MP PAS Pokok Sena: Timbalan Menteri kena servis …

19 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengar jawapan Timbalan Menteri tadi ini, saya nampak bukan feri kena servis, Timbalan Menteri ini kena servis. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua: Apa kena mengena feri dengan Menteri, Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya…
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, ini menghina sebenarnya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mana boleh cakap begitu?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kerana dia tadi bawa….
Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: tarik balik, tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat…
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Langkawi cakap betullah.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Memang menghina rasanya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ini tidak boleh.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini pun kena 12 bulan juga.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tidak wajar. Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pokok Sena tidak elok begitu. Minta maaf kepada Menteri. Tidak ada niat jahat, minta maaf kepada Menteri.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya tidak ada niat jahat, saya tarik balik. Maksud saya tadi itu, maknanya saya kata bawah perlu dia pergi untuk membuat tinjauan yang lebih detail. Itu maksud kena servis. Ini pergi tengok sekali, tidakkanlah Yang Berhormat pergi ke setiap kerusi hendak tengok terkoyak ataupun tidak terkoyak. Tentulah Yang Berhormat
tengok kerusi tempat Yang Berhormat duduk. Mungkin kerusi tempat Yang Berhormat duduk itu tidak terkoyak. Tidakkan tanya satu dua orang dia kata bagus, lalu buat satu kesimpulan kata bagus.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Sebab saya tidak boleh bersetuju jawapan yang dibuat oleh Timbalan Menteri bahawa asas kenaikan dahulunya disebabkan kenaikan harga minyak bukan disebabkan kerana kenaikan masalah operasi, pekerja, kenaikan spare part dan sebagainya. Jadi sekurang-kurangnya sekarang ini kos operasi itu sudah pun berkurangan
dengan pengurangan harga minyak.

Jadi sepatutnya bahawa harga tambang mesti dikurangkan dan yang seterusnya ialah saya melihat bahawa dari segi feri itu harus ada satu syarat-syarat jarak antara kerusi dengan kerusi. Jadi seolah-olahnya ada kebebasan dia hendak bubuh jarak
berapa pun ikut suka syarikat-syarikat yang mengendalikan feri ini.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Jadi sebab itu saya minta bawah kementerian seharusnya meletakkan syarat bahawa perlunya ada satu jarak yang munasabah dengan fizikal manusia yang ada pada hari ini, bukan hanya kepada Ahli Parlimen Langkawi tetapi juga kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain supaya jangan sampai keadaan yang sempit kemudian kerusi tidak boleh langsung untuk di ke belakang dalam tempoh satu jam suku maknanya kita duduk dalam keadaan yang tidak begitu selesa dan begitu juga krew feri. Seolaholah macam mereka ini tidak ada latihan, tidak diberikan latihan apa yang harus mereka lakukan servis apa yang harus mereka diberikan kepada penumpang. Jadi saya minta pihak kerajaan memberikan perhatian.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Kalau beliau jadi Timbalan Menteri pun kena servis oleh feri juga. [Ketawa] Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa sebenarnya….
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat. Sila teruskan.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya datang tidak ada lawatan rasmi, saya buat spot check. Saya pergi ke Kedah bukan ada lawatan rasmi, tetapi saya pergi di saat-saat akhir saya bagi tahu kepada Pengarah Jabatan Laut saya akan datang. Tidak ada lawatan rasmi untuk hendak meninjau tentang keadaan feri. Jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu, memberikan servis kepada saya, saya akur juga.

Kalau saya hendak 17 pergi ke Langkawi tidak ada perkhidmatan lain saya kena ikut feri juga. Kemudian tentang syarat penumpang, memang setiap feri yang dibenarkan mempunyai syarat tertentu. Ada 40 penumpang, 60 penumpang dan jarak daripada satu kerusi ke barisan kerusi itu memang ada jarak dan bukanlah pengusaha feri itu dengan sendirinya sahaja menentukan mereka kalau feri itu hanya 50 dia bawa kerusi 100, tidak betul Yang Berhormat. Jadi itulah jawapan saya, mudahmudahan feri ini akan lebih baik servis pada masa akan datang.

Soalan asal No. 5 – Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha feri yang masih mengekalkan harga tambang feri meskipun harga minyak telah turun dan apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha yang mengabaikan mutu perkhidmatan, kebersihan dan keselesaan penumpang.

——– Sebelum itu ——
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini jawapan yang bukan saya reka-reka. Saya turun sendiri, saya bersama-sama dengan pegawai Pengarah Jabatan Laut turun sendiri pergi periksa dan saya tunggu penumpang. Saya minta komen dari penumpang adakah tuan-tuan naik feri ini selesa? Dia kata Alhamdulillah. Ini saya tunggu penumpang datang dari Langkawi dan penumpang yang pergi ke Kuala Kedah ke Langkawi.

Saya juga bersama-sama dengan mereka. Mereka datang macam mana? Saya jumpa orang tua 65 tahun dia kata macam mana dia kata tidak ada apa. Ini harga murah. Kalau saya naik kapal terbang lagi mahal. [Ketawa] Ini bukan direka-reka Tuan Yang di-Pertua. Saya turun, saya boleh bagi bukti atau gambar…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tidakkan boleh banding feri dengan kapal terbang?

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Kecuali video saya tidak buat. Kos tambang ini adalah sebenarnya adalah masih murah jika dibandingkan dengan Pulau Pangkor atau di tempat-tempat yang lain. Jadi, saya rasa saya akan mengambil kira di atas pandangan Yang Berhormat Langkawi kerana itu memanglah untuk kepentingan rakyat. Kita akan mengkaji dari semasa ke semasa.

Sebagaimana jawapan saya bahawa jabatan laut sentiasa akan meninjau tentang keadaan feri dan kalau mereka tidak mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada mereka akan mengambil tindakan dan kita juga akan mengadakan spot check pada bila-bila waktu, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: