MP PAS bantu penghuni rumah kakitangan JKR dan DBKL akibat tanah mendap

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli bergegas ke kuarters DBKL dan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Sang Peng, Kuala Lumpur memberi bantuan segera kepada penghuni yang diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Umno Jalan Sang Peng akibat tanah mendap, kemungkinan akibat daripada pembinaan di sekitarnya.

Memberi kata dua dan bantuan

Melawat rumah penghuni yang rumahnya retak dan diarah berpindah

flatjlnsangpeng Semalam, Deruman tanah mendap itu macam bunyi gempa bumi yang selalu saya lihat dalam dokumentari di televisyen,” kata Pembantu Am, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), M Devadas, 46.

Rumahnya hanya kira-kira 10 meter dari lokasi mendapan tanah itu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam kelmarin itu.

Devadas yang menetap selama 20 tahun di kuarters DBKL itu, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu.

“Sejak pembinaan sebuah pusat beli-belah bermula lapan bulan lalu, kami biasa mendengar dentuman alat hentaman cerucuk di depan rumah.

“Namun, semalam (kelmarin) bunyinya sangat luar biasa bagaikan gempa bumi. Saya panik kerana bunyi itu diikuti dengan rumah rasa bergegar.

“Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus mengarahkan isteri, empat anak dan emak mentua segera keluar rumah,” katanya.


Berikutan kejadian itu, semua 100 penghuni kuarters DBKL dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Umno Jalan Sang Peng, di sini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang melawat kawasan kejadian itu menyatakan akan menghubungi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berikutan terdapat aduan penduduk enggan berpindah.

“Walaupun arahan pindah sudah dikeluarkan pihak berkuasa, masih ada yang berdegil.

“Saya diberitahu penduduk tidak mahu berpindah kerana jarak rumah ganti yang diberikan jauh dari tempat kerja selain masalah persekolahan anak-anak mereka. Saya akan maklumkan masalah mereka kepada Datuk Bandar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, berkata kejadian mendapan yang berlaku kira-kira jam 7 malam itu dipercayai berpunca dari kebocoran paip bawah tanah yang berusia lebih 40 tahun.

“Difahamkan paip itu sedang diperbaiki beberapa kali, tetapi sebab kerja pembaikan belum selesai, masih ada air yang meleleh menyebabkan mendapan tanah berlaku.

“Kejadian itu juga dipercayai berlaku berikutan kerja pembinaan satu blok pusat pemborong 19 tingkat, di Jalan Gelugor, kira-kira 50 meter dari kawasan perumahan berkenaan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: