Kenapa isu perpaduan masih menjadi perbincangan? – Salahuddin

Perbahasan Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008:

1.

2.

Advertisements

Memandang berat pembinaan generasi muda akan datang – MP PAS Bachok

Perbahasan Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008:

Kurangkan Karenah Birokrasi kepada Golongan Miskin – Salahuddin

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan:

Soalan tambahan Salahuddin Ayub [MP PAS Kubang Kerian] kepada soalan asal No. 3 3. Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian berhasrat untuk membuat Penyelarasan dengan Penggunaan Satu (Format) mengenai Sistem Pendaftaran eKasih SPKR (Skim Program Kesejahteraan Rakyat) dan PBR (Program Bantuan Rumah) serta lain-lain Agensi Kerajaan; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menyelaraskan Pemberian Bantuan ini kepada satu Agensi Kerajaan sahaja kerana buat masa kini sudah terdapatnya permohonan serta kelulusan yang bertindih.

Tindakan Polis tidak menghormati Dewan Undangan Negeri – Anwar

Soalan asal No. 2:
Datuk Seri Anwar Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kewajaran dan peruntukan undang-undang yang membolehkan polis mencerobohi persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb. Mei 2009, dan mengheret keluar Speaker yang sedang melaksanakan tugas ketika persidangan tersebut berjalan.

Anwar pertahan tindakan Nizar pakai lilitan ‘Bubarkan DUN Perak’

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dan beberapa wakil pembangkang lain memakai lilitan bertulis “Bubarkan DUN Perak” semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan.

“Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi.

Dewan Rakyat kecoh apabila Nizar yang baru selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan “Bubar DUN” dan memakai lilitan berkenaan.

Tindakan beliau itu diikuti beberapa wakil pembangkang lain sehingga mewujudkan suasana kecoh dalam Dewan Rakyat.

Mereka kemudian diarah keluar selepas enggan menanggalkan lilitan itu.

MP PAS Bukit Gantang diarah keluar Dewan selepas angkat sumpah

KEMASKINI:

Sidang media 1

Sidang media 2

Selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, tidak sampai lima minit Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat. .

Tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang diarah keluar dewan kerana tindakan melaungkan slogan "bubar DUN" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan "BUBAR DUN" Perak

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan “bubar Dewan Undangan Negeri” sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya menanggalkan lilitan “BUBAR DUN” Perak.

Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok “F”.
(Video akan menyusul..)
Teruskan membaca

Dewan Rakyat mulai sidang hari ini, 15 Jun 2009 (Isnin)

Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen ke 12 akan mulai bersidang pada 15 Jun 2009 hingga 30 Jun 2009.

a. Mengangkat Sumpah
– Pada permulaan sidang hari ini, selepas doa, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang.

b. Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (10.00 pagi hingga 11.30 pagi)
1. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penjelasan Gagasan “SATU MALAYSIA” dari segi perlaksanaan dan penerapannya kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan bagaimanakah Gagasan ini akan dapat lebih bermanfaat dalam menterjemahkan kejayaan Wawasan 2020.

2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kewajaran dan peruntukan undang-undang yang membolehkan polis menceroboh persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb. Mei 2009, dan mengheret keluar Speaker yang sedang melaksanakan tugas ketika persidangan tersebut berjalan.

3. Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian berhasrat untuk membuat Penyelarasan dengan Penggunaan Satu (Format) mengenai Sistem Pendaftaran eKasih SPKR (Skim Program Kesejahteraan Rakyat) dan PBR (Program Bantuan Rumah) serta lain-lain Agensi Kerajaan; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menyelaraskan Pemberian Bantuan ini kepada satu Agensi Kerajaan sahaja kerana buat masa kini sudah terdapatnya permohonan serta kelulusan yang bertindih.

4. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan ;-
(a) mengapa mengikut senarai konservasi Jabatan Warisan Negara 2006-2008, hanya 9 projek diperoleh untuk Pulau Pinang berbanding 49 untuk Melaka; dan
(b) berapakah pula bilangan projek, jenis projek dan kos yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang bagi tahun 2009 dan 2010.

5. Dato’ Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar Pakej Rangsangan Ekonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan baru-baru ini akan pergi kepada sasaran yang tepat iaitu untuk membantu rakyat, terutama rakyat di kawasan luar bandar.

6. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tindakan Kementerian berikutan peningkatan kes ponteng sekolah dan samseng jalanan melibatkan para pelajar seluruh negara tetapi mengapakah mekanisme di Kementerian tidak begitu berfungsi untuk menangani masalah ini.

7. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sepanjang tempoh lima tahun di antara 2004 hingga 2008, berapakah jenis penyakit merbahaya dan berjangkit bawaan haiwan yang melibatkan berbagai negara dan menular ke negara ini. Sehingga hari ini berapakah kes Virus Selesema Babi atau Influenza A (H1N1) yang dikesan di negara ini dan apakah di antara langkah-langkah yang diambil dalam membendung penyebaran penyakit tersebut.

8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan bagi menangani masalah kesesakan teruk di depot tahanan Imigresen di seluruh negara ekoran sikap ” lepas tangan” beberapa kedutaan asing yang enggan mengaku pendatang tanpa izin (PATI) terbabit adalah warganegara mereka sehingga menyukarkan urusan penghantaran balik PATI.

9. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang meminda Akta Pilihan Raya 1958 dengan mengenakan hukuman kepada parti politik terbabit bagi menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah dan mempersendakan prinsip dan amalan demokrasi negara.

10. Dato’ Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengikut statistik, kemiskinan di luar bandar sama ada di Sabah, Terengganu dan Kelantan sangat tinggi. Terangkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang serta tempoh masa bagi menurunkan kadar kemiskinan tersebut.

11. Datuk Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dari segi melindungi dan mempertahankan serangan atau peperangan siber dari dalam dan luar negara.

12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa dengan kongkongan Kerajaan terhadap kebebasan media, rakyat terutama di kawasan bandar mendapatkan maklumat dari Internet, seperti blog, website, Youtube dan lain-lain menyebabkan jualan akhbar dan penonton berita TV tempatan semakin merosot.

13. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sehingga sekarang berapa buah negeri yang telah menggunakan Sistem Elektronik Kawalan Alam Sekitar (e-KAS) dan apakah usaha Kementerian bagi mempertingkatkan mutu sistem ini dalam usaha memantau kualiti alam sekitar dengan lebih berkesan.

14. Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sebab-sebab syarikat-syarikat stesen minyak tidak dibenarkan bersaing secara terbuka dan dibenarkan menjual petrol dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang ditentukan oleh Kerajaan.

15. Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) bilangan bukan Melayu yang menyertai angkatan tentera dan apakah usaha yang dilakukan bagi menarik bukan Melayu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia; dan
(b) apakah usaha membantu pesara-pesara tentera dan adakah cadangan memberikan sagu hati kepada bekas tentera
pelbagai pangkat bagi Askar Wataniah Kerahan yang tidak mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) semasa mereka berkhidmat.

Soalan-soalan MP PAS yang telah disenaraikan:
Soalan No. 25 – Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik sebahagian peruntukan dari Projek Bekalan Air Kuala Muda / Sik Pakej A, B dan C kerana projek ini amat diperlukan untuk pembekalan air di daerah Kuala Muda /Sik.
Teruskan membaca