Usul Kematian Pembantu rumah asing di tolak Speaker

Pada 28 Oktober 2009 lalu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Bt Mohd Yusoff telah mengemukakan Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 bagi membincangkan isu hak dan kondisi pekerja asing, terutamanya pembantu rumah ekoran kematian Pembantu rumah yang telah ditemui oleh pihak polis di dalam tandas yang berkunci dalam keadaan separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka diseluruh badan, serta tidak diberi makan berhari-hari lamanya, selain kepalanya dicukur hampir botak.

Bagaimanapun pada 2 November lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia menolak Usul tersebut dalam Kamarnya dengan alasan Isu tersebut dalam siasatan Polis.

Teks Usul adalah seperti berikut:
USUL MENAGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 18(1) dan (2). Dengan ini diberi notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Ahli Dewan Rakyat bagi Kawasan Rantau Panjang mohon mencadangkan :

Bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan dalam menjamin hak dan kondisi pekerja asing, terutamanya pembantu rumah.

Isu ini adalah perkara tertentu kerana telah mengakibatkan tragedi kematian Mantik Hani, pembantu rumah dari Indonesia yang merupakan kemuncak kepada kegagalan kerajaan Malaysia dalam menjamin hak dan kondisi pekerja asing.

Pembantu rumah itu telah ditemui oleh pihak polis di dalam tandas yang berkunci dalam keadaan separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka diseluruh badan, serta tidak diberi makan berhari-hari lamanya, selain kepalanya dicukur hampir botak.

Tuan Yang DiPertua,
Perkara ini adalah melibatkan kepentingan ramai kerana melibatkan nama baik negara di persada antarabangsa dan hubungan baik antara negara serumpun, Malaysia-Indonesia. Dengan terjadinya perkara seumpama ini, mengakibatkan maruah 1Malaysia dan nama negara tercemar dan juga menggoncang nilai kemanusiaan itu sendiri.

Perkara ini juga melibatkan kepentingan ramai kerana majoriti pembantu rumah yang bekerja di negara ini adalah terdiri daripada pekerja asing. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada negara dalam melindungi hak dan kebajikan mereka supaya tidak di eksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara ini perlu disegerakan kerana telah mengakibat kehilangan satu nyawa dan telah menimbulkan kemarahan serta mengakibatkan rasa kurang senang pelbagai pihak kepada negara kerana menunjukkan seolah-olah negara kurang memainkan peranan dalam memperjuangkan hak-hak kemanusiaan.

Perkara ini perlu disegerakan supaya kerajaan dapat mengambil tindakan yang tegas dan memberi jaminan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi memandangkan kesan dari kejadian ini, menyebabkan pelajar dan warganegara Malaysia yang berada di Indonesia khususnya diugut dan diancam keselamatan mereka.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai.

Sekian,

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: