MP PAS Pendang: Faktor geometri jalanraya perlu diambil kira

18 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Memang kita akui kemalangan jalan raya bukan disebabkan oleh sektor jalan raya itu sendiri. Kalau kita lihat statistik di United Kingdom misalnya 70 juta rakyat dan 6,000 kematian.

Di tempat kita Malaysia 27 juta rakyat dan 6,400 kematian. Jadi, saya ingin bertanya dari segi faktor geometri jalan contohnya biasanya jalan yang kita lalui di tempat corner misalnya.

Kalau kita lihat Jalan Istana ke Sungai Besi itu tempat yang sering berlaku kemalangan dan biasanya berlaku apabila dipandu kelajuan yang lebih sedikit. Didapati geometri jalan itu sama dia tidak ada tinggi di counter corner.

Sepatutnya apabila kita corner di sebelah luar itu mesti tinggi sedikit dari sebelah dalam. Inilah yang mungkin menyebabkan berlakunya kemalangan di tempat yang sering ada corner ataupun selekoh.

Jadi saya harap apakah kementerian melihat faktor geometri jalan ini untuk memperbaiki terutamanya di tempat-tempat yang berlakunya tidak kesesuaian dari segi geometri jalan ini? Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat dan kita sentiasa akan mengambil berat apa yang dikatakan tadi di Sungai Besi, kita hendak lihat serupa education dia.

Soalan asal No. 11 – Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah penyediaan lampu jalan solar boleh diguna pakai terutama di jalan-jalan negeri terutama di Sabah dalam usaha untuk mengurangkan kes kemalangan maut di negara ini.

MP PAS Rantau Panjang: Sabsidi baja padi masih dipolitikkan

18 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

10. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah keperluan baja negara, jumlah baja yang diimport, jumlah pengeluaran baja tempatan dan apakah dasar yang diguna pakai bagi pengeluaran baja tempatan dan penggunaan baja kompos sebagai alternatif baja kimia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di- Pertua, negara memerlukan kira-kira 5.5 juta metrik tan baja setahun. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 4.7 juta metrik tan adalah diimport dan pada tahun lalu 2008, nilai baja yang diimport ini ialah kira-kira RM5.8 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, baja digunakan sebahagian besar oleh sektor kelapa sawit dan getah iaitu kira-kira 90%, ini merupakan pengguna paling besar baja negara kita sektor kelapa sawit dan getah merupakan 90% daripada jumlah penggunaan baja. Kalau kita tengok kepada penggunaan baja import dengan tempatan, kira-kira 10% sahaja baja yang digunakan dalam negara merupakan baja organik dan baja-baja tempatan yang lain, yang dikeluarkan dalam negara kita.
Teruskan membaca

MP PAS Kota Bharu: Minta kerajaan menyediakan benih getah klon secara percuma

18 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

8. Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah kerajaan memberi galakan yang wajar dalam usaha menambah keluasan tanaman getah klon balak.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memberikan galakan dalam usaha untuk menambah keluasan tanaman getah klon balak.

Antara inisiatif yang disediakan oleh kementerian ialah bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah di bawah Program Penanaman Ladang Hutan yang disalurkan melalui Forest Plantation Development Sdn. Bhd. Melalui program ini, pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk memiliki keluasan kira-kira 2,500 hektar bagi semenanjung dan 15,000 hektar bagi Sabah dan Sarawak boleh mengemukakan permohonan pembiayaan kepada FPDSB.
Teruskan membaca

MP PKR Gombak: Contohi MPSJ Wujudkan Pusat Panggilan Telefon Bersepadu

18 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung Pusat Panggilan Kecemasan 999 ini. Kita ada rancangan di negeri Selangor untuk mengadakan Pusat Panggilan Telefon Bersepadu yang telah pun dilaksanakan di MPSJ.

Namun, masalah kita hadapi ialah Pusat Panggilan Telefon Bersepadu ini setakat hari ini hanya melibatkan PBT dan pihak polis.

Apakah kementerian bersetuju untuk memasukkan Pusat Panggilan Kecemasan termasuk 999 ini ke dalam Pusat Panggilan Bersepadu supaya ia dapat diselaraskan sekiranya berlaku kecemasan?

Dato’ Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Tuan Yang di-Pertua, Pusat Panggilan Bersepadu yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, saya pun tidak berapa tahu berkenaan dengan projek tersebut. Sekiranya ia akan menguntungkan negara, saya fikir kita boleh bincangkan dan boleh runding bagaimana ia boleh disepadukan dengan MERS 999 yang telah saya katakan tadi.
Teruskan membaca

MP PKR Machang: Kenapa Felda Holding menjual dua daripada tujuh kilang tapisan minyak sawit

18 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah rasional penubuhan Syarikat Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab dalam pelaburan luar negara yang dijalankan FELDA, disebutkan aktiviti atau jenis pelaburannya, prospek pelaburan dan implikasi kewangan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Haji Hasan bin Malek]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Machang, Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. ataupun pendeknya FGVH telah ditubuhkan pada 19 Disember 2007 bertujuan menguruskan pelaburan FELDA di luar negara dan melancarkan urusan pentadbiran, operasi serta pematuhan kepada keperluan perundangan.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Krai: Apa munasabahnya latihan bersama dengan Amerika Syarikat

18 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Jadi sekali lagi terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau di Korea, Korea Selatan mengadakan latihan bersama dengan Amerika Syarikat kerana Korea Selatan memerlukan Amerika Syarikat untuk melindunginya daripada musuhnya di Korea Utara dan Amerika Selatan mempunyai base di Korea Selatan.

Bagi kita, apa munasabahnya kita mengadakan latihan dengan Amerika Syarikat yang tidak ada naungan. Kita tidak bernaung dengan Amerika Syarikat dan tidakkah ini menimbulkan kegusaran rakan-rakan, jiran-jiran dan juga rakan se Asia seperti Negara China apabila kita mengadakan latihan tersebut.

Apa pula munasabahnya kita mengadakan latihan dengan Pakistan. Kita bukan bersempadan dengan Pakistan dan kita bukan dalam satu region. Jadi kalau sekadar jiran…
Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Dengan Iran pula. Jadi soalannya, apa munasabahnya latihan bersama ini dengan negara-negara yang saya sebutkan melainkan kalau ada niat contohnya untuk mendapatkan model-model terbaru senjata daripada Amerika Syarikat yang baik untuk Malaysia. Adakah itu antara tujuannya? Terima kasih dan tahniah Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Tujuan kita mengadakan latihan bersama, seperti mana yang telah saya nyatakan tadi bahawa di antaranya kita hendak mengujudkan landasan diplomasi di antara satu negara dengan satu negara yang lain.
Teruskan membaca

MP PAS Jerai: Jabatan Mufti dan Jabatan Agama berkempen anti free sex

17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 (Mencelah ucapan BN Tenggara)

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk tambahan kepada apa yang disebutkan tentang seks ataupun free sex, hubungan yang menggerunkan kita semua.

Saya cadangkan supaya pihak berkuasa khususnya Jabatan Mufti, Jabatan Agam Islam Negeri supaya berkempenlah seperti mana kita berkempen anti ataupun tidak hendak rokok supaya dilihat bersungguh-sungguh pihak PBT ataupun pihak agama, Jabatan Mufti Negeri untuk menyatakan betapa kejinya, hinanya zina ini sehingga mendapatkan kemudaratan kepada masyarakat dan keluarga, jadi kita mintalah pihak Tenggara ataupun Yang Berhormat sekalian supaya membangkit isu bagaimana kejinya bagaimana hinanya hubungan ini kerana ini merupakan yang dicegah oleh agama. Apakah Yang Berhormat Tenggara bersetuju dengan saya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, panjang lagi Yang Berhormat?
Datuk Halimah binti Mohamed. Sadique [Tenggara]: Tinggal sedikit Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Untuk makluman kita akan habiskan perbahasan sampai jam 10.30 malam dan esok pagi Menteri akan menggulung dan saya bercadang untuk memberi seorang dua dalam masa yang singkat ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Halimah binti Mohamed. Sadique [Tenggara]: Saya ingat sempat agaknya saya habiskan. Okey, menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang tadi dan juga Yang Berhormat Jerai, kenapa duduk dekat-dekat itu? Sejuk kah? Dia sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, soal cinta-cinta itu adalah buta.

Akibat cinta itu adalah buta, maka selepas berkahwin banyak sangat masalah yang timbul yang akhirnya meruntuhkan sebuah perkahwinan kerana cinta itu buta dan pengalaman di Johor untuk menentukan bahawa pasangan-pasangan yang mahu berkahwin ini dia mendapat pasangan yang bersih.

Bersih itu maksudnya bebas daripada virus HIV, maka kerana itu kita mengadakan ujian saringan HIV kepada pasanganpasangan yang mahu mendirikan rumah tangga dan ujian saringan HIV kepada pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga ini kalau di Johor hukumnya wajib.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: RTM kah, TV3 kah, apa kah, jangan ada! buat kerja secara ikhlas kerana Allah SWT

17 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 (Mencelah ucapan BN Tenggara)

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju itu.
Lain kali kalau banjir kah, ribut kah, taufan kah, jangan ada press datang. Jadi kita lebih ikhlas.

RTM kah, TV3 kah, apa kah, jangan ada. Jadi kita buat kerja secara ikhlas kerana Allah SWT. Setuju kah tidak?

Datuk Halimah Mohamed Sadique [Tenggara]: Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Kubang Kerianlah, tidak semua kerja yang dibuat oleh kami Kerajaan Barisan Nasional, kami panggil hebahan. Panggil press, panggil segala TV yang ada. Tidak! Ini kerana kita ada kebebasan. Kebebasan bersuara, freedom kepada media dan sebagainya, jadi mereka boleh datang.

Kalau dia dengar kita sedang berkhidmat untuk rakyat, memberikan perkhidmatan, mereka datang untuk memaklumkan kepada rakyat, inilah dia Kerajaan Barisan Nasional. Sedia membantu menguruskan urusan dan kesusahan rakyat.

Jadi press yang datang itu bukan kami panggil, mereka sedar tentang tanggungjawab mereka ke atas kerajaan yang ada. Oleh sebab itu mereka datang, jadi terima kasih.

Saya teruskan. Tadi yang saya sebut tentang cadangan saya supaya cukai dikutip daripada negerinegeri seharusnya dikembalikan sebahagian. Mungkin saya tidak sebut tadi tentang bayaran balik cukai kastam RM42 juta itu.

Saya minta dimasukkan dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya, kita perhatikan perancangan pembangunan sebanyak RM60 juta untuk memperbaiki jalan-jalan yang terlibat dengan banjir.

Saya berpendapat bahawa peruntukan RM60 juta ini tidak cukup dan kalau hendak selesaikan masalah rakyat, selesaikanlah betul-betul. Kalau hendak selesaikan masalah rakyat, sediakan peruntukan yang munasabah. Akan tetapi kalau hendak selesaikan masalah rakyat dengan peruntukan yang ada untuk selesaikan masalah rakyat tetapi kita sedar bahawa peruntukan itu tidak cukup.

Saya minta supaya kementerian dapat melihat kepada urusan untuk kita menyelesaikan dan membaiki jalan-jalan yang terlibat dengan banjir. Kalau terlibat dengan banjir manakan cukup RM60 juta itu?