Isu PKFZ: PAC panggil Kuala Dimensi dan Peguam Negara beri keterangan

Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pemaju siap guna Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal PKFZ dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata syarikat itu telah dimaklumkan untuk menghantar wakil.

“Kemungkinan juga kita akan panggil Majlis Peguam untuk memberi penjelasan sama ada peguam yang sama boleh mewakili dua pihak iaitu pembeli dan penjual,” katanya selepas mendengar keterangan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semasa inkuiri berhubung skandal itu di Parlimen hari ini.

Azmi berkata beliau berpuas hati dengan segala keterangan yang diberi Abdul Gani semasa inkuiri selama tiga jam setengah itu.

“Cuma dalam pelaksanaan, ada nasihat Peguam Negara yang tak diikuti, ada masa-masa pendapatnya juga tak diminta,” katanya.

Azmi berkata jawatankuasa itu juga bertanya kepada Peguam Negara tentang kesahihan pengurusan dana oleh pihak pemaju dan berhubung tanggungjawab kerajaan seperti yang tertera dalam surat sokongan yang diberikan beberapa bekas menteri.

Esok, katanya seorang bekas Ketua Ketiausaha Kementerian Pengangkutan serta beberapa wakil Kementerian Kewangan dijangka memberi keterangan kepada PAC.

PKFZ, sebuah hub pengangkutan seluas 405 hektar di Pelabuhan Klang mencetuskan kontroversi ekoran pendedahan kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

Semalam, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan polis terhadap Kuala Dimensi dan BTA Architect, berhubung penyelewengan melibatkan wang berjumlah sehingga RM1 bilion. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: