MP PAS Bachok: Manfaatkan ‘intellectual property’ Tongkat Ali di pasaran antarabangsa

19 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan tentang intellectual property terhadap bahan-bahan pertanian, tanaman yang dihasilkan daripada negara kita.

Sejauh manakah ia telah benar-benar dapat kita manfaatkan intellectual property ini supaya tidak bahan yang dihasilkan daripada negara kita yang sekarang ini memasuki pasaran antarabangsa. Seperti maklumat yang ada pada saya adalah yang paling popular sekarang ini adalah Tongkat Ali contohnya, benar-benar dapat ia kita yang bermanfaat, kita yang mempunyai manfaat daripada bahan-bahan tersebut supaya tidak mudah terjual kepada orang lain.

Maklumat saya juga sekurang-kurangnya pihak kementerian melalui agensi FAMA telah menggariskan tiga jenama ataupun lambang sebagai tanda pengesahan kualiti dan keselamatan makanan hasil pertanian Malaysia supaya mampu bersaing di peringkat Malaysia dan juga antarabangsa. Tiga jenama tersebut adalah;
(i) Malaysia’s Best; (ii) Olimas; dan (iii) AgroMas.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan terhadap tiga perkara tersebut, terima kasih.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Terima kasih Yang Berhormat. Memang telah diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini, satu, untuk kita mengadakan protection kepada intellectual property kita khasnya dari segi pertanian. Sebenarnya ini mesti juga diketahui oleh umum supaya cepat mendaftarkan apa yang mereka telah dapat secara intellectual property masing-masing dan memang Yang Berhormat, satu daripada yang begitu popular iaitu tongkat ali.

Mana-mana negara sekarang ini semua ada tongkat ali. Jadi kita pun hendak memastikan bahawa tongkat ali itu adalah intellectual property di negara kita. Jadi oleh yang demikian eloklah juga melalui soal jawab macam ini kita menegaskan, ya…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tongkat Ali itu untuk apa?

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Akar kayu, akar kayu yang macammacam khasiatlah, balasan dia kacip fatimah dan sebagainya. [Ketawa]
Sebab sekarang ini memang mana-mana negara di dunia juga sudah ada kopi tongkat ali, teh kacip fatimah. Memang dia selalu macam itulah. Jadi sebenarnya kita memang mengetahui bahawa akar-akar sebegini adalah memang telah dibuat banyak penyelidikan di negara kita. Sebab itu kita memang merasa cemburu dan kita minta pengusaha itu juga mendaftarkan sebagai intellectual property mereka supaya perkara ini jangan terlepas dan kalau sesiapa yang menghendaki mereka terpaksa membayar right ini kepada kita yang sepatutnya mempunyai.

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang kita hendak mewujudkan satu standard yang tinggi seperti saya katakan tadi mengguna Akta 3P. Sebenarnya itu dikawal-selia di bawah FAMA dan oleh yang demikian selain daripada pembungkusan, pelabelan dan penggredan, memang kita juga telah mewujudkan seperti Yang Berhormat katakan tadi branding supaya kita
tahu dengan branding itu ini adalah barangan daripada Malaysia dan ianya menggunakan standard yang tertinggi seperti yang saya katakan tadi kita mengguna HACCP dan Euro GAP sama juga dengan Global GAP.

Pada masa yang sama, kita mewujudkan Akta 3P ini supaya kalau ada masalah atau kompelin daripada mana-mana pengguna di dalam atau di luar negara, kita boleh trace supaya kita boleh mengadakan pembaikan supaya perkara itu dapat ditangani dengan cepat.

Jadi Yang Berhormat memang kita menuju ke landasan itu tetapi satu sahaja masalah kita kadang-kadang hendak sustainkan amaun atau pengeluaran itu adalah menjadi satu cabaran kepada kami di dalam kementerian ini, terima kasih.

Soalan asal No. 3 – Dato’ Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan pencapaian negara kita dalam mematuhi piawaian dan kualiti antarabangsa bagi produk-produk pertanian dan perikanan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: