MP PAS Pasir Puteh: Minta dipercepatkan pembinaan Lebuhraya Pasir Puteh-Tok Bali

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.27 dan kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya.

Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.27 – Kementerian Kerja Raya ini ialah ada dua. Satunya ialah lebuh raya antara Pasir Puteh ke Tok Bali yang saya nampak macam lambat untuk disiapkan.

Kawasan ini ialah kawasan banjir, jadi kalau terlalu lambat menyebabkan banyak lagi kerosakan yang berlaku. Ada apa-apa masalah kah yang menyebabkan kelambatan projek ini dapat disiapkan.

Yang keduanya ialah satu jambatan di antara Pasir Puteh ke Semerak di Kampung Puyu namanya, yang telah lama terbengkalai. Jadi saya ingin tahu bilakah projek ini dapat disiapkan kerana ini melibatkan jalan yang besar dan juga penduduk yang terlalu ramai. Terima kasih.

MP PKR Gombak: Umum peruntukan tambahan RM60 juta, tetapi saya tidak nampak butiran tersebut disenaraikan

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.27 dan kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada P.27 Kementerian Kerja Raya. Baru-baru ini kementerian ada mengumumkan satu peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta untuk menyelenggara kerja-kerja membaik pulih cerun dan kawasan lereng bukit di Bukit Antarabangsa ekoran tragedi tanah runtuh pada 6 Disember 2008 yang lalu.

Akan tetapi saya tidak nampak butiran tersebut disenaraikan di dalam Kementerian Kerja Raya dalam perbahasan pada petang ini. Yang keduanya dalam konteks yang sama Kepala P.27 – Kementerian Kerja Raya. Ekoran tragedi tanah runtuh, saya telah
bangkitkan beberapa hari yang lalu di mana kementerian telah menjanjikan supaya satu laporan yang komprehensif akan dikemukakan kepada penduduk-penduduk dan pemilik hartanah di Bukit Antarabangsa.

Oleh kerana mereka agak bimbang tentang keselamatan penduduk-penduduk dan pemilik di kawasan yang berkenaan khususnya berkenaan dengan struktur tanah yang telah mengalami tragedi tanah runtuh baru-baru ini. Dalam jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri dua hari yang lepas, dikatakan Yang Berhormat Menteri akan dimaklumkan akan perkara
ini.

Akan tetapi saya masih belum menerima jawapan daripada kementerian. Ini satu perkara yang cukup mendesak kerana tempoh yang diberikan selama tiga bulan telah pun luput pada awal Mac yang lalu. Akan tetapi pemilik hartanah di Bukit Antarabangsa masih belum menerima jawapan yang dapat memberikan jaminan kepada mereka tentang masa depan keselamatan penduduk dan pemilik hartanah yang berkenaan.

Yang keduanya, sekiranya laporan ini tidak diberikan dengan segera dalam keadaan kegawatan ekonomi pada hari ini harga hartanah di kawasan tersebut terus merudum dengan lebih teruk lagi. Justeru itu saya berharap kementerian dapat menggunakan kesempatan ini untuk memperincikan di manakah butiran RM60 juta yang telah dijanjikan untuk membaik pulih ceruncerun dan lereng bukit di Bukit Antarabangsa. Apakah kedudukan laporan yang telah dijanjikan oleh pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.

MP PAS Sik: Minta Jambatan sempit diperbesarkan atasi masalah kemalangan

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.27 dan kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya.

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada dua benda sahaja, pertama mengenai P.27 Perkara 71000 – Memperelok dan Membaik pulih Jalan.

Di kawasan saya iaitu di Parlimen Sik ada dua jambatan yang terlampau sempit dan menimbulkan banyak masalah serta beberapa kali berlaku accident di atas jambatan tersebut. Jambatan sempit daripada Charok Tenang ke Gulau, dan keduanya jambatan sempit dari Jeneri ke Gajah Putih.

Saya ingat benda ini telah dipohon oleh pihak JKR sejak beberapa tahun yang lalu. Perkara kedua 61000 – Naik Taraf Jalan dan Projek Baru. Saya masih mendapat penjelasan daripada pihak Menteri, adakah tambahan yang dibuat ini melibatkan pembinaan Jalan Telui Timur ke Padang Tui dan Batu Lima, terima kasih.

