18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. B6 01000 – JPM (Pentadbiran, Pengurusan, Perkhidmatan Sumber Manusia), 030000 – Unit DR. 18.3.2009 50
Penyelarasan Pelaksanaan UPP, B.7 – JPA, B.6 dan B.8, B.7 dan mukadimahnya kini kita bahaskan dalam peringkat Jawatankuasa, lima jenis belanjawan yang diluluskan oleh kerajaan:
(i) Belanjawan 2009, Usul pada 29 Ogos – RM208 bilion dengan peruntukan khas RM71 bilion;
(ii) pada 4 November 2008 yang kelulusannya masih dipertikaikan; dan
(iii) minggu lepas 10 Mac 2009, Menteri Kewangan membentangkan pakej rangsangan RM60 bilion.
Kalau ini diambil kira Tuan Yang di-Pertua, saya pohon supaya Menteri Kewangan dan kementerian membetulkan beberapa angka termasuk unjuran, pertumbuhan dan juga defisit. Ini kerana jumlah defisit kalau kita mengambil kira semua ini, belanjawan tambahan pertama RM22.49 bilion, kedua RM12.9 bilion, Belanjawan 2008 mencecah sekarang RM212.35 bilion.
Maknanya defisit tentunya meningkat daripada 3.1% kepada 8.9% KDNK 2007. Ini kerana mengambil kira RM6.29 bilion jumlah lebihan daripada akaun hasil disatukan yang dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
Ini dari unjuran yang kita ambil berdasarkan perkiraan yang telah dan akan dibentangkan dan saya percaya kalau ada keperluan, Menteri Kewangan boleh membetulkan dan ini ada kaitan dengan sekali lagi jumlah defisit.
Kerana perkara ini begitu mendesak, saya pohon penjelasan di peringkat Jawatankuasa ini isu yang berbangkit. Ini kerana sukar kita minta dipulihkan keyakinan kalau isu pokok seperti ini termasuk unjuran pertumbuhan itu dianggap tidak realistik dan unjuran defisit bercanggah dengan angka yang telah dikemukakan.
Teruskan membaca
Filed under: ADR Permatang Pauh, Ketua Pembangkang | Leave a comment »