Dr Mujahid minta Kerajaan Pulau Pinang dan PKR bersabar

Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang meminta Kerajaan Pulau Pinang dan PKR Pulau Pinang bersabar dan peluang untuk berunding diteruskan bagi mencari penyelesaian.

Pecat ketua whip kerana boikot majlis angkat sumpah pelantikan YDP Seberang Prai
GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan kerajaan negeri diketuai DAP memecat Ahli Jawatankuasa Perhubungan parti itu, Johari Kassim sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) berkuat kuasa Jumaat lalu.

Keputusan untuk memecat dibuat pada mesyuarat Exco minggu lalu berikutan tindakan Johari yang juga Ketua Whip PKR dalam MPSP mengetuai tindakan memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) MPSP, Mokhtar Mohd Jait, 4 Jun lalu.

Keputusan kerajaan negeri itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow, semalam.


Bagaimanapun, keputusan itu ditolak PKR Pulau Pinang yang menegaskan parti berkenaan tetap berpegang dengan keputusannya sebelum ini supaya Johari dikekalkan sebagai ahli majlis dan Ketua Whip MPSP.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata pihaknya tetap dengan pendirian mahu Johari kekal sebagai ahli majlis kerana beliau menyesali perbuatannya yang berpunca daripada salah faham dan komunikasi.

“Kami tetap berpegang dengan pendirian itu dan surat sudah dihantar Setiausaha Agung PKR (Datuk Salehuddin Hashim) kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya keputusan kerajaan negeri itu ditarik balik,” katanya ketika dihubungi.

Malah, Johari yang dihubungi juga menegaskan bahawa beliau tetap menghadiri mesyuarat bulanan MPSP yang dijadualkan hari ini (Selasa) kerana masih belum menerima surat pelucutan jawatan.

Pada upacara angkat sumpah Mokhtar, hanya seorang daripada sembilan ahli majlis daripada PKR hadir. MPSP mempunyai 24 ahli majlis iaitu 10 DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga mewakili badan bukan kerajaan.

Johari bertindak demikian kerana membantah keputusan kerajaan negeri melantik kakitangan awam menduduki jawatan itu, bukannya ahli politik daripada PKR.

Tindakan memboikot majlis itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan PR pimpinan DAP.

Mengulas lanjut pemecatan itu, Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang, berkata keputusan dibuat pada mesyuarat Exco yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri.

“Keputusan dibuat mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu tindakan melucutkan jawatan Ahli Majlis MPSP boleh diambil apabila seseorang itu meletak jawatan, mempunyai kepentingan peribadi atau pelantikan dibatalkan kerajaan negeri.

“Perkara membabitkan Johari merujuk kepada tindakan ketiga iaitu pembatalan sebagai ahli majlis oleh kerajaan negeri,” katanya sambil menjelaskan tujuh lagi Ahli Majlis MPSP yang menyertai boikot tidak dikenakan tindakan.

Beliau juga menjelaskan surat pelucutan jawatan dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, semalam.

Sementara itu, Johari berkata, beliau tidak akan menerima keputusan berkenaan serta menganggapnya sebagai dibuat oleh DAP, bukannya sebulat suara oleh ahli Exco.

“Saya tahu ahli Exco kerajaan negeri PKR tidak menerima keputusan itu, tetapi memandangkan majoriti ahli Exco adalah daripada DAP, maka keputusan berkenaan dapat dibuat.

“Tindakan mereka (DAP) itu jelas membelakangkan semangat Pakatan Rakyat. Saya hanya akan berundur jika diminta PKR kerana merekalah yang melantik saya ke jawatan ahli majlis MPSP berdasarkan kuota parti,” katanya. – Berita Harian 30 Jun 2009

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: