Ucapan BN Pasir Salak memalukan Umno/BN

KEMASKINI:
Perbahasan Penguntukan Semula Perbelanjaan 2009

Memalukan 1 – MP PAS Kuala Selangor bidas MP BN Pasir Salak

Memalukan 2 – MP PKR Machang dan Gombak patahkan Hujah BN Pasir Salak

Memalukan 3 – Dr Lo’ Lo’ jawab BN Pasir Salak

Memalukan 4 – Jantung Speaker Dewan Rakyat turun naik bila BN Pasir Salak berucap

Apa kata MP Bebas Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali mengenai Wakil BN Pasir Salak ini yang ucapannya penuh dengan gelak ketawa selama 20 minit. seorang diri.

MP DAP PJ Utara dihalau Keluar Dewan Layan BN Pasir Salak
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua dibuang Dewan Rakyat – sehari – tengah hari tadi kerana mengingkari arahan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar duduk ketika perbahasan.

Arahan itu dikeluarkan beberapa minit sebelum sidang Dewan Rakyat berhenti untuk rehat pukul 1 tengah hari tadi.

“Saya tidak tahu apa kesalahan saya sehingga saya dibuang dari Dewan… saya hanya berdiri untuk minta laluan bagi mencelah (Ahli Parlimen-BN) Pasir Salak (Datuk Tajuddin Abdul Rahman),” kata Pua ketika ditemui di lobi Parlimen.

“Beliau (Timbalan Speaker) minta saya keluar, saya keluar lah,” katanya.


Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berharap Wan Junaidi akan menarik balik keputusan bagi membolehkan Pua mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebelah petang nantiWan Junaidi mendakwa Pua bertindak tidak mengikut aturan mesyuarat.

Ketika Tajuddin berbahas, Pua bangun dan mengemukakan soalan sektor mana yang beliau “mahir” apabila wakil rakyat Pasir Salak itu mengatakan bahawa ahli-ahli Parlimen membahaskan segala isu yang mereka “tidak biasa”.

Pada ketika itu, Wan Junaidi meminta Pua duduk memandangkan ia merupakan ruang bagi Tajuddin membahaskan usul, malah tidak diberi ruang oleh wakil rakyat itu.”Bila saya mengarahkan yang lain duduk, mereka duduk,” katanya.

Pua yang duduk, kemudian bangun semula untuk mencelah Tajuddin.

Ekoran tindakannya itu, Wan Junaidi mengarahkan Pua keluar Dewan Rakyat. Kejadian berlaku ketika sidang membahaskan usul pembahagian semula peruntukan bagi beberapa kementerian ekoran penyusunan Kabinet baru-baru ini.

Usul itu dibahaskan sejak semalam.Dewan Rakyat akan bersidang semula pukul 2.30 petang hingga 6 petang.

2 Respons

  1. saya tengok live yang ni. memang memalukan. menyalak pandai tapi tiada fakta kukuh. appa da. sape laa yang undi beliau. tidak layak langsung jadi yb.

  2. takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.ulujepai7003

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: