MP Pakatan Rakyat Bahas Bajet 2010 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (1)

Sesi Perbahasan Rang Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) pada 24 November 2009

MP PAS Padang Terap – YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria Bahas

MP PKR Ketereh – YB Abdul Aziz Kadir Bahas

Nota: Bajet 2010 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kepala B22, P22; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 3,516,857,300 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 3,698,013,000.

Skim Gaji kepada Jururawat berIjazah?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 24 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS parit Buntar kepada soalan asal No. 10. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan jururawat yang mempunyai ijazah berkhidmat di pejabat kesihatan daerah dan hospital Kerajaan serta sudahkah Kerajaan melaksanakan jawatan dan skim gaji baru kepada jururawat-jururawat berijazah ini. [24 Nov. 2009]

Kerajaan bantu Usahawan Bumiputera?

Sesi Pertanyan Jawab Lisan, 24 November 2009

– Soalan tambahan MP PKR Machang kepada soalan asal No. 9. Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi membantu usahawan Bumiputera yang menyertai sistem francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) tetapi terpaksa berhenti disebabkan kepincangan dan penindasan oleh francaisor [24 Nov. 2009]

Wang dipulangkan kepada pencarum jika tiada anak

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 24 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Pendang kepada soalan asal No. 5. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) apakah usaha-usaha bagi menggalakkan budaya penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) serta apakah kelebihan sekiranya membuat potongan gaji SSPN; dan (b) berapakah jumlah nilai akaun deposit sejak SSPN mula diperkenalkan pada Ogos 2004 mengikut negeri-negeri. [24 Nov. 2009]

Benarkah Minyak RON 95 boleh membahayakan kereta

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 24 November 2009

– Soalan tambahan MP PKR Sg Petani kepada soalan asal No. 4. Dato’ Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berikutan terdapat dua jenis minyak petrol dijual di stesen minyak Petronas iaitu Petronas Primax 3 dengan harga RM2.05 satu liter dan Petronas Primax 95 dengan harga RM1.80 satu liter, adakah benar Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk kereta import dan kereta mewah kerana minyak ini boleh merosakkan enjin dan jika benar kenapa kebanyakan stesen Petronas menjual minyak jenis ini. [24 Nov. 2009]

BERNAMA rugi, kenapa? Astro Awani lebih ceria

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 24 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Kubang Kerian kepada soalan asal No. 1. Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan peranan Bernama TV sebagai suara Kerajaan bagi menjayakan agenda pembangunan dan perpaduan, khususnya mengembangkan gagasan 1 Malaysia. [ Soalan tambahan: BN Tenom [24 Nov 2009

MP PKR Bagan Serai Bahas Bajet 2010 Kem. Pertanian & Industri Asas Tani

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ) pada 23 November 2009

Nota: Bajet 2010 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kepala B21, P21; bagi Belanja Mengurus ialah sebanyak RM 2,494,702,400 manakala bagi Belanja Pembangunan ialah sebanyak RM 2,119,238,000.