Perbahasan Rang Undang-Undang
MP PAS Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. [19 okt 2009]
Filed under: ADR Tumpat, Dewan Rakyat, Rang Undang2 | Leave a comment »
Perbahasan Rang Undang-Undang
MP PAS Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. [19 okt 2009]
Filed under: ADR Tumpat, Dewan Rakyat, Rang Undang2 | Leave a comment »
Perbahasan Rang Undang-Undang
MP PKR Machang, Saifuddin Nasution membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009. [19 okt 2009]
Filed under: ADR Machang, Dewan Rakyat, Rang Undang2 | Leave a comment »
Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 19 Oktober 2009
Siapa pemilik Bernama TV, Ketua Bahagian Umno?
Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar kepada soalan asal No. 5 – Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kedudukan BERNAMA TV dari segi peranan medianya dan tanggungan hutangnya yang besar sehingga menjejaskan operasi harian stesen tv ini. [19 Okt 2009]
Filed under: ADR Pokok Sena, Dewan Rakyat | Leave a comment »
Sesi Pertnyaan Jawab Lisan 19 Oktober 2009
Soalan tambahan Ahli Parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution
Soalan asal No. 3 – Dato’ Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) sejauh manakah usaha Kementerian dalam mengharungi isu kekurangan kakitangan perubatan di Malaysia termasuk pegawai perubatan, jururawat dan doktor pakar ; dan
(b) berapakah klinik kesihatan dan hospital di seluruh Negara khasnya negeri Sarawak yang mengalami kekurangan kakitangan perubatan. [19 Okt 2009]
Filed under: ADR Marang, Dewan Rakyat | Leave a comment »
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mempersoalkan fungsi dasar-dasar terdahulu iaitu Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah serta Wawasan 2020 setelah gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Presiden PAS bertanya sama ada dengan adanya slogan 1 Malaysia bermaksud kerajaan telah mengenepikan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh perdana menteri terdahulu.
“Setelah kerajaan memperkenalkan seruan baru 1malaysia adakah bermakna Islam hadhari, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan telah gagal membentuk pemikiran rakyat untuk hidup dalam suasana harmoni dan baik?” soalnya.
Beliau turut mempersoal mengenai penubuhan Institut Islam Hadhari (HADHARI), di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh kerajaan.
“Kerajaan telah menerima institut Islam Hadhari. Adakah bermakna dengan peruntukan begitu rupa,adakah ia akan menjadi kenangan setelah adanya 1 malaysia sebagai slogan?” soalnya lagi.
Beliau mengajukan soalan itu ketika bangun mencelah selepas Najib menjawab soalan asal Datuk Dr. Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai sejauh manakah penerimaan rakyat jelata ke atas seruan “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia-one people” dan jenis program-program yang difikirkan berkesan yang boleh dirangka bagi mencapai hasrat 1Malaysia.
Filed under: ADR Marang, Dewan Rakyat | Leave a comment »