MP PAS Rantau Panjang: Jelaslah pihak kerajaan mengakui bahawa semua hasil-hasil judi dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan

18 Mac 2009 – Mencelah Jawapan Timbalan Menteri Kewangan menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih. Jadi jelaslah di sini maknanya pihak kerajaan mengakui bahawa semua hasil-hasil judi ini dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan. Jadi saya ingin penjelasan apakah perkara ini tidak dibincangkan sedangkan perkara ini adalah satu perkara yang besar.

Saya ingin tahu berapakah jumlah hasil daripada sumber-sumber judi ini setiap tahun di masukkan ke dalam kumpulan yang disatukan dan ini sangat penting demi masa depan rakyat.

Tuan Ahmad bin Maslan [Pontian]: Perkara yang sama Timbalan Menteri. Pada dua minggu sudah saya secara peribadi ada bertemu dengan Menteri Kewangan II dan pegawai tinggi Kementerian Kewangan dan mencadangkan perkara disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang supaya diasingkan perolehan daripada arak dan judi khasnya dalam satu akaun.

Kemudian wang itu akan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu dan tidak dicampurkan. Kita mencadangkan agar Timbalan Menteri menyatakan perkara ini kepada Menteri.
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: Bila kita luluskan bajet yang RM10 bilion yang pertama itu kita menjangka ….

18 Mac 2009 – Mencelah Jawapan Timbalan Menteri Kewangan menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan.

Tuan Haji Khalid bin Abd Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh? Terima kasih atas jawapan yang jelas itu. Hanya saya ada sedikit kecurigaan kerana bila kita luluskan tambahan sebanyak RM10 bilion itu kita tidak menjangkakan bahawa dalam tempoh masa tiga bulan harga minyak akan turun. Mungkin saya tersilap kerana daripada ingatan, bila
dinaikkan harga minyak kepada bulan enam. Harga minyak naik lagi tetapi selepas itu pada bulan sepuluh ia sudah mula turun.

Bila kita luluskan bajet yang RM10 bilion yang pertama itu kita menjangka bahawa ianya tidak akan turun tetapi ianya turun.
Lalu bagaimana dalam keadaan di mana kita jangka ianya tidak turun dan kita punya bajet yang RM10 bilion itu adalah anggaran sehingga hujung tahun. Akan tetapi bila harga minyak itu turun itu kita masih perlukan tambahan.

Patutnya bagi saya kira-kira, congak-congak bodoh ini saya menganggap bahawa kita akan ada penjimatan. RM10 bilion itu tidak habis kerana tiba-tiba harga minyak turun. Akan tetapi sebaliknya bila saya datang hari ini saya dengar bahawa tidak, kita hendak tambah lagi. Lalu it just doesn’t make a sense dengan Tuan Pengerusi.

Dato’ Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sebenarnya kalau tidak silap ingatan saya harga minyak naik empat kali tetapi turun tujuh kali. Memang kiraan ini untuk satu tahun bukan untuk bulan sebelas atau bulan dua belas. Akan tetapi mula dari bulan Januari hingga ke bulan Disember. Jadi ini adalah angka keseluruhan untuk tahun 2008. Bukan
diasingkan untuk bulan yang mana.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Krai: Wang Rakyat diguna untuk bayar subsidi

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan.

Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga ingin menyentuh mengenai perkara yang sama. Kita ucapkan terima kasihlah kepada rakyat yang mana wang rakyat digunakan untuk membayar subsidi ini bukan wang Barisan Nasional.

Jadi kerajaan itu mengendalikan, tetapi tidak menjadi masalah. Soalan saya pada akhir-akhir tahun lepas, harga minyak petrol yang kita bayar di pam dikatakan adalah lebih tinggi daripada harga yang sepatutnya. Kalau kita bayar RM1.80 sen,
katakan bahawa harga sebenarnya RM1.36 sen. Jadi sebenarnya dikatakan kita sendiri telah memberikan subsidi pula kepada kerajaan kerana kita terpaksa membayar lebih. Jadi di mana keperluan RM772 juta kalau sebenarnya kita sudah membayar tambahan subsidi kepada kerajaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini iaitu Maksud B.12 peruntukan untuk Kumpulan Wang Terkanun yang mana lebih daripada RM6 bilion yang diperuntukkan merupakan jumlah lebihan akaun hasil yang disatukan dan dipindahkan kepada
Kumpulan Wang Pembangunan dan dicaj sebagai perbelanjaan di bawah Maksud B.12.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Bagaimana kerajaan mencerakinkan perbelanjaan sebanyak RM772 juta ..

18 Mac 2009 – Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 di bawah Kementerian Kewangan.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak banyak untuk menyinggung perkara-perkara terbitan perbelanjaan ini cumanya untuk saya tanya bagaimana dalam Maksud B.11 Perkhidmatan dan Perbendaharaan dalam tambahan sebanyak RM772 juta sebagai menampung pembayaran subsidi barangan petroleum tahun 2008 yang merupakan tahun yang cukup gawat setelah dinaikkan lonjakan sebanyak 26% harga bahan api petrol dan diesel.

Maka yang perlu ditanya di Dewan yang mulia ini Tuan Pengerusi adalah untuk kerajaan mencerakinkan bagaimana perbelanjaan sebanyak itu dibuat khususnya dalam meneliti sebanyak mana yang telah diberikan khususnya bagi perkara yang menyinggung persoalan foregone tax dan juga bagaimana juga subsidi-subsidi yang diberikan supaya dapat diperjelaskan perbelanjaan yang sebanyak itu yang telah diperuntukkan ataupun tambahan perbelanjaan. Kemudiannya, saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Berhubung dengan B.11 ini tambahan sebanyak RM772 juta bayaran sebagai subsidi barangan petroleum tahun 2008. Saya hendak tahu sama ada ianya merupakan subsidi yang dibayar untuk pihak IPP ataupun subsidi yang dibayar untuk mengekalkan harga minyak yang di stesen pam.

Kalau tidak silap ingatan saya sebenarnya harga minyak mentah telah mula turun pada masa itu dan mungkin soal subsidi sudah tidak relevan pada hujung tahun mungkin pada bulan 11 ataupun pada bulan 12 oleh kerana harga minyak di pasaran antarabangsa sudah turun.

Lalu saya perlu memahami mengapa masih ada satu jumlah subsidi yang begitu tinggi dan sama ada ianya adalah untuk IPP ataupun untuk kegunaan ramai. Terima kasih.

MP PAS Shah Alam: Pegawai Keselamatan … menghayati keadilan yang dituntut oleh Islam termasuklah layanan terhadap orang dalam tahanan

18 Mac 2009 – Mencelah Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jabatan Perdana Menteri

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tanya tadi sebenarnya kes Kugan itu hanya sebagai satu contoh. Pentingnya ialah bagi JAKIM untuk memainkan satu peranan yang lebih menyeluruh. Dalam erti kata untuk menentukan bahawa keadilan itu akan tertegak dan jangan hanya sekadar soal halal haram makanan dan sebagainya tetapi isu kezaliman yang berlaku di mana orang-orang yang terlibat pegawai-pegawai polis dan sebagainya.

Dahulu ada pegawai-pegawai polis diberikan buku karangan Dato’ Harun Din berhubung manusia dan Islam dan ianya menjadi sebagai di antara panduan. Apakah usaha-usaha untuk menentukan bahawa kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai
keselamatan dan sebagainya akan menghayati dasar-dasar keadilan yang dituntut oleh Islam termasuklah soal layanan terhadap orang yang dalam tahanan, termasuklah dalam soal campur tangan pihak eksekutif dengan kehakiman dan sebagainya. Lalu nampak bahawa soal peranan Islam itu adalah lebih daripada hanya sekadar untuk kepentingan orang-orang Islam sematamata tetapi adalah untuk menjamin keadilan itu sendiri. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ingat tidak ada masalah. Yang Berhormat cadanglah buat masa bulan puasa kah, ada tazkirah kah. Masa itu bolehlah ditanamkan dengan semangat-semangat macam ini. Saya ingat itu boleh diteruskan Yang Berhormat. Tak ada masalah Yang Berhormat.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak ada, tak ada masalah. Cadangkanlah. Segala apa Yang Berhormat cadangkan saya rasa JAKIM tidak akan menolak kalau ianya boleh menaikkan juga imej agama Islam kita dalam soal keadilan ini. Tak ada masalah. Okey?

