Sidang Dewan Rakyat – 19 Oktober 2009

Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga (Bajet), Penggal Kedua, Dewan Rakyat ke 12 akan bermula pada 19 Oktober hingga 15 Disember 2009.

Sesi Dewan Rakyat biasanya akan dimulakan dengan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan mula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dan diikuti dengan perbahasan Rang Undang (11.30 pagi hingga 1.00 tengahari disambung 2.30 petang hingga 5.30 petang) yang akan dibentangkan oleh Pihak Kerajaan.

Pada sesi ini juga Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) mulai jam 4.00 petang.

Aturcara mesyuarat boleh diikuti di TV MP PAS.

Difahamkan pihak sekretariat Ahli Parlimen PAS akan mengadakan siaran langsung melalui Laman LIVE TV MP PAS, sila klik.

Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Titiwangsa

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan Tan Sri/Puan Sri, Dato/Datin ke Rumah Terbuka Ahli Parlimen Titiwangsa seperti maklumat berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Taman Tasik, Ampang Hilir

SEMUA DIJEMPUT HADIR. SILA SEBARKAN!


Pusat Khidmat Masyarakat, Ahli Parlimen Titiwangsa
No. 10 Jln Raja Muda Musa,
Kg Baru 50300 KL
Tel : 03 – 2698 0025
Faks: 03 – 2698 0026