MP PAS Pasir Puteh: Kerajaan ada buat perjanjian mengenai PPSMI, berapa lama perjanjian dibuat?

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.41 dan Kepala Pembangunan P.41 di bawah Kementerian Pelajaran.

Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak merujuk kepada Kepala 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah. Peruntukkan ini sebanyak tambahan sebanyak RM150 juta untuk membiayai program pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Tuan Pengerusi, saya ingin tahu bahawa dalam program PPSMI ini ialah, kerajaan telah membuat satu perjanjian dengan time system iaitu untuk menyediakan program dan juga peralatan untuk projek ini.

Pertama saya nak tahu bahawa berapa lama perjanjian itu dibuat, kedua ialah bajet sebenar diberikan kepada time system ini.

Ketiga pula bahawa, adakah dengan perjanjian ini menjadikan kerajaan terlalu susah untuk membatalkan ataupun untuk menarik balik program ini, iaitu program Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini.

Untuk pengetahuan Dewan bahawa kesan daripada program ini, pelajar-pelajar kita telah pun tidak lagi menitikberatkan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan kita, bahkan dalam pergerakan dia ataupun majalah-majalah yang dibacanya ialah tidak lagi kepada bahasa Melayu yang kita nampak dalam masa yang panjang, dia akan memberi kesan kepada bahasa Melayu itu sendiri, jadi saya ingin mendapatkan penjelasan. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: