MP PAS Pendang: Nombor kecemasan lambat ….

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Pembangunan P.29 di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan yang ingin saya timbulkan lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Rasah iaitu daripada pengalaman saya sendiri berhubung dengan Butiran 70022 -Perkhidmatan Panggilan Kecemasan. Kita tahu bomba dia ada 994, polis 999 dan juga ambulans ada nombornya.

Masalahnya apabila kita menghubungi nombor ini, mungkin seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah dia pergi ke pusat. Bila pergi pusat hendak sampai ke tempat berlakunya kecemasan itu lambat. Pengalaman saya, kebakaran berlaku dan saya buat report. Ia sampai ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pergi ke Penang dan Penang balik ke Alor Star. Kemudian Penang telefon Alor Star.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sejam selepas kebakaran berlaku baru bomba sampai. Jadi saya harap perkara ini perlu diberi perhatian dan saya ingin….

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Yang Berhormat Pendang, bagi saya mencelah. Kalau tidak saya tidak dapat sekejap lagi.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Boleh.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sambut cadangan Yang Berhormat Rasah dan Pendang sebentar tadi. Ini yang ada saya bangkitkan pagi tadi Tuan Pengerusi di mana saya ingin mencadangkan kalau boleh Kerajaan Pusat dapat membentuk pusat perkhidmatan panggilan bersepadu di mana ia melibatkan PBT, pihak polis, 999 dan juga agensi-agensi yang lain kerana kalau kita terima sebagai contoh di MPSJ Tuan Pengerusi, ada command centre yang hanya melibatkan PBT dan PDRM.

Maka setiap kali kita menerima panggilan tersebut, local council dan juga pihak polis dengan kemudahan GIS, GID, CCTV dan command centre yang bersepadu ini, kita dapat locate ataupun identify the nearest kereta-kereta peronda polis untuk bergegas ke tempat kejadian tersebut kalau berlaku sama ada pergaduhan ataupun kecurian dan jenayah yang lain.

Maka ia lebih cepat, pantas dan dengan kalau kita dapat membentuk satu pusat perkhidmatan panggilan yang bersepadu ini, kita boleh reduce response time untuk bergegas ke tempat kejadian. Maka kita dapa menyelamatkan nyawa, kita dapat menyelamatkan kes jenayah yang mungkin berlaku dengan kepantasan pihak yang berwajib untuk bergegas ke tempat
kejadian.

Malangnya sehingga hari ini, Kerajaan Pusat belum lagi memberikan kerjasama yang baik untuk peruntukan command centre yang bersepadu dan melibatkan agensi-agensi tempatan termasuk PBT, PDRM, bomba, ambulans dan 999. Kalau ini dapat kita laksanakan, saya percaya masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang dan juga Yang Berhormat Rasah tadi dapat kita selesaikan. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi kerana saya dapat memberikan…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tanya apa pendapat Yang Berhormat Pendang.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Apa pandangan Yang Berhormat Pendang dalam perkara ini? Terima kasih.
Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Kepong.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya belum habis.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang, teruskan Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang belum selesai. Minta maaf, ya.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Penjelasan. Belum habis. Saya minta apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gombak tadi dimasukkan ke dalam perbahasan saya tadi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: