MP PAS Tumpat dan Kuala Krai: Bahas Fasal 5 RUU Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) 30 Jun 2009

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar dan Ahli Parlimen Kuala Krai membahaskan Fasal 5 RUU Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) 2009 (peringkat Jawatankuasa) pada 30 Jun 2009.

MP PAS Pokok Sena: Suruhanjaya tidak ada kuasa untuk ambil tindakan?

Perbahasan Rang undang-Undang:

Ahli Parlimen Pokok Sena mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 pada 30 Jun 2009.

MP PAS Tumpat: Hormati hak hasil bumi gas dan minyak Kelantan

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar mendesak kerajaan pusat supaya menghormati hak negeri dan dalam kes selain kes diputuskan Majlis Raja-raja Melayu iaitu kes hak royalti minyak, gas yang seharusnya telah lama diberi kepada Kelantan.

Dalam kes royalti minyak kerajaan Kelantan, isu ini juga perlu dipandang serius oleh Majlis Raja-raja Melayu, kata Kamarudin lagi.

Begitu juga hak negeri berkaitan hasil bumi seperti gas dan minyak perlu dihormati kerajaan pusat, katanya.

“Sebab itu ini adalah satu peringatan penting kepada kerajaan persekutuan agar menghormati hak negeri bukan sahaja soal Islam tetapi juga hasil bumi seperti minyak dan gas,” katanya.

Beliau mengulas jawapan bertulis yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri kepadanya semalam.

Dalam soalannya, Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah (kuantiti) minyak dan gas yang telah dikeluarkan adripada kawasan perlombongan bersama malaysia – Thai bagi tahun 2006, 2007 dan 2008.

JAWAPAN
Kawasan Pembangunan bersama Malaysia- Thailand (Malaysian-Thailand Joint development Area – MTJDA) adalah satu kawasan yang bertindih dia antara Malaysia dan Thailand dengan saiz lebih kurang 7, 250 kilometere persegi. Segala aktiviti dan pembangunan sumber petroleum di dalam kawasan MTJDA diuruskan oleh Pihak Berkuasa Bersama malaysia – Thailand ( Malaysia-Thailand Joint Authority – MTJA) yang dimiliki sama rata (50:50) oleh Kerajaan malaysia dan Thailand.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Sesi soalan jawab lisan

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 30 Jun 2009

Soalan tambahan MP PAS Kuabng Kerian kepada soalan asal No. 9. Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana kejayaan Konsep Rakan Kongsi Kementerian dengan Pertubuhan Belia
(a) apakah matlamat asal kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 tercapai; dan
(b) apakah langkah Kementerian bagi menjayakan matlamat supaya semua kegiatan dirancang dan dilakukan oleh pertubuhan belia. [30 Jun 2009]

MP PAS Rantau Panjang: Sesi soalan jawab lisan

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 30 Jun 2009

Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hasil kajian pelaksanaan dasar Islam Hadhari oleh Kerajaan. Apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan sehingga dasar Islam Hadhari memerlukan kajian semula.

MP PAS Marang: Sesi soalan jawab lisan

Sesi Pertanyaan Jawab lisan 30 Jun 2009

Soalan tambahan MP PAS Marang kepada soalan asal No. 1. Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) setakat manakah keberkesanan pihak Kementerian dalam menyelesaikan masalah yang tiada kad pengenalan dan surat beranak sehingga hari ini di seluruh negara; dan
(b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk mencari satu penyelesaian yang drastik untuk menangani isu kad pengenalan dan surat beranak khususnya di negeri Sarawak memandangkan hak ini telah terlalu lama dipraktikkan. [30 Jun 2009]

Ketua Pembangkang: Mengulas Isu Jambatan Pulau Pinang, ISA dan Bahasa Inggeris

Sidang Media Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulas mengenai Isu Usul yang dikemukakannya mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang, isu jawapan Menteri Dalam Negeri mengenai Isu ISA dan isu Bahasa di Lobi Parlimen. [30 Jun 2009]

1. Mengulas Usul 18 mengenai Kos Jambatan Kedua Pulau Pinang yang ditolak Speaker

2. Mengulas Isu Tahanan ISA

3. Mengulas Isu Bahasa Inggeris