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Menteri, saya rasa bukan sekadar bulan puasa. Ini soal wawasan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak, tak saya…
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Wawasan untuk pegawai yang menjaga hal-hal agama dan sebagainya di mana persoalan orang Islam ini banyak terlibat. Dalam penderaan Kugan itu kata sebelas orang pegawai polis mungkin ada orang Islam. Mungkin dia rasa benda ini tak apa kerana tak ada apa-apa larangan.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Pemegang biasiswa JPA yang diberi peluang belajar … terus mengambil kursus-kursus specialization

18 Mac 2009 – Mencelah Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jabatan Perdana Menteri

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini bersabit dengan pemegang biasiswa JPA yang diberi peluang belajar tetapi tidak mahu pulang. Apa yang saya kesan ada 236 kalau tidak silap saya tahun lalu.

Dalam rangka itu, bagi memanfaatkan mereka yang tidak mahu pulang ini, apakah JPA perlu menyarankan kepada mereka ini supaya terus mengambil kursus-kursus specialization kerana rata-ratanya mereka perubatan. Itu satu perkara yang akan dapat kita manfaatkan mereka yang mahu terus bekerja dan belajar di sana.

Keduanya sudah sampai masanya, saya kira tidak macam tahun 70an. Angkatan kami 70an yang belajar A-Level ketika itu saya kira memang universiti tempatan tidaklah ke taraf yang ada hari ini. Akan tetapi, kalau kita sudah berada di tahap ini, apakah kita akan membelanjakan perbelanjaan yang terlalu banyak bagi kursus-kursus ijazah pertama.

Saya ingat perlu ada satu review untuk memberikan kepada the best brain, propose graduate studies pada ijazah-ijazah lanjutan. Ijazah-ijazah pertama kita minta supaya dengan hadirnya mereka, the best brain ini dalam universiti-universiti tempatan akan dapat meningkatkan daya saing kita di universiti-universiti tempatan. Itu saya kira sementara ia mengurangkan perbelanjaan, foreign exchange atau pun forex. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, saya ada juga pengalaman sewaktu yang menjadi Pengerusi MARA. Kita berbincang berkenaan dengan mereka yang ingkar dan tidak mahu balik. Kalau apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat itu diibaratkan sebagai satu signal iaitu kita reward the delinquents Lebih baik sekiranya mereka terlebih awal berunding dengan kita. Tidak ada masalah.
Teruskan membaca

MP PKR Machang: SPR duduk dalam jawatankuasa untuk tujuan khusus politik UMNO Barisan Nasional di Selangor?

18 Mac 2009 – Mencelah Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2008) 2009 peringkat Jabatan Perdana Menteri

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, oleh kerana hal yang kita bincangkan ini melibatkan soal prinsip ketelusan dan good governance. Sejumlah duit yang begitu besar dibelanjakan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan berkaitan dengan jabatan di bawah pengendalian dan pengawasan Yang Berhormat
Menteri. Kita cuma mahu memanfaatkan Parlimen ini sebagai platform terbaik untuk Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan sejujur-jujurnya. Tidak sulit sebenarnya berlaku jujur.

Fakta di hadapan kita yang telah kita timbulkan dalam perbahasan ialah beberapa siri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri khusus untuk negeri Selangor dengan keanggotaan beberapa jabatan kerajaan yang sebahagiannya kita faham, kita terima, KEMAS, Penerangan sebab itu okey, tidak ada masalah. Akan tetapi hadirnya Suruhanjaya Pilihan raya
itu, yang itu menimbulkan kecurigaan yang bersangatan.

Oleh sebab itu, Yang Berhormat Menteri, saya mohon. Yang Berhormat tidak bertanding apa-apa jawatan pun dalam UMNO hujung bulan ini, tidak risau. Itu tidak ada apa-apa masalah. Cuma kita perlu sedikit kejujuran bagi meningkatkan integriti Parlimen. Yang Berhormat Menteri, bersetujukah secara peribadi. SPR duduk dalam jawatankuasa ini untuk tujuan khusus
menyempurnakan matlamat cita-cita politik UMNO Barisan Nasional di Selangor? Munasabah atau tidak agensi ini duduk dalam jawatankuasa ini?
Teruskan membaca