MP PAS bersama Penduduk Kg Tebing, DUN Pengkalan Kubor

Ramah Mesra Ahli Parlimen PAS (MP PAS) bersama penduduk Kampong Ketil/ Kg Tebing, DUN Pengkalan Kubor pada petang 3 Ogos 2009 sempena Rombongan Ekspedisi Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri Kelantan ke Pelantar Cakrawala (Minyak dan Gas) pada 4 dan 5 Ogos 2009.

Ucapan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar

Ucapan Ahli Parlimen Kubang Kerian

Turut beramah mesra anjuran MTD Pengkalan Kubor adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar. Turut hadir Penyelia DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi.

Ucapan Ahli Parlimen Pokok Sena

Mereka bertiga, Dato’ Kamarudin Jaffar, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub telah menyampaikan ucapan kepada penduduk sambil menjamu selera ‘Roti Tempayan cicah gulai kambing’.

H1N1: MP PAS gesa Sidang Khas Parlimen diadakan

Ahli-Ahli Parlimen PAS mengesa diadakan persidangan tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan penularan Influenza A(H1N1) yang semakin meningkat apabila jumlah korban mencecah angka lapan orang semalam.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat memandang serius penularan wabak tersebut dan ianya perlu diambil langkah yang serius.

“Sidang tergempar Dewan Rakyat perlu diadakan untuk membincangkan langkah yang konkrit untuk menangani penularan H1N1 yang begitu membimbangkan sekarang.

“Pada persidangan itu nanti, perlu ada kertas hitam putih dibentangkan untuk diketengahkan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan, cadangan baru menangani wabak tersebut,” katanya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media di Kampung Tebing sempena majlis pemimpin bersama rakyat di DUN Pengkalan Kubor, Tumpat.

Menurutnya, melalui pembentangan itu, ahli-ahli Parlimen dapat membincangkan sama ada perlu atau pun tidak kerajaan mengistiharkan darurat ekoran penularan wabak tersebut.

“Dan PKR akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi kerajaan untuk langkah-langkan pencegahan penularan wabak H1N1 ini,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.