MP PAS Marang: Junjung Kasih keputusan Majlis Raja-Raja

Bercakap kepada Wartawan di pejabat Pembangkang, Parlimen Malaysia – 30 Jun 2009.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan Keputusan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menangguhkan pembentangan tiga Rang Undang-undang berkaitan kekeluargaan Islam adalah tepat sekali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang merujuk kepada Persidangan (Khas) Majlis Raja-Raja Melayu Kali Ke 217 yang bersidang pada 29hb Jun 2009) di Istana Negara.

Di dalam persidangan ini, Majlis Raja-Raja Melayu telah memutuskan supaya cadangan kerajaan untuk membentangkan pindaan Rang Undang-Undang di Parlimen bagi meminda Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, ditangguhkan terlebih dahulu bagi mendapatkan terlebih dahulu pandangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: