MP Muslimat PAS turut Memperkukuhkan Pakatan Rakyat

Muslimat dan MP Muslimat PAS menolak sebarang Kerjasama dengan Umno/BN

Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

“Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS,” katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.
Teruskan membaca

Mazlan Aliman sedia ke Mahkamah pertahankan Buku mengenai FELDA

1.

2.

Sidang media Penulis Buku FELDA DULU TOLONG SEKARANG ALONG disaman Felda di Lobi Parlimen pada 18 Jun 2009.

Kami Berpegang Teguh Memperkukuh Pakatan Rakyat – MP PAS

KEMASKINI:

Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan media ini diedarkan kepada media cetak dan elektronik pada jam 4.30 petang 18 Jun 2009.

Temui Mursyidul Am, Nasihat MP PAS

1.

2.

Sebagai seorang sahabat, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar telah menghantar sms kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa supaya segera bertemu Tok Guru Nik Aziz bagi meredakan suasana.

Video Sidang media Ahli Parlimen Muslimat PAS akan menyusul

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media ringkas di Lobi Parlimen, hari ini.

Krisis Politik Perak: Peluang keemasan meluahkan perasaan rakyat

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tindakannya melaungkan dan memakai lilitan bertulis ‘Bubar DUN’ di Dewan Rakyat, Isnin lalu adalah reaksi spontan yang tidak dirancang.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar berkata, ia adalah peluang keemasan kepadanya meluahkan perasaan dirinya serta rakyat Perak berhubung krisis politik yang melanda negeri itu.

“Ia adalah spontan yang membawa kepada keputusan cukup luar biasa. Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang patut dibuat.

“Anda sebagai insan mesti ada perasaan ketika mengangkat sumpah, tapi hati anda berasa lain. Mana boleh begitu, apa yang saya percaya dalam hati itu perlu seiring dan bersama.

“Jadi, saya ambil reaksi sebagai sesuatu yang spontan, bukan sesuatu dirancang… satu peluang keemasan. Sekarang ini pun, kita tengok orang yang merampas hak rakyat di Perak pun tak ada hari ini (semalam),” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini [17 Jun 2009].

Ditanya tindakannya yang seolah-olah membawa budaya samseng di Dewan Rakyat, Mohammad Nizar menjelaskan yang beliau hanya melakukannya demi rakyat Perak dan mempertahankan Perlembagaan.

Beliau juga mendakwa Barisan Nasional (BN) jauh lebih samseng antaranya, termasuk mengasari bekas Speaker Perak, V Sivakumar sehingga mengundang kekecohan di Dewan Undangan Negeri Perak.

“Saya nak bagi tahu, sebelum ini ramai ahli Parlimen BN jauh lebih samseng, saya menyebut hanya bubar DUN, hidup rakyat. Jika saya sebut perkataan sama di jalanan di Ipoh, saya digari, itulah peluang keemasan untuk saya kerana semua menteri ada di sana (Dewan Rakyat), jadi saya ambil kesempatan itu.

“Di Perak, Speaker dibawa keluar guna polis, simpan dalam stor… itu jauh lagi samseng. Polis datang tekan kami, tarik rambut kami, pijak kami, bawa pistol… itu tak samseng,” katanya.

MP PAS Kuala Selangor: Bahas RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

1.

2.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membahaskan RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 17 Jun 2009.

MP PAS Pokok Sena: Saya Hormat Speaker Dewan Rakyat, tidak seperti apa yang berlaku kepada Speaker DUN Perak

Sesi Perbahasan Rang Undang-UndangLembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008

1.

2.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar membahaskan RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 17 Jun 2009.

Kerajaan Perpaduan: Kenyataan Timbalan Presiden PAS adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti – MP PAS Pengkalan Chepa

Menyambung Perbahasan Rang Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

1.

2.

3.

4.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman menyambung membahaskan RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 pada 17 Jun 2009.

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Teruskan membaca

Program Agensi Dadah hanya Pameran? – MP PAS Jerai

Sesi pertanyaan jawab lisan

Soalan tambahan MP PAS Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar kepada soalan asal No. 7. Dato’ Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah tangkapan dan rampasan dadah yang berjaya dilakukan pada tahun 2008 dan berapa ramai yang dihukum gantung sampai mati ; dan
(b) apakah strategi pencegahan yang berkesan bagi mengatasi penyalahgunaan dadah. [17 Jun 2009]

MP PKR Machang: Sesi soalan jawab lisan, 17 Jun 2009

Sesi pertanyaan Jawab Lisan

Soalan tambahan MP PKR Machang, Saifuddin Nasution kepada soalan asal No. 5. Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tentang cadangan pewujudan serta penggubalan Akta Perlindungan Data Peribadi di negara ini. [17 Jun 2009]