ataupun tender runding terus.

Begitu juga dalam 14000 – Pangkalan Marin RM5 juta, 35000 – Pejabat-pejabat Rumah Kediaman, 56000 – Bangunan-bangunan Penjara, 64000 – Pembaikan dan Ubahsuai dan 75000 – Pusat Pertahanan Awam dan Pejabat.

Saya minta dari segi syarikat kontraktor yang dapat dan juga adakah ia dibuat dalam bentuk tender terhad ataupun tender terbuka ataupun runding terus dan di kawasan-kawasan mana daripada butiran-butiran yang saya sebut itu projek itu dilakukan. Sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: