MP PAS Jerai: Kerajaan negeri telah meluluskan sebidang tanah untuk SRJK (Tamil)

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.41 dan Kepala Pembangunan P.41 di bawah Kementerian Pelajaran.

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada 00102, apakah termasuk juga dalam pembinaan sekolah rendah Tamil yang mana pihak kerajaan negeri telah meluluskan sebidang tanah untuk pembinaan sekolah rendah Tamil di Toh Pawang di Bidong, kawasan Jerai.

Kemudian saya merujuk kepada 00700 iaitu Maktab Perguruan. Apakah termasuk di sana juga berkaitan dengan memastikan guru berperanan penting dalam soal disiplin pelajar ini, supaya ditekankan supaya guru-guru juga beranggapan merasai tanggungjawab bersama untuk memastikan sekolah, ataupun anak-anak remaja sekalian, tidak diabaikan dari sudut disiplin.

Kemudian saya merujuk 00800 – Rumah-rumah Guru, yang mana didapati di Kedah ataupun di kawasan Jerai, terdapat begitu banyak rumah kuarters guru yang seolah-olah tidak diminati oleh pihak guru. Mungkin ia tidak bersesuaian di peringkat di pendalaman, tetapi lebih kepada peringkat bandar. Jadi saya pohonlah kementerian supaya, bagaimana sikap kementerian?

Saya dapati hanya dua blok sahaja yang digunakan oleh guru-guru, ada pun selebihnya adalah kosong. Ini juga timbul persoalan daripada kalangan rakyatlah, seolah-olah menjadi projek gajah putih seumpama dan sebagainya, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: