Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Bagan Pinang 5 – 8 Okt. 2009

Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Bagan Pinang dalam Pilihanraya Kecil DUN N 31 Bagan Pinang mulai 5 Oktober hingga 8 Oktober 2009.

Aturcara lengkap Ahli Parlimen PAS adalah seperti seperti berikut:
1. Pada 5 Okt di UPU Taman Eastern.
2. Pada 6 Okt di UPU Si Rusa.
3. Pada 7 Okt di UPU Kg. Bagan Pinang.
4. Pada 8 Okt di UPU Kg Teluk Kemang.

Menurut Penyelaras Program, Dr Mohd Hatta Ramli, program adalah meliputi ziarah dari rumah ke rumah, Hi Tea, makan malam dan Ceramah isu-isu semasa oleh Ahli Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata Ahl-ahli Parlimen yang hadir adalah Dato Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah (Kota Raja), Siti Zailah (1atau Panjang), Muhammad Husin (Pasir Puteh), Firdaus Jaffar (Jerai), Dato Seri Nizar (Bukit Gantang) dan Nasir Zakaria (Padang Terap).

Klip video akan menyusul …….