MP PAS Parit Buntar: Mengulas isu Penguatkuasaan undang-undang Islam yang dibangkitkan Menteri JPM

Sidang media – 25 jun 2009

MP PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mengulas jawapan Menteri Di JPM kepada soalan asal No. 8. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bercadang membenarkan umat Islam mengamalkan sistem perundangan jenayah Islam seperti hudud, qisas dan ta’zir dengan mengadakan peruntukkan undang-undang untuk menguatkuasakannya.; dan
(b) adakah Kerajaan menyedari peruntukkan kesalahan jenayah dibawah Kanun Keseksaan seperti Seksyen 302 dan lain-lain adalah bertentangan dengan Islam

MP PAS Rantau Panjang: Sesi soalan jawab lisan

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 24 Jun 2009

Soalan tambahan MP PAS Rantau Panjang kepada soalan asal No. 7. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional Kerajaan menaikkan kadar tambang semua jenis pengangkutan awam termasuklah bas ekspres dan teksi di dalam keadaan krisis ekonomi sekarang.

MP PAS Pendang: Sesi soalan jawab lisan

Sesi Pertanyaan Jawab lisan 24 Jun 2009

[YOUTUBE=http://www.youtube.com/watch?v=Yib9I6lJ8dQ]

Soalan tambahan MP PAS Pendang kepada soalan asalan No. 5. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah Gempa Bumi atau gegaran yang dikesan berlaku di sekitar negara ini sejak tahun 2000. Berapakah jumlah kemalangan jiwa serta kerugian harta benda yang direkodkan.

MP PKR Tanah Merah: Caruman kepada Balu-Balu Berkahwin semula

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 24 Jun 2009

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat bayaran kembali caruman PERKESO untuk balu-balu yang berkahwin semula sepertimana pelaksanaan bayaran pencen.

MP PAS Kuala Terengganu: Kontrak KSN disambung halang kenaikan pegawai-pegawai lain

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 24 Jun 2009

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 2. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara setelah tempoh lanjutan kontraknya selama dua tahun berakhir Jun ini. Tidakkah langkah pelanjutan seperti ini
menghalang peluang pegawai-pegawai lain dalam sektor awam sekali gus mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan mereka yang boleh menjejaskan produktivitinya.

MP PAS Shah Alam: Labuan 6 tahun tidak perancangan?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 24 Jun 2009

Soalan tambahan MP PAS Shah Alam kepada soalan asal No. 1. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah perancangan jangka panjang pihak Kementerian dalam memastikan industri pelancongan W.P Labuan berdaya saing dan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain.