MP Pakatan Rakyat minta Kerajaan batalkan Dasar PPSMI

Sidang media MP Pakatan Rakyat mengulas jawapan Menteri Pelajaran

Sisang 1

Sidang 2

Sidang 3

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan mengenai PPSMI akan diumumkan awal bulan depan selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, analisis menyeluruh dan kertas mengenai hala tuju PPSMI sudah siap dan akan dibentangkan kepada Kabinet untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.

‘‘Saya memberi jaminan bahawa keputusan yang akan diambil oleh kerajaan berhubung dasar PPSMI akan memberi kebaikan kepada murid, guru dan masa depan negara,” katanya yang juga Menteri Pelajaran ketika menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga memikirkan implikasi terhadap kohort murid yang terlibat dalam pelaksanaan dasar itu sejak 2003 hingga sekarang iaitu kelompok murid yang dapat mengikuti dengan baik dan kelompok murid yang sebaliknya.

‘‘Oleh sebab itu sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mengambil sedikit masa untuk menilai implikasi dasar tersebut daripada pelbagai sudut dan memikirkan cara-cara untuk menambah baik sistem pendidikan negara secara komprehensif,” jelasnya.

Teruskan membaca

MP PAS Pendang kemuka Fasal baru 28 dan 29 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 – 23 Jun 2009]


Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati bin Othman mencadangkan Pindaan Fasal baru 28 dan 29 RUU DNA.

Fasal 28 (baru)
Memasukkan Fasal baru iaitu:
Laporan Tahunan
28 (1) Ketua Bank Data DNA hendaklah sebelum 31 haribulan Mac setiap tahun menghantar laporan tahunan mengenai operasi Bank Data DNA kepada Menteri.
(2) Menteri hendaklah membentangkan laporan Bank Data DNA kepada setiap Dewan Parlimen dalam tempoh tidak lewat dari 15 hari setelah persidangan Dewan itu bermula setelah Menteri itu menerima laporan tersebut.

Fasal 29 (baru)
Memasukkan Fasal baru iaitu:
Semakan
29 Akta ini hendaklah disemak semula dalam masa 5 tahun selepas ianya berkuatkuasa dan apa-apa pemakaian atau rujukan terhadap Akta ini hendaklah terhenti sehingga semakan telah dibuat dan diluluskan oleh undang-undang..

Huraian
Pemasukan peruntukan yang dicadangkan di dalam Fasal 28 Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan bagi memastikan ketelusan sistem Bank DNA dan meningkatkan kredibiliti institusi ini.

Pemasukan peruntukan yang dicadangkan di dalam Fasal 29 Rang Undang-Undang ini adalah bertujuan bagi menyemak semula mana-mana peruntukan yang tidak praktikal dan perlu diubahsuai setelah 5 tahun sistem ini diperkenalkan dan digunakan bagi tujuan mencadangkan apa-apa pembaikan yang perlu.

MP Tumpat, Machang dan Pendang bahas Fasal 25 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 – 23 Jun 2009]


Ahli Parlimen Tumpat, Machang dan Pendang membahaskan cadangan Ahli Parlimen Serdang meminda Fasal 25 RUU DNA.

FASAL 25
Perlindungan terhadap apa-apa prosiding undang-undang
25. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap –
(a) Menteri;
(b) Ketua Bank Data DNA;
(c) Timbalan Ketua Bank Data DNA;
(d) pegawai Bank Data DNA;
(e) pegawai perubatan kerajaan; atau
(f) ahli kimia,
berkenaan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dang tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.

PINDAAN YANG DICADANGKAN OLEH YB MENTERI DALAM NEGERI
Fasal 25 Rang Undang-Undang dipinda dengan memotong perkataan “keabaian, keingkaran”.

MP PAS Machang dan Kuala Selangor Bahas Cadangan Pindaan Fasal 13 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 – 23 Jun 2009]


Ahli Parlimen Machang dan Kuala Selangor membahaskan cadangan Ahli Parlimen Pendang meminda Fasal 13 RUU DNA.

MP PAS Pendang cadangkan Pindaan Fasal 13 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 – 23 Jun 2009]


Ahli Parlimen Pendang mencadangkan Pindaan Fasal 13 RUU DNA.


MP Batu, Machang dan Kuala Selangor bahas cadangan MP PAS Pendang mengenai cadangan meminda Fasal 13 RUU DNA

Fasal 13 dengan Memasukkan perenggan baru iaitu perenggan 13(4A) seperti berikut:
(a) Seorang pegawai polis yang diberi kuasa hendaklah sebelum memberikan kebenaran di bawah subseksyen (2) hendaklah menyampaikan suatu notis kepada orang yang akan diambil sampel itu dan menyatakan :
(i) alasan untuk diambil sampel itu; dan
(ii) bahwa DNAnya akan atau mungkin menjadi suatu barang kes.
(b) Notis yang disebut di dalam ini haruslah menurut borang yang ditentukan oleh Menteri.
(c) Pegawai polis yang diberi kuasa hendaklah memasukkan ke dalam buku daftar rekod sebab-sebab pengambilan sampel bukan intim dan bahawa orang berkenaan telah diserahkan dengan notis seperti yang disebut di atas.
(d) Orang yang menerima notis berkenaan hendaklah dalam masa 48 jam hadir ke balai polis berkenaan untuk tujuan pengambilan sampel bukan intim itu.
(e) Seseorang polis boleh menahan orang yang telah diserahkan notis itu tanpa waran.
(f) Seseorang yang hendak diambil sampel berkenaan hendaklah diberitahu hak mereka untuk berjumpa dan mendapatkan mendapatkan khidmat peguam

Pindaan yang dicadangkan di dalam Fasal 13(4A) Rang Undang-Undang ini adalah bagi memastikan bahawa hak asasi manusia seorang suspek atau seorang yang akan diambil DNAnya lebih terjamin selaras dengan kehendak Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan bagi menjamin ketelusan dan kebolehpercayaan terhadap sampel yang akan diambil. Selain itu, pindaan ini dapat mematikan.

FASAL 13
Pengambilan sampel bukan intim
(3) (b) suatu tangkapan telah dibuat atau suatu perintah tahanan telah dibuat terhadap orang tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat menurt Perkara 149 atau 150 Perelembagaan Persekutuan; atau

PINDAAN YANG DICADANGKAN OLEH YB MENTERI DALAM NEGERI
(a) dalam perenggan (3)(b), dengan memotong perkataan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 149 atau 150 Perlembagaan Persekutuan”; dan

(7) Seorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantudalam pengambilan suatu sampel bukan intim daripada seseorang.

PINDAAN YANG DICADANGKAN OLEH YB SERDANG
(b) dengan menggantikan subfasal (7) dengan subfasal yang berikut:

“(7) Jika seseorang yang daripadanya suatu sampel bukan intim hendaklah diambil di bawah Akta ini enggan untuk memberikan sampel itu atau enggan untuk membenarkan sampel itu diambil daripadanya tanpa sebab yang baik atau sampel itu tidak dapat diperoleh walaupun segala usaha yang munasabah diambil, orang itu boleh dibawa di hadapan seorang majistret itu boleh, jika berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sampel itu berkecenderunganuntuk mengesahkan atau membuktikan sebaliknya perlakuan kesalahan oleh orang itu, memerintahkan orang itu untuk memberikan sampel bukan intimnya”.

MP PAS Kuala krai dan Kuala Selangor bahas cadangan Pindaan Fasal 7 RUU DNA

Perbahasan (D.R. 13/2008) – Rang Undang-undang Identifikasi AsidDeoksiribonukleik (DNA) 2008 – Pertimbangan dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis (28 Ogos 2008). (Kementerian Dalam Negeri) [22 – 23 Jun 2009]


Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membahaskan cadangan Pindaan Fasal 7 RUU oleh YB DAP Segambut.


Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membahaskan cadangan Pindaan Fasal 7 RUU oleh YB DAP Segambut.

FASAL 7 RUU DNA
KETUA BANK DATA DNA, TIMBALAN KETUA BANK DATA DNA DANA PEGAWAI BANK DATA DNA
Pelantikan Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua dan pegawai lain.

7. (1) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis sebagai Ketua Bank Data DNA Forensik Malaysia bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan itu.

(2) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis sebagai Timbalan Ketua Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini yang hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Ketua Bank Data DNA dan boleh menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi Ketua Bank Data DNA di bawah Akta ini.

(3) Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai Bank Data DNA sebagaimana yang perlu bagi menjalan maksud Akta ini daripada kalangan anggota pasukan polis, ahli kimia dan pegawai lain daripada atau yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia yang hendaklah tertalku kepada kawlan, arahan dan penyrliaan Ketua Bank Data DNA.

(4) Ketua bank Data DNA boleh secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patutu dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini kepada Timbalan Ketua Bank DNA atau kepada pegawai Bank Data DNA.

(5) Suatu perwakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Bank Data DNA dan tidak menghalang Ketua Bank Data DNA daripada menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.

PINDAAN YANG DICADANGKAN OLEH YB SEGAMBUT
(a) dalam subfasal (1), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis” dengan perkataan “seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA”.

(b) dalam subfasal (2), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pesuruhjaya Polis” dengan perkataan “seorang pegawai awam yang hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman dalam sains DNA”; dan

(c) dalam subfasal (3), dengan menggantikan perkataan “anggota pasuka polis, ahli kimia dan pegawai lain daripada atau yang ditempatkan di Jabatan Kimia Malaysia” dengan perkataan “pegawai awam”.

Isu PPSMI: Sejak 2004 belum selesai …

Sesi Pertanyaan jawab Lisan 23 Jun 2009:

Soalan tambahan BN Kalabakan kepada soalan asal No. 2. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki pelajaran termasuk pengajaran Matematik dan Sains melalui Bahasa Inggeris, standard guru di semua peringkat serta pelbagai jenis sekolah. Setakat manakah beliau berjaya untuk menguatkuasakan persekolahan wajib terutamanya di luar bandar.

Komen MP Pakatan Rakyat akan menyusul..