MP PAS Pendang: Mana janji PM … akan bayar pampasan Alam Sekitar RM100 juta jika …

19 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya bukan dari Sarawak, tetapi ini berhubung dengan hutan juga. Di Sarawak hutan banyak ditebang, tetapi di Kedah sudah tidak ada hutan lagi hendak tebang ini. Perdana Menteri yang dahulu, Tun Dr. Mahathir pernah berjanji untuk membayar pampasan alam sekitar sekiranya hutan tidak ditebang.

Memang kita di Kedah tidak ada hutan untuk ditebang, kita reserved hutan yang ada di kawasan muda. Di mana membekalkan air kepada Pulau Pinang, Perlis dan juga negeri Kedah sendiri untuk pertanian dan juga minuman rakyat. Jadi pampasan sebanyak RM100 juta setahun yang telah dijanjikan ini, dalam soalan saya yang tanya sebelum ini dijawab akan diberi dalam bentuk geran pembangunan.

Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, bilakah ia akan disalurkan dan kepada siapakah ia akan disalurkan geran pembangunan ini? Sekian minta jawapan daripada kementerian, terima kasih.

Datuk Maznah Mazlan: Tuan Yang di-Pertua, sila rujuk kepada soalan pokok yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang…

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Ada soalan tambahan.
Datuk Maznah Mazlan: Saya memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut, sila kemukakan soalan baru, terima kasih.
Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua yang kena mengenai dengan hutan ini, terima kasih..

Soalan asal No. 7 – Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengenai penanaman semula hutan di kawasan pembalakan di Sarawak. Setakat ini berapa banyakkah kawasan yang telah ditanam semula dengan pokok hutan asli dan berapa banyakkah kawasan yang telah dijadikan ladang komersial. Adakah wujudnya peraturan untuk penanaman semula hutan di kawasan yang dibalakkan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: