Bajet 2010: Rakyat didahulukan, apa dia?

Sidang media

Komen Pimpinan Pakatan Rakyat kepada bajet 2010 – Sidang media Ketua Pembangkan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh), Lim guan Eng (DAP Bagan) dan Nasharudin Mat Isa (PAS Bachok) di Lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2009.

Komen Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar [PAS Pokok Sena]

Komen Naib Presiden PAS, Salhuddin Ayub [PAS Kubang Kerian]

1Malaysia dua sistem cukai

Di mana slogan Rakyat didahulukan?

1Malaysia dua sistem cukai – Komen Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng terhadap Cukai Pendapatan: Membezakan cukai antara Rakyat dan Orang Asing – Ucapan Perdana Menteri/ Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2009. Di mana slogan Rakyat didahulukan?

Cukai Pendapatan: Membezakan cukai antara Rakyat dan Orang Asing . Ucapan Perdana Menteri/ Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2009.

Teks penuh
Cukai Pendapatan
101. Kerajaan senriasa ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat. Dalam Bajet 2009, Kerajaan telah mengurangkan kadar cukai individu maksimum daripada 28 peratus kepada 27 peratus. Bagi memastikan kadar cukai pendapatan individu kekal kompetitif serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2010. Berikutan dengan ini juga, kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pematautin dikurangkan kepada 26 peratus.

103. Untuk menarik lebih ramai bakat dari dalam dan luar negara dan bagi merancakkan lagi pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia, Kerajaan mencadangkan satu insentif cukai yang amat inovatif dan radikal. Dengan ini Kerajaan mencadangkan cukai keatas pendapatan penggajian bagi pekerja berpengetahuan rakyat Malaysia serta asing yang bermastautin dan bekerja di Iskandar malaysia, dikenakan cukai pada kadar 15 peratus, berbanding dengan kadar maksimum 26 peratus untuk seluruh negara.