18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.27 dan kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud B.27 – Kementerian Kerja Raya ini iaitu berkaitan dengan pembesaran jalan di kawasan sempadan iaitu bagaimana Parlimen saya merupakan kawasan yang bersempadan dengan Thailand dan dia merupakan pintu masuk utama.
Akan tetapi kita lihat jalan yang membawa pintu masuk ke negara kita ini amat sempit berbanding dengan jalan yang di sebelah Golok, Thailand. Tambahan pula, apabila musim perayaan dan sebagainya, jalan ini sangat sesak. Jadi saya mengharapkan supaya dipertimbangkan peruntukan untuk membesarkan jalan di pintu masuk ini.
Begitu juga jalan-jalan menuju ke border ini dan begitu juga lampu-lampu jalan yang kita kira sangat tidak mencukupi. Terutama di sekitar pekan yang tidak sepatutnya kita sebagai pekan yang berada di sempadan menjadi tumpuan pelancong tetapi pekannya sangat gelap.
Jadi saya minta supaya jalan-jalan persekutuan ini diletakkan lampu-lampu jalan. Begitu juga saya minta supaya jalan menuju ke Pantai Timur ini iaitu banyak jalan-jalan lebuh raya ke Pantai Timur ini tidak rata supaya pihak Kementerian Kerja Raya memberi perhatian supaya diperelok lagi jalan ini. Begitu juga selekoh-selekoh yang begitu banyak yang sangat bahaya kepada keselamatan awam. Jadi apa perancangan pihak kementerian supaya mengurangkan selekoh yang boleh membawa bahaya ini. Terima kasih.
Filed under: ADR Rantau Panjang |
Tinggalkan Jawapan