MP PKR Machang: Idea asal Komuniti Keselamatan ASEAN tercetus pada Sidang Kemuncak di Bali

19 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan darihal “ASEAN Security Community” menyentuh status kewujudan, organisasi, fungsi, pencapaian dan halangan setakat ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Abdul Rahim bin Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan juga terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Machang di atas soalan yang dikemukakan.

ASEAN Political Security Community (APSC) adalah salah satu daripada tiga tonggak di bawah wawasan ASEAN ke arah mewujudkan satu komuniti ASEAN menjelang tahun 2015. dengan berkuat kuasanya Piagam ASEAN pada Disember 2008, satu Majlis Komuniti Politik Keselamatan telah dibentuk sebagai struktur organisasi yang khusus untuk memperkasa dan merealisasikan tonggak komuniti politik keselamatan ASEAN ini.

Dari sudut organisasi, seperti yang diperuntukkan di dalam Perkara 9, Piagam ASEAN, majlis ini mempunyai ASEAN Sectoral Ministerial Bodies yang diwakili oleh Menteri Luar dan pegawai-pegawai kanan yang berkaitan bagi setiap negara anggota. Di antara fungsi Majlis Komuniti Politik Keselamatan ini adalah:
(i) majlis ini juga bertanggungjawab sepenuhnya mengemukakan laporan atau syor kepada Sidang Kemuncak ASEAN atau ASEAN Summit mengenai bidang-bidang berkaitan yang perlu diketengahkan dan diberikan perhatian serius; dan
(ii) memastikan dan memantau pelaksanaan setiap keputusan dan persetujuan Sidang Kemuncak ASEAN yang menyentuh berkaitan bidang politik dan keselamatan.

Memandangkan majlis ini baru sahaja dibentuk iaitu selepas berkuat kuasanya Piagam ASEAN, adalah terlalu awal untuk menilai dan mengenal pasti halangan yang dihadapi. Adalah menjadi harapan ASEAN agar majlis ini dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat pembentukan komuniti ASEAN 2015 dan selanjutnya mengekalkan keamanan dan kestabilan di
rantau ini. Terima kasih.

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada Sidang Kemuncak ASEAN di Bali 2003, idea asal komuniti keselamatan ASEAN ini tercetus dan antara pelan tindakan yang digariskan enam tahun dahulu ialah:
(i) mengukuhkan institusi demokrasi;
(ii) memastikan aliran maklumat di kalangan anggota ASEAN;
(iii) meningkatkan amalan good governance;
(iv) menghalang dan menghapuskan rasuah; dan
(v) mempromosikan human rights and obligations.

Itu merupakan kayu ukur dan sasaran yang sangat jelas. Enam tahun berlalu, saya ingin bertanya kepada kementerian, setakat mana pencapaian berasaskan kepada lima objektif yang telah dikenal pasti tersebut. Pencapaian terhadap lima objektif yang telah digariskan enam tahun dahulu merujuk tentang komuniti keselamatan ASEAN. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahim bin Bakri: Terima kasih Yang Berhormat Machang di atas soalan tersebut. Seperti mana yang kita tahu dan seperti mana Yang Berhormat telah jelaskan tadi bahawa di dalam persetujuan Concord Bali berkaitan dengan isu ini telah pun dimasukkan selanjutnya di dalam FPAC yang telah pun disahkan di dalam Persidangan ASEAN baru-baru ini di Hua Hin.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa beberapa perkara yang telah pun digariskan iaitu enam perkara yang telah pun digariskan di dalam persetujuan-persetujuan tersebut, saya ingin menyatakan di sini bahawa memang terdapat kemajuan-kemajuan yang telah dicapai di dalam soal ini. Kita harus mengakui bahawa ASEAN ini adalah bukan satu pertubuhan yang telah berjaya di dalam banyak pertubuhan-pertubuhan di dunia hari ini.

Walaupun kewujudannya hanya 42 tahun tetapi kita bukan sahaja dapat mewujudkan satu regional corporation yang berjaya tetapi juga telah mewujudkan kestabilan di rantau ini. Berkaitan dengan perkara-perkara lain, memang ia bukan sesuatu yang statik. Ia adalah merupakan sesuatu yang berubah mengikut masa. Kita melibat bahawa memang terdapat banyak kemajuan yang telah dicapai oleh ASEAN selanjutnya